Assalamualaikum,
Minggu ini, minggu ketiga bulan Disember tahun 2000; dan lebih kurang
minggu
ketiga juga kita berpuasa. Sedar tak sedar, banyak juga perkembangan
semasa
politik tanah air yang agak mencabar berlaku sepanjang minggu ini.
Saya pada mulanya, mungkin kerana sedikit kelesuan meniti hari-hari
puasa,
lalu saya tidak begitu mengikuti secara terperinci perkembangan politik
semasa
ini kecuali cerita sambutan menyambut kepulangan Mahfuz di awal minggu
lalu;
selain itu saya ingatkan tidak ada lagi apa yang menarik untuk diperkatakan.
Bercakap pasal Mahfuz, bukan nak puji atau nak puja beliau; tapi kemunculannya
di pentas politik negara dalam keadaan UMNO dan juga Pergerakan Pemudanya
sedang berada dalam keadaan yang cukup kelam kabut amatlah menarik
untuk
diperkatakan.
Tambah-tambah pula, awal Januari ini jika tidak ada campurtangan di
saat akhir
dari pimpinan atasan UMNO, Mahfuz yang boleh diibaratkan seperti harimau
lapar
baru keluar dari kandang akan berhadapan dengan Ketua Pemuda UMNO yang
sekarang ini secara kebetulannya bagaikan sedang benafas di dalam lumpur.
Yang menariknya pula, isi-isi perdebatan mereka itu nanti kebanyakannya
ialah
mengenai nasib dan permasalahan bangsa Melayu. Saya katakan isinya
menarik
kerana jika anda sering mengikuti ceramah Mahfuz, anda akan dapati
most of the
time, ceramah beliau berkisarkan mengenai hak-hak dan aset milik Melayu
yang
makin menghilang. Saya masih ingat bagaimana dalam satu ceramahnya
di Pulau
Pinang, beliau gariskan angka demi angka jumlah milikan orang-orang
melayu di
Pulau Pinang yang begitu ketara penurunannya berbanding sepuluh atau
dua puluh
tahun yang lepas. Minta maaf saya sudah lupa akan angka-angka berkenaan.
TAPI, KITA PASTI HASIL CERAMAH SABAN MALAM, MAHFUZ TENTUNYA SUDAH
PUN
MENGHAFAL ANGKA2 BERKENAAN, DAN SUDAH TENTU TIDAK MENJADI SATU MASALAH
KEPADA
BELIAU UNTUK MENGUCAPKANNYA DENGAN LIDAH YANG FASIH LAGI TERANG DI
MAJLIS
PERDEBATAN NANTI!!
Ada pun Hishamuddin yang dilahir dan dibesarkan dalam keluarga Bangsawan;
kita
tak yakin beliau sedar akan penurunan hak milik Melayu di serata tanah
air
ini; jika dicabar, mungkin beliau akan terkial-kial menalipon setiausaha
peribadinya minta rush ke Jabatan Perangkaan bagi mendapatkan pengesahan.
Secara sinis tuan-tuan; inilah perbezaan asas antara Mahfuz dan Hishamuddin;
seorang dekat dengan rakyat marhain saban malam, yg seorang lagi even
di kala
anak buahnya di Lunas perlukan pertolongan, beliau sebok dengan cuti
tahunan.
Kalau anak buahnya sendiri beliau tidak peduli, inikan pula nak ambil
tahu
mengenai masalah orang-orang Melayu bertaraf rakyat marhain seperti
kita.
Bercakap mengenai Mahfuz, ada sedikit cerita menarik mengenai beliau
yang saya
dengar daripada seorang sahabat di Permatang Pauh, tempat tinggal Mahfuz
suatu
ketika dulu. Kata beliau:
"Mahfuz ini memang sejak dari dulu lagi perangai dia memang macam tu;
berani
tak sangga. Dulu, aku masih ingat lagi, tahun 80an; sekali tu aku tengok
Mahfuz dok usung Radio Kaset (yg ada cassette player); aku tanya dia,
hang nak
pi mana nie Mahfuz? . Dia jawab 'Aku nak Pi Meniaga Pasar Malam'"
Cerita sahabat itu lagi:
"Lepas tu, kami pun pi lah pasar malam tu. Laaa, rupanya Mahfuz bukan
pi
meniaga; dia pi pasang kaset tu kuat-kuat kat satu penjuru pasar malam
tu;
pasang tape TG Haji Hadi; sapa nak dengaq dengaq, tak mau dengaq sudah,
berkerumun orang mai dengaq!!"
TU DIA - ITU YANG DIKATAKAN MAHFUZ TU; ZAMAN 80an TU TAK SAMA MACAM
LA NIE -
ZAMAN TU SESIAPA YANG HENDAK KEMBALI KPD ISLAM, MEMANG DIPANDANG ANEH
OLEH
MASYARAKAT!!
[Itu cerita yang saya dengar, Mahfuz boleh confirm kalau tak betoi]
Hari ini Mahfuz yang pernah "Meniaga di Pasar Malam" itu sedang menjadi
bualan
ramai, dan tak lama lagi beliau akan mewakili rakyat marhain seperti
kita
untuk meluahkan rasa, menceritakan segala kisah duka yang sedang melanda
ummat
Melayu Islam di bumi Malaysia ini , seolah-olah akan merafak sembah
mengadap
pihak yang empunya kuasa agar dengan segala kuasa yang ada di tangan
depa,
masalah dan nasib malang yang menimpa anak-anak bangsa ini akan terbela.
SELAMAT BERJAYA MAHFUZ!!
Seperti yang saya tulis di awal ulasan ini; selain dari cerita Mahfuz,
saya
ingatkan tidak ada cerita lain yang menarik untuk diperkatakan. Rupanya
tidak.
Gimik politik, Sandiwara Semasa Barisan Nasional bertajuk GPMS
vs Suqui yang
saya tak endah langsung pada mulanya rupa-rupanya ada kesannya. Semuanya
bermula di penghujung minggu lalu tatkala saya pulang ke kampung, berbuka
puasa bersama orang tua. Antara soalan pertama orang tua
saya, hardcore UMNO
no wahid tanya, ialah mengenai isu Suqui; katanya:
"Ish, tengok heboh dalam Utusan pasal Cina & Melayu nak gaduh, apa cerita?"
LA - TERKEJUT SAYA - BILA PULAK CINA & MELAYU NAK BERGADUH!!
Rupa-rupanya sudah heboh di kampung saya dan antara sahabat-sahabat
orang tua
saya satu UMNO itu bahawa Melayu dan Cina sedang bersiap-siap untuk
berperang,
seolah-olahnya tragedi 13 Mei dah tak lama lagi akan terjadi.
TU DIA - GILA PUNYA KERJA - UTUSAN DAN TV3 PUNYA PROPAGANDA HABIS ORANG
TUA
SAYA DAN ORANG2 KAMPUNG YANG TAK TAHU APA2 KENA PENAYA!!
Lalu, suka ka tak suka ka, terpaksalah saya cerita satu persatu kat
orang tua
saya, mengenai tektik dan propaganda UMNO yg menggunakan isu Suqui
vs GPMS ini
untuk meraih kembali simpati Melayu yang kini sudah beralih kepada
BA. Saya
dengan orang tua saya, kalau sembang bab politik, sebagai menghormati
beliau
sebagai ayah, saya jarang berkeras sangat; tapi kali ini saya terpaksa
berkeras sikit.
Apabila saya kata:
"Pak, ini semua pembohong belaka, zaman la nie orang dah tak baca suratkhabar
dah, orang baca Internet. Kalau sungguh ada Melayu nak gaduh dengan
Cina;
sahih berita tu dah keluar Internet lama dah!!"
Orang tua saya tak kata apa; nampak sedikit kecewa, mungkin beliau kalau
boleh
nak tengok saya excited, meloncat sama sepertimana ketika saya meriwayatkan
kepada beliau satu persatu tragedi Kg Rawa tempoh hari. Maka itu, secara
sinisnya kita boleh kata:
UNTUNGLAH AYAH SAYA ADA ANAK SEPERTI SAYA, KALAU TIDAK NAYA SAJA DIA
KENA TIPU
BUTA OLEH PARA PEMIMPIN PUJAANNYA!
Dari satu segi pula, orang-orang Melayu ini kadang-kadang mudah sangat
jadi
pelupa. Tak kan depa lupa baru kira-kira sebulan lepas, GPMS kena hentam
kiri
kanan oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu kerana keangkuhan GPMS meminta
semua
sekolah-sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia ditukar kepada sekolah
aliran
Inggeri. Ini buktinya:
"KUALA LUMPUR 9 Nov. - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan semula sekolah aliran
Inggeris di
peringkat rendah dan menengah" [Utusan Malaysia 10/11/2000]
Kemudian, apabila mereka dihentam kiri kanan oleh pejuang-pejuang Bahasa
Melayu itu, mereka masih berkeras nak tunjuk besar kepala kononnya
depa dah
maju, dah tak perlu dah bahasa Melayu ini:
"Presidennya Datuk Suhaimi Ibrahim mengulangi seruan GPMS supaya sekolah
aliran Inggeris diwujudkan semula." [Utusan Malaysia 23/11/2000]
TU DIA, INI YANG DIKATAKAN SEBAGAI GPMS - PEJUANG MELAYU!!
Pejuang Melayu taik kucing hangpa!!
Dan untuk mereka yang lupa juga, di sekitar bulan June tahun 2000 lalu,
GPMS
ada mengeluarkan kenyataan meminta pihak kerajaan menarik balik bantuan
pinjaman pelajaran kepada mana-mana pelajar yang menyokong pembangkang.
DAH LA DAPAT PUN PINJAMAN, BUKAN BIASISWA, LEPAS TU UGUT NAK TARIK BALIK
PULAK!!
Melayu yg menyokong pembangkang itu dikira bukan Melayu kah?
Adakah bermakna definasi bangsa Melayu cuma dipakai kepada mereka2
yg
menyokong kerajaan sahaja?
PIIRAH - PEJUANG MELAYU KONON - DALAM BAB INI PUN, SUDAH TERANG LAGI
BERSULUH
BAHAWA GPMS BUKANLAH PEJUANG MELAYU YANG SEBENAR!!
Lantaran itu, apabila saya membaca antara 100 tuntutan GPMS ialah meminta
Biasiswa diberikan semula kepada semua orang Melayu dan mendesak Universiti
Tempatan dan Swasta menambah kuota pelajar Melayu, saya jadi nak tergelak
dan
rasa nak ketawa terbahak-bahak.
BAHASA MELAYU PUN DEPA TOLAK, PINJAMAN YANG ADA PUN DEPA UGUT NAK TARIK;
TIBA-TIBA ENTAH MAI MANA, MENGAKU JADI PEJUANG MELAYU KONON!!
Kerana itu tak salah kot kalau kita katakan:
"Kepada pemimpin-pemimpin GPMS ini, kita nasihatkan eloklah kot kalau
hangpa
pi berguru dengan Mahfuz mengenai masalah dan dilema orang melayu hari
ini
sebelum dok buat kenyataan tak tentu hala. Kalau tidak, baiklah kot
hangpa
tukaqkan nama GPMS itu pi bagi jadi "Gabungan Pelajar Mangkaq Semenanjung"!!!"
Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi