|
MEMBANGUN MENURUT ISLAM |
WAN MOKHTAR PENGKHIANAT
Jika anda tekan link ini http://www.bernama.com/bernama/index.html
anda akan sungguh
terkejut . Tidak kita sangka Wan Mokhtar Ahmad yang begitu lama menerajui
kerajaan
negeri Terengganu sanggup mengkhianati rakyat Terengganu dengan menmbuat
kenyataan
yang boleh ditemui dalam link yang diberi.
Isunya ialah royalti minyak 5% yang diterima oleh kerajaan Terengganu.
Menurutnya
persetujuan dicapai adalah kerana atas dasar "belas kasihan" (compassionate)
kerajaan
persekutuan pada waktu itu.
Menurutnya lagi, minyak yang ditemui adalah di luar kawasan Terengganu,
tidak seperti
Sabah dan Sarawak.
Persoalannya, mengapakah beliau menimbulkan isu ini apabila beliau di
ambang
kegerhanaan kuasa. Ataupun setelah kuasanya telah terlucut. Mengapa
tidak diberitahu
awal-awal kepada rakyat Terengganu ketika beliau masih berkuasa.
Benarkah apa yang didedahkannya? Jika tidak benar, sahlah Wan Mokhtar
adalah
"penderhaka" kepada rakyat Terengganu. Jika minyak yang ditemui itu
adalah berada
dalam kawasan Terengganu it adalah hak rakyat Terengganu.
Sebelum Sultan Terengganu menandatangani perjanjian dengan Inggeris
(Harrold
McMicheal) bagi menyertai kerajaan persekutuan "Malayan Union" (sebenarnya
melalui
paksaan) dan akhirnya menjadi "Federation of Malaya" Terengganu adalah
negeri yang
berdaulat. Tanpa Kuala Lumpur pun Terengganu boleh hidup.
Bahkan Sultan Terengganu boleh kaya dari Sultan Brunie. Rakyat Terengganu
boleh kaya
dari rakyat Brunei. Tapi atas dasar penyatuan orang Melayu/Islam, maka
Sultan
Terengganu telah menyertai persekutuan tajaan Inggeris dan anak-anak
didik mereka -
kumpulan Dato' Onn.
Sebenarnya penentangan Malayan Union oleh Dato' Onn adalah satu lakonan.
Agar orang
Melayu bersyukur dan menerima dengan Federation of Malaya, walaupun
banayak
syarat-syarat yang tidak menguntungkan orang Melayu/Islam dan Sultan
mereka.
Mengapa Wan Mokhtar dan Mahathir mengungkit-ungkit masalah minyak? Di
mana semangat
hidup dalam persekutuan yang mereka persetujui.
Dari manakah datangnya duit mereka membuat bangunan tertinggi negara.
Tertinggi di
dunia. Dari manakah wang mereka membuat kereta nasional?
Dari manakah mereka "bail-out" / tolong kroni-kroni mereka & anak-anak
Mahathir
ketika gawat?
DARI PETRONAS!
DARI DUIT RAKYAT TERENGGANU!
Sahlah dengan kenyataan sebegini rupa oleh Wan Mokhtar dan kroni-kroniya
dalam umno
adalah pengkhianat rakyat Terengganu.
Wahai rakyat Terengganu jangan bagi peluang kepada orang seperti ini.
Bahaya. Mereka
akan menghancurkan negeri tersayang kita dengan lebih teruk.
Overseas Terengganu