ROYALTI : KAMI
BERSAMA TOK GURU
Rasuah Dan Badan Kehakiman
(MGG151: Corruption And The Judiciary)
Tun Eusoff Chin sudah berada di ambang persaraannya. Dia akan melepaskan
jawatan yang dipenuhi dengan pelbagai kisah korupsi dalam badan kehakiman
negara. Inilah kisah yang tidak mampu dinafikannya walaupun dia pernah
berbohong mengenai pecutiannya dengan seorang peguam kesayangannya bernama
Dato V.K. Lingam. Malahan dia sanggup duduk mengadili kes yang diuruskan
oleh Dato' Lingam. Setelah perkara ini diketahui umum dia telah mengumumkan
keputusan pengadilannya mengenai satu kes yang menyerlah membabitkan Dato
Lingam dan seorang anak guamnya. Sedangkan kes itu pernah diperamnya selama
28 bulan.
Badan kehakiman itu adalah laksana ikan yang busuknya bermula daripada
bahagian kepala. Ikan yang busuk di Kamar Ketua Hakim Negara akhirnya terus
menular kepada kamar para hakim yang ada. Apabila Badan Pencegah Rasuah
membuat siasatan ke atas Tun Eusoff, sepatutnya dia bertindak mengikut
amalan seorang hakim yang bermaruah dan mementingkan kebebasan dan ketelusan
badan kehakiman itu; dengan meletakkan jawatannya. Tetapi, Tun Eusoff Chin
bukannya orang bermaruah seperti itu.
Seorang litigan dalam satu kes rasuah di mana Tun Eusoff hadir sebagai
panel hakim dalam satu kes rayuan di mahkamah persekutuan, telah meminta
beliau berundur daripada mengadili kes itu. Tun Eusoff enggan berbuat dimikian,
jadinya si litigan itu pun enggan untuk meneruskan rayuannya itu. Tun Eusoff
masih enggan menafikan segala pengataan yang dikenakan terhadapnya. Dengan
itu adalah sesuai kalau kita katakan segala pengataan itu adalah perkara
yang benar. Beginilah caranya bagaimana beliau secara bersendirian telah
mengaibkan badan kehakiman itu ke tahap yang sungguh mengaibkan seperti
yang dilihat sekarang.
Apabila Tan Sri Dzaiddin Abdullah menggantikan Tun Eusoff pada 20 Disember
20000, dia akan mengambilalih satu badan kehakiman yang sudah tercemar
martabatnya, disebabkan kelakuan sendiri. Badan Kehakiman negara memang
boleh dijual beli. Para peniaga boleh mendapatkan keputusan pengadilan
mengikut selera mereka melalui pengunaan khidmat peguam yang sesuai seperti
Dato Lingam yang mempunyai persahabatan dengan Tun Eusoff; yang bertaraf
persahabatan yang penuh skandal. Kes Vincent Tan ialah salah satu contoh
yang dimaksudkan. Mampukah Tan Sri Dzaiddin membersihkan segala kekotoran
itu? Tidak mungkin . Masa yang ada untuk membersihkan segala kekotoran
itu tidak pun sampai dua tahun. Yang paling penting yang mungkin dapat
dilakukan mengikut harapan orang ramai ialah untuk memperbetulkan segala
kerja bengkang-bengkuk yang ada. Tun Eusoff telah mengumpulkan hakim-hakim
di sekelilingnya bukan disebabkan kepintaran dan kebijaksanaan mereka,
tetapi kerana mereka menjamin kesetiaan kepadanya. Seorang hakim dilantik
ke jawatannya kerana beliau pernah menjadi guru kepada V.K.Lingam semasa
dia masih membuat latihannya. Adalah berpatutan kalau kita katakan, ramai
yang menjadi hakim sekarang ini kerana mereka sanggup bergelumang dengan
rasuah yang dilakukan oleh Ketua mereka itu.
Itu sebabnya seorang hakim mahkamah tinggi Dato Mokhtar Sidin, membiarkan
seorang peguam menyediakan kertas penghakiman yang memihak kepada anak-guamnya.
Namun belaiu telah dinaikkan pangkat menjadi hakim mahkamah rayuan. Mujur
juga, Majlis Raja-Raja (MRR) telah bertindak menolak perlantikannya ke
mahkamah tinggi. Jikah tidak beliau mungkin sudah menjadi Ketua Hakim sekarang.
Cerita pengadilan boleh dibeli itu, memang bukannya cerita baru. Tetapi,
cerita pengadilan dinafikan adalah satu kisah lain pula. Kita tidak perlu
selidik jauh-jauh lagi. Apa yang menimpa bekas timbalan perdana menteri,
Dato Seri anwar Ibrahim adalah satu skandal yang amat menonjol dalam Komanwel.
Dia tidak akan menerima pengadilan yang saksama selagi perdana menteri
yang ada masih lagi belum mampus dan terus memegang kuasa. Saudara Anwar
gagal dalam setiap usahanya untuk mendapatkan pengadilan. Ada tiga peristiwa
di mana jumlah wang yang banyak telah dibelanjakan sebagai suai-menfaat
agar menolak penggantungan menunggukan rayuan. Ini membuktikan betapa badan
kehakiman itu sudah tidak adil, telus dan saksama. Begitu juga dengan kesah
suai-menfaat dalam pengambilan tanah, di mana pampasan yang lebih tinggi
daripada yang diminta telah diberikan dalam kes pengambilan secara wajib.
Wang yang berlebihan itu selalunya (mengikut yang diberitahu kepada saya)
dikongsi bersama oleh peguam dan anak guamnya bersama sesiapa sahaja yang
perlu disogok dengan wang itu.
Hakim yang bertanggungjawb dengan perkara tanah ialah Dato Mokhtar Sidin.
Dia terus membuat kerja itu walaupun sudah dinaikkan pangkat ke mahkamah
rayuan. Beliau berkuasa terhadap disiplin yang membabitkan para peguam.
Tugasnya ialah menumpulkan bisa Majlis Peguam. Kerana itu adalah sukar
untuk Majlis Peguam mengenakan tindakan undang-undang terhadap mana-mana
peguam yang rapat dengan badan kehakiman walaupun dia kerap melanggar etika
profesionanya.
Ada satu kes di mana kerajaan Pulau Pnang terkejut kerana keengganan
mahkamah menangguhkan satu kes rayuan sehingga memaksa penasihat undang-undang
negeri berjumpa Ketua Hakim Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah untuk masuk
campur. Beliau enggan melakukannya sehingga Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu
Koon terpaksa menggunakan tekanan politik untuk memihak kepadanya. Ada
satu kes di mana sebuah syarikat insurans telah menolak liabiliti sebanyak
RM30 juta kerana ia mengesyakki berlakunya perbuatan sengaja melakukan
kerosakan untuk menuntut gantirugi dalam kes itu. Hakim telah menolak alasan
itu dan mengarahkan pampasan dibayar juga. Permohonan penangguhan telah
tidak dibenarkan. Wang itu dibayar dengan satu anggapan bahawa ia tidak
akan dapat dituntut semula seandainya kes rayuan dimenangi.
Ada satu kes lagi yang masih tertangguh di mahkamah. Pihak yang ingkar
telah diarahkan melunaskan hutangnya bersama faedahnya berjumlah RM100
juta. Satu kumpulan peguam yang 'serasi' diupah untuk menyelesaikan perkara
itu. Sebanyak RM67 diarah agar dilunaskan sementara syarikat yang ingkar
itu dibenarkan tempoh terhadap pembayaran faedah yang terbabit. Di waktu
yang sama syarikat yang memberikan pinjaman itu sudah dikenakan perintah
'receivership'. Wang yang dituntutnya itu terpaksa dibayar kepada pihak
penyelesai (liquidator). Kini tindakan sedang diambil untuk menentukan
syarikat yang hampir muflis itu diapungkan semula mengikut Akta Syarikat,
pihak penyelesai digugurkan dan pengagihan yang tertunggak diselesaikan.
Mahkamah tidak lagi dianggap sebagai tempat pihak perniagaan menerima
keadilan. Cara mengarahkan pembayaran wang yang banyak menunggukan rayuan,
kepada plaintif yang selalunya engkar dengan arahan mahkamah itu, mencurigakan
dunia perniagaan. Inilah yang menakutkan syarikat luar melabur di negara
in. Semua ini berlaku di sebalik keangkuhan menteri perdagangan antarabangsa
dan industri yang kerap melaungkan betapa tidak ada negara lain di Asia
Tenggara ini yang lebih baik daripada Malaysia. Sedangkan perkara yang
sebenarnya adalah amat bereza. Setiap pelabur asing yang berpotensi dan
yang saya temui telah memberitahu kenapa mereka meminggirkan Malaysia.
"Sesiapa pun boleh melabur di mana juga. Tetapi kejayaan pelaburan itu
hanya akan berlaku kalau dinilai risiko yang ada dan lebih penting lagi
betapa pantas pulangan pelaburan itu seandainya anda membuat keputusan
untuk menarik keluar pelaburan disebabkan adanya hambatan yang menyekat
kejayaan." Inilah kata-kata seorang Jarman yang memikirkan pelaburan yang
bertahap di negara ini beberapa bulan yang lalu. Dia amat percaya dia boleh
melabur dengan baik di Thailand dan Indonesia, ataupun di Kelantan dan
Terengganu. Malangnya, dia amat curiga dengan badan kehakiman sehinggakan
dia tidak berani melabur di negara ini.
Inilah satu sorotan kes pengurusan. Para hakim tidak lagi menulis keputusan
pengadilan mereka. Mereka tidak lagi berminat mendengar hujah yang penting
berkaitan dengan undang-undang. Sebab yang utama berlakunya perubahan perangai
in kerana mereka tidak oleh mengikut perbalahan mengenai undang-undang
(Ini kes hakim bengaplah¡ penterjemah). Mereka ini lebih suka
mengeluarkan hukum pengadilan seperti pegawai kastam merujuk kepada buku
tarif untuk menentukan nilai cukai yang perlu dikenakan. Mereka menganggap
peranan sebagai hakim itu untuk mendera para peguam dan berlagak sakan
apabila para peniaga mengeluarkan belanja untuk mereka. Ada juga hakim
yang baik-baik tetapi bilangan mereka kecil sekali. Inilah insan yang sanggup
menulis keputusan pengadilan mereka untuk diperingati dan dijadikan rujukan.
Ada seorang hakim yang berfikir kalau keputusan pengadilannya itu panjang
berjela sehingga 30 mukasurat, dan mengenai satu kes rayuan kecil yang
memadai untuk ditulis setakat satu muka surat sahaja, memaparkan kebijaksanaannya.
Sebetulnya keputusan itu tidak pun seberapa nilainya.
Badan kehakiman negara sengaja memperlekehkan prinsip keadilan. Kuasa
yang ada pada mahkamah sudah lama lesap. Kalau dinilai kuasa mereka kini
mengikut heiraki penguatkuasaan, mereka adalah setara dengan pegawai kastam
sahaja. Keadaan ini berlaku selepas dilaksanakan pindaan kepada perlembagaan
selepas Tun Salleh Abas dipecat daripada jawatannya sebagi Ketua Hakim
Negara pada 1988 dulu. Para hakim telah diberitahu secara kasarnya untuk
menyedari siapa tuan mereka sebenarnya. Ramai yang sanggup akur dengan
isyarat itu dan mula membuat pengadilan mengikut selera yang ditonjolkan
oleh 'tuan' di atas.
Keadaan begini tidak akan menjanjikan satu badan kehakiman yang baru.
Tan Sri Dzaiddin hanya mampu membetulkan apa juga yang terlalu bengkok
agar badan kehakiman tidak bergitu rasuah dan memberi ruang agar litigan
dapat merasa lega apabila kes mereka diadili dengan saksama. Sekarang ini
perkara begitu memang amat susah untuk diharapkan. Yang mengaibkan, rakyat
marhaen sudah tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap badan kehakiman.
Mereka masih teringat apa yang berlaku terhadap Saudara Anwar. Penentuan
telah dilakukan oleh badan kehakiman selagi Anwar menganggap Perdana Menteri
sebagai musuh ketatnya.
Inilah bahananya apabila sesuatau institusi kerajaan itu menjadi alat
yang memuaskan nafsu seorang perdana menteri. Sejak Tun Salleh Abas dipecat
pada 1988, mutu para hakim telah jatuh maruahnya. Di mahkamah persekutuan
masih ada lagi segelintir hakim yang berwibawa. Di tempat lain, tak payahlah
kita bercerita mengenai mereka. Negara akan berhutang budi kepada Tan Sri
Dzaiddin kalau dia boleh merobah sistem yang ada dan menaikkan kembali
martabat badan kehakiman negara.
Manusia yang bertanggunjawab menodai badan kehakiman negara ialah insan
yang digantikan oleh Eusoff Chin, Tun Hamid Omar. Dia masih lagi memainkan
peranan dalang di sebalik tabir. Tun Eusoff Chin adalah orang suruhannya.
Pengaruh Tun Hamid akan berkurangan sebaik sahaja Tan Sri Dzaiddin memulakan
tugasnya. Tidak ramai yang ingatkan Tun Hamid sebagai Ketua Hakim Negara
seperti ingatan mereka kepada Tun Salleh, Tun Suffian, Sultan Perak dan
juga beberapa hakim yang cemerlang selepas merdeka dulu. Nama Tun Eusoff
akan lesap daripada ingatan, yang kekal ialah segala perbuatan curangnya.
Rasuah akan terus berleluasa melainkan kerajaan sanggup mendakwa ketua
hakim negara di mahkamah.
-MGG Pillai-
11 Disember,2000