RAKYAT TERENGGANU TIDAK KELIRU SAMASEKALI MENGENAI ISU TOL

Alangkah bahalolnya tajuk di mukasurat 3 Utusan Malaysia ( UM ) hari ini yang berbunyi " Tol:Rakyat keliru pendirian
Terengganu ".

Saya kurang jelas rakyat mana yang dimaksudkan oleh UM; rakyat Malaysia ke atau rakyat Terengganu. Kalau nak kata rakyat
Malaysia, berita itu dilaporkan dari Terengganu. Kalau nak kata rakyat Terengganu, kenapa tidak dituliskan dengan jelas seperti ini
" Tol: Rakyat Terengganu
keliru pendirian kerajaan Pas ". Nampak sangat tugas wartawan UM ini hanyalah untuk  mengelirukan rakyat Terengganu
mengenai isu tol di dalam projek lebuhraya pantai timur ( LPT ).

Saya tidak hairan kalau rakyat Malaysia di luar Terengganu keliru mengenai isu tol projek LPT kerana mereka tidak mengetahui
apa yang sebenarnya yang dijanjikan oleh Pas semasa pilihanraya baru-baru ini. Hanya rakyat Terengganu sahaja yang tahu
janji-janji Pas.  Pas hanya berjanji untuk
menghapuskan tol di jambatan Sultan Mahmud kerana tol ini berada di dalam bidang kuasa negeri Terengganu di samping
menghapuskan cukai pintu dan mengadakan kerja lima hari seminggu. Ini semua sudah pun dilaksanakan dengan segera oleh
kerajaan Pas di bawah Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Pas tidak pernah berjanji untuk menghapuskan tol di lebuhraya yang akan dibina oleh kerajaan pusat kerana ianya di luar kuasa
kerajaan negeri apatah lagi untuk membantah perlaksanaan tol di dalam projek LPT yang telah dirancangkan oleh kerajaan pusat.
Kerajaan Pas memang membantah jika tol dikenakan kepada pengguna LPT tetapi pengutip tol negara nombor satu Samy Vellu
sudah pun memberi amaran bahawa LPT akan hanya dibina sehingga ke Kuantan sahaja sekiranya kerajaan Pas Terengganu
tidak bersetuju tol dikenakan.

Yang siSamy Vellu bangang ni tak sedar ialah rakyat Terengganu dan Kelantan juga membayar berbagai-bagai cukai kepada
kerajaan pusat seperti cukai pendapatan, cukai jalan, lesen kereta, zakat pendapatan dan sebagainya. Maknanya, LPT akan dibina
atas duit rakyat seluruh Malaysia, bukannya dari duit Samy Vellu saorang. Apa yang Tuan Guru Haji Hadi boleh buat sekiranya tol
mahu dikenakan juga oleh kerajaan pusat untuk projek LPT yang memang sudah dirancangkan oleh kerajaan pusat?

Mungkin Samy Vellu boleh mencadangkan kepada Mahashit supaya memulangkan balik duit Petronas sebanyak 1.8 billion ringgit
yang digunakan untuk menyelamatkan syarikat perkapalan Mirzan kepada kerajaan negeri Terengganu dan duit ini bolehlah
digunakan oleh kerajaan negeri Terengganu untuk membina LPT tanpa tol.

Saya ingin mengingatkan Samy Vellu sekali lagi kalau nak buat LPT buat sajalah setakat mana yang anda mahu. Kalau nak buat
sampai Kuala Terengganu ke  atau  Kuantan ke, nak kenakan tol ke atau tidak atau nak batalkan saja LPT pun rakyat Terengganu
tak kisah. Kita masih boleh sampai ke Kuala Lumpur dengan melalui lebuhraya Karak atau melalui Kuantan-Muadzam
Shah-Kuala Pilah-Seremban. Rakyat Terengganu yang majoritinya orang Islam lebih suka kepada pemerintah yang tidak
membazir, tidak memfitnah, tidak menghina Nabi, tidak menghina agama Islam dan yang boleh mengimamkan sembahyang. Hati
rakyat Terengganu lebih tenang dengan pemimpin yang sedemikian biar pun terpaksa 'makan nasi dengan sambal belacan'.

Kesimpulannya, rakyat Terengganu tidak keliru samasekali mengenai isu tol LPT.
 
 

REFORMIST BATU BUROK
KUALA TERENGGANU