Assalamualaikum Saya amat tertarik dengan surat pembaca pada harakah
keluaran 27.12.1999 yang
mencadangkan agar KERAJAAN TERENGGANU mengeluarkan tender secara terbuka
dan membina
lebuhraya di Terengganu TANPA MENGIKUT TENDER KERAJAAN PERSEKUTUAN.
Kita semua sedia
maklum kos yang bernilai contohnya RM 100 juta akan menjadi RM 150
juta di bawah
penyelenggaraan kerajaan persekutuan kerana ketidaktelusan dan korupnya
mereka. Oleh itu,
amatlah TIDAK BIJAK sekiranya kerajaan Terengganu masih mahu projek
lebuhraya itu diteruskan di
bawah selenggaraan kerajaan persekutuan.
Amat malanglah rakyat terengganu jika kerajaan impian rakyat pimpinan
Tn Guru Haji Hadi masih
'menyokong' tindakan kerajaan pusat yang tidak telus ini! Oleh itu
saya mencadangkan agar kerajaan
Terengganu sendiri yang membina lebuhraya tersebut secara tender terbuka.
Sudah tentulah KOS
pembinaan akan menjadi LEBIH RENDAH kerana tiadanya rasuah, KUALITI
juga akan LEBIH BAIK dan
dengan itu KADAR TOL yang dikenakan juga akan menjadi LEBIH RENDAH.
Jika hal ini mampu dijalankan oleh kerajaan Terengganu, maka tidak sia
sia lah harapan yang
diletakkan oleh rakyat Terengganu kepada sebuah kerajaan Islam yang
'mesra rakyat'. bukankah
cadangan ini dapat menaikkan kredibiliti kerajaan negeri Terengganu?
-penyokong gerakan Islam United Kingdom, 28 Dis 99