ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU

 
 

SPR SUDAH TELANJANG !!!!
By : Tiger.hizbi.net

Ada kata-kata dalam Bahasa Inggeris yang berbunyi, "caught
pants down"...yang bermaksud kita menyaksi dengan mata kita
sendiri perbuatan aib seseorang secara terang-terang. Lagipun
maksudnya ialah orang jahat yang tak dapat lari dari perbuatan
jahatnya yang sudah jelas dilihat orang ramai secara terang-
terang. Maka saya akan sebut, "SPR caught pants down."

Dalam berita TV malam ini, pihak SPR akan membuat peraturan
baru semua parti politik tidak boleh berkempen menggunakan
isu ugama, perkauman dan mengaibkan peribadi pemimpin kerajaan.
Mereka kesal kerana kekalahan BN di Lunas adalah gejala yang
buruk yang Malaysia sedang menuju ke arah pilihanraya yang
tidak sihat.

SPR berkata begitu ...kerana BN yang kalah ...jika BN yang
menang, tentu sekali pihak SPR akan diam sahaja.

Berkenaan tuduhan pihak pembangkang menggunakan isu ugama
dan perkauman adalah satu gejala buruk dalam politik,
saya ada beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah ini:

1. SPR patut adakan satu peraturan baru bahawa TIDAK BOLEH
ada mana-mana parti yang berasaskan bangsa. UMNO ada nama
"Malay" dalam partinya, MIC ada nama "Indian" dalam nama
partinya, MCA pula ada nama "Chinese" dalam nama partinya.
Isunya, SPR mahu satu parti yang berbilang kaum yang tidak
ada menonjolkan nama satu bangsa tertentu. Kalau kita lihat
nama parti keADILan, ia sebuah parti yang disertai semua
kaum berasaskan menentang kezaliman kerajaan. Calun keADILan
yang menang itu adalah seorang Melayu yang mewakili perbagai
kaum dalam parti keADILan itu sendiri. Maka adalah tidak logik
tuduhan parti keADILan meletakkan calonnya seorang Melayu
yang menentang calon India MIC adalah bersifat perkauman.

Jika SPR dan UMNO mengambil kira sangat fasal pihak pembangkang
meletakkan calon Melayu bertanding dengan orang bukan Melayu,
saya cadangkan supaya UMNO bersikap konsisten dalam pilihanraya
yang akan datang. Jika di Kelantan yang majoritinya adalah
orang Melayu, saya cadangkan mereka meletakkan calon-calon
orang Cina, India dan Thai di DUN-DUN di Kelantan untuk menentang
calon-calon Melayu daripada PAS dan KeADILan. Ini kerana Barisan
Nasional yang bersifar benar-benar parti perbagai kaum, mereka
patut menunjukkan dasar mereka adalah bukan parti perkauman.
Tentu mereka tidak berani meletakkan calon-calon mereka terdiri
dari bukan Melayu kerana mereka sendiri sedar itu adalah strategi
politik yang lemah. Kalau mereka berbuat begitu, tentulah UMNO
akan bertambah kalah teruk di Kelantan. Yang SPR tidak faham,
apa itu STRATEGI politik. Dalam erti lain, SPR adalah alat UMNO.

2. Seperkara lagi..jika SPR sangat sensitif terhadap isu ugama
yang digunakan oleh pembangkang, maka orang Melayu yang berugama
Islam tidak boleh mengundi calon Melayu, takut-takut mereka
akan mengundi memilih orang Islam. Saya agak SPR sudah gila
macam UMNO. Tidakkah mereka melihat, sungguhpun Barisan Alternatif
juga didokong oleh PAS (sebuah parti Islam), orang bukan Islam
menyokong BA, dan dalam BA juga terdapat DAP (parti sekular),
orang Islam sendiri menyokong BA?? Jadi tidak timbul pihak
pembangkang menggunakan isu ugama dan perkauman dalam meletakkan
calon-calon mereka. Bagi PAS dan keADILan, tentu sekali mereka
akan meletakkan calon-calon mereka adalah 100% orang Melayu di
Kelantan. Ini dinamakan strategi politik. Barisan Nasional takut
mahu meletakkan seorang calon India MIC di Kelantan, mengikut
strategi politik mereka tentu mereka akan kalah. Orang yang gila
sahaja yang bertanding untuk menanti kekalahan.