SANGGAHAN TERHADAP TULISAN ASTORA
     DALAM MM 27 OGOS

     Assalamualaikum wrt!

     Saudara Astora Jabat (SAJ),tahukah saudara betapa ramainya kakitangan kerajaan (khasnya) terpaksa berlakon menyokong
     kerajaan! Umnolah yang mengajar rakyat menjadi talam dua muka (hipokrit). Mereka tahu mereka akan ditekan pelbagai masalah jika
     tidak menyokong UMNO/BN. Masalah kenaikan pangkat serta pertukaran yang tidak munasabah adalah senjata utama kerajaan
     mengugut! Baru-baru ini, Nazri Aziz sendiri sebagai menteri telah mengumumkan bahawa bantuan Mara hanyalah untuk yang
     sokong kerajaan sahaja! Maksudnya Umno sahajalah! Kenyataan ini dilafazkan di Bukit Mertajam! Ramai yang dah keluar dan akan
     keluar dari UMNO, tetapi kita tak perlu heboh! UMNO perlu hebah pada rakyat kerana ingin memperlihatkan kepada rakyat bahawa
     Umno belum maut lagi!

     Tentang ceramah PAS semakin kurang sambutannya, itu adalah andaian yang tidak tepat sama sekali! Kalau tak ramai ke ceramah
     PAS kenapa permit tak diberikan! Alasan yang diberikan...orang atasan tak benarkan! Apa saudara tahu! SAJ hanya mendapat
     maklumat, mungkin dari siput babi (SB) sahaja! Kalau dah ramai tak datang kenapa bimbang! Dalam hal apapun ceramah BA dapat
     mengatasi ceramah UMNO/BN. Ceramah UMNO/BN kalau tak keluar duit minyak kereta...alamatlah!!!Yang datang boleh dikira!
     Tahukah SAJ, sudah banyak cawangan UMNO hanya ujud atas kertas sahaja. UMNO tidak berani menghebahkan melalui akhbar
     arus perdana kerana mungkin malu atau bimbang dengan tindakan Mahazalim! Walau pun mesyuarat cawangan tidak dapat
     diadakan, taktik penipu digunakan jua! Iaitu tanda tangan kemudian! SB juga terlibat mengugut ketua cawangan/pemuda yang tak
     mahu bermesyuarat kerana tiada sambutan. Bolehlah ugut ketua cawangan/pemuda yang terlalu bodoh dan tak tahu langsung
     haknya dan undang-undang berparti. Maklumlah ketua cawangan terdiri daripada...tukang kebun, kerani perbandaran, budak
     pejabat...yang cerdik dah keluar Umno atau tak berparti. Yang berpendidikan kalau masuk UMNO mesti dapat habuan kalau tidak
     'go to hell with UMNO' Sebab itulah pemimpin atasan amat mudah memperkuda mereka dengan sejumlah wang yang kecil. Ramai
     ahli PAS yang telah lebih 5 tahun keluar parti UMNO (syirik) tetapi masih nama mereka tidak terpadam dari senarai ahli UMNO.
     Kalau begitu, sampai kiamat pun ahli UMNO tidak akan kurang dari 2.8 juta yang diumumkan baru-baru ini. Ini tidak termasuk ahli
     parti yang dah mati. Ibu pejabat UMNO juga dipenuhi oleh golongan yang 'terpaksa' demi cari makan! Lihatlah kerajaan
     khullafa...Abu Bakar r.a.,Omar r.a.,othman r.a.dan Ali r.a. serta kerajaan Islam Ummaiyyah, Abbasiyyah (sebagai contoh) dan juga
     kerajaan Fir'aun....akhirnya tumbang juga kerana pelbagai masalah serta fitrah alam bahawa tiada kerajaan apa yang akan kekal
     melainkan ALLAH SWT SAHAJA! Inikan pula Umno!!!!!!!!!

     Kes DSAI juga belum selesai! Yakinlah kebenaran akan tiba! Apakah SAJ tidak yakin bahawa penyudah yang zalim...mungkin akan
     jadi seperti Lenin (Presiden Russia) atau Kamal Attartuk yang saat kematian yang menyiksakan! Yakinlah kebesaran Allah swt!
     Dunia memperlekehkan sistem kehakiman kita kerana walaupun tertuduh dapat buktikan yang beliau tidak bersalah walaupun
     beberapa kali tuduhan dipinda!? Yang memang ada bukti tidak didakwa langsung! SAJ tahu siapa yang di maksudkan...Rafidah
     Aziz, Eric Chia serta kenyataan bekas pengarah Badan pelindung rasuah (BPR), Dato' Shafie Yahya yang tidak dicabar oleh
     Mahazalim!!! Inilah sistem undang-undang taghut (ikutan UMNO).Dalam perundangan Islam, tertuduh diberi seluas-luas ruang
     untuk membuktikan tertuduh tak bersalah. Tujuannya ialah seboleh-boleh (kalau boleh) tak mahu menghukum. Undang-undang
     yang SAJ dan Umno/BN rela ialah cari jalan seboleh-bolehnya nak menghukum tertuduh! Sudahlah SAJ! Di hati kecil SAJ, saudara
     tahu apa yang sebenarnya berlaku! Tetapi demi sifat kaum Yahudi, SAJ sanggup memperdagangkan/menggadaikan ugama demi
     jawatan dan perut! Contoh ruangan debat (hari Jumaat lepas kalau tak salah saya) saudara hanya menyatakan pakaian jubah,
     serban itu menyerupai kaum /pendeta Yahudi dan Kristian! Memang benar tetapi SAJ tidak menyatakan bahawa memakai kopiah,
     jubah dan serban itu sunnah! Nak pakai dapat pahala tak pakai pun tak mengapa! Akan tetapi niat SAJ ialah hendak mengelirukan
     orang ramai!

     Bab fitnah, adakah SAJ sedar yang akhbar arus perdana kini penyumbang besar kepada fitnah! Saudara buta hati kah atau
     buat-buat lupa. Akhbar mana kah yang menyokong perjudian! Ada faham ke! Akhbar siapa yang turut serta ke arah maksiat (panca
     indra).Kalau SAJ mengaku Malaysia adalah negara Islam...jadi pulanglah ke Thailand dan perjuangkan Islam di negara Buddha itu!
     Apakah JAKIM atau IKIM tak boleh uruskan bicara ugama!!!!!Sebenarnya pegawai JAKIM dan IKIM sendiri tidak berani dan
     selantang saudara sebab mereka sendiri tahu yang mana fitnah dan yang benar. Tetapi demi gaji dan jawatan...mereka akan
     bersuara selepas pencen!

     Memang benar ada beberapa orang yang keluar UMNO masuk semula kerana mereka keluar UMNO sebab benci pada UMNO.
     Mereka ini berjuang atas sentimen individu! Perjuangan apa pun kalau hanya dengan semangat sahaja...lambat laun akan luntur
     apatah lagi digamit kebendaan! LEBIH LEBIH LAGI MEREKA YANG BIASA HIDUP MEWAH. Perjuangan manakah yang tanpa
     memerlukan pengorbanan!!!!Nak berjuang dengan jalan ALLAH SWT sememangnya akan bertemu pelbagai dugaan dan rintangan.
     Tiada siapa semudah itu membantu. Tetapi kalau ke arah maksiat...ramai yang sudi hulur tangan!

     Apakah SAJ tidak ingin membicarakan ciri-ciri seorang hakim dari sudut Islam! Apakah ciri-ciri hakim Malaysia yang begitu mudah
     diugut dan dibeli...kerana MEREKA TIDAK ADA FIKRAH/JIWA ISLAM!!!!!
     HADITH RIWAYAT ABU DAUD DAN IBNU MAJAH..."PARA HAKIM ITU ADA TIGA GOLONGAN: SEGOLONGAN DALAM
     SYURGA DAN DUA GOLONGAN DALAM NERAKA. ADAPUN HAKIM YANG MASUK SYURGA IALAH SEORANG YANG
     MENGENAL HAK(KEBENARAN) LALU IA MEMUTUSKANNYA, DAN SEORANG HAKIM YANG MENGENAL HAK TETAPI
     IA BERLAKU ZALIM, MAKA DIA DALAM NERAKA, DAN SEORANG HAKIM YANG MEMUTUSKAN PERKARA
     MANUSIA TANPA ILMU, MAKA DIA DALAM NERAKA"

     Ajaran sesat! Jemaah al-Qur'an Malaysia (JAM) telah dikenal pasti sesat tetapi mengapa dibiarkan! Sebab Dr. Kassim Ahmad
     sokong Mahazalim! Sesungguhnya..."setiap yang tidak mengikut al-Qur'an dan as-sunnah" itulah yang sesat. Firman ALLAH
     SWT..."WAHAI ORANG-ORANG BERIMAN, MASUKLAH KE DALAM ISLAM KESELURUHANNYA DAN JANGANLAH
     KAMU MENGIKUTI JEJAK LANGKAH SYAITAN KERANA SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU ADALAH MUSUH KAMU
     YANG NYATA"( AYAT 208 SURAH AL-BAQARAH).

     Sekian,wassalam.
 

     Lain dulu lain parang,lain dulu lain sekarang!
     Dulu Umno PEKAT, Kini PAS selama-lamanya!