KELANTAN MINTA
BANTUAN TERENGGANU SELESAI MASALAH AIR
|
KUALA
TERENGGANU, 7 Mac ) -- Kerajaan
PAS
Kelantan akan meminta bantuan daripada
Terengganu
bagi menyelesaikan masalah bekalan air
di
negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul
Aziz
Nik Mat, hari ini.
Beliau
berkata, kerjasama mengenai bantuan
bekalan
itu daripada Terengganu akan dibincangkan
secara
terperinci dengan Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan
Infrastruktur, Kemudahan Awam dan
Komunikasi
Terengganu, Yahaya Ali.
"Sebagai
contoh daerah Besut di Terengganu
mempunyai
lebihan air sebanyak 4 juta liter dan
jumlah
itu jika disalurkan ke Kelantan ia akan
menyelesaikan
masalah penduduk terutamanya di
kawasan
sempadan kedua-dua negeri itu.
"Hari
ini kita bincang ala kadar tentang bantuan
bekalan
air oleh kerajaan PAS Terengganu sebab dia
(Terengganu)
memang mempunyai sumber air yang
banyak
dan mampu membantu Kelantan dalam
menangani
masalah itu," katanya kepada pemberita
selepas
mendengar taklimat pembangunan Kerajaan
Negeri
di Wisma Darul Iman, di sini.
Hadir
sama ialah Menteri Besar Terengganu, Abdul
Hadi
Awang dan beberapa anggota exco kerajaan
kedua-dua
negeri serta pegawai kanan kerajaan
Terengganu.
Nik Abdul Aziz berada di sini dalam
rangka
lawatan rasmi sehari ke Terengganu hari ini.
Menteri
Besar Kelantan itu berkata, kualiti
perkhidmatan
bekalan air di Kelantan juga
bertambah
baik sejak Kerajaan Negeri
mengambil-alih
perkhidmatan itu daripada Kelantan
Water
Sdn Bhd (KWSB), pada April tahun lepas.
"Kita
berpuas hati dengan pengurusan air di Kelantan
tetapi
kita berharap Terengganu dapat membantu di
beberapa
kawasan bersempadan dengan negeri
berkenaan
terutamanya di Pasir Putih," katanya.
Beliau
berkata kunjungannya itu juga turut
membincangkan
mengenai kerjasama menggalakkan
tanaman
jagung sebagai aktiviti alternatif bagi
tanaman
tembakau kepada para petani di kedua-dua
negeri.
Jagung
yang digunakan sebagai makanan haiwan
mempunyai
potensi baik di pasaran tempatan dan
luar
negeri di samping mudah untuk menanamnya
dan
Kelantan dijangka melaksanakan tanaman
jagung
di kawasan seluas 2,000 hektar tahun ini
berbanding
300 hektar pada tahun lepas, katanya.
"Terengganu
sendiri mengalami kerugian hingga RM3
juta
daripada hasil tanaman tembakau akibat banjir
dan
sewajarnya aktiviti itu ditukar kepada tanaman
jagung,"
katanya.
Nik
Abdul Aziz berkata, Kelantan juga mempunyai
kilang
memproses jagung menjadi bijiran makanan
haiwan
dan jika tanaman itu berjaya ia mampu
mengurangkan
jumlah import bijiran untuk haiwan
yang
kini dianggarkan RM9 bilion setahun.
Sementara
itu Abdul Hadi berkata, kerajaan
Terengganu
sedia mempertimbangkan permintaan
Nik
Abdul Aziz untuk mendapatkan bekalan air selain
menjalinkan
kerjasama dalam projek tanaman
jagung.
Beliau
berkata anggota exco berkenaan di negeri ini
diberikan
tanggungjawab mengadakan perbincangan
itu
dengan kerajaan Kelantan termasuk
perkara-perkara
yang berbangkit dengan bekalan air
itu.
"Atas
sifat kita ini (Kelantan dan Terengganu)
sebagai
adik beradik, kita sedia beri bantuan kerana
kita
tidak menafikan kemenangan PAS di Terengganu
juga
adalah tempias daripada kemenangan PAS di
Kelantan.
"Kita
berharap perbincangan hari ini akan
memberikan
hasil yang terbaik kepada kedua-dua
kerajaan
PAS," katanya. -- |