Amin
Sapiro (makin merenung semakin nampak)
[Firaun
adalah lambang sistem perhambaan yang amat dahsyat dalam sejarah peradaban
manusia. Namun dia hanya hebat kerana dipagari oleh orang dan binatang
yang berada disekelilinginya. Dia membina struktur yang besar-besar belaka,
tetapi mengapakah hanya kuburnya sahaja yang begitu menonjol sampai bila-bila?
Bukankah itu satu tanda agung dari tuhan bahawa tiada seorang pun manusia
mampu hidup dan berkuasa selama-lamanya. Kekejaman mereka akan menjadi
satu cerita yang akan semakin merendahkan imejnya dulu, kini dan selama-lamanya.
Dan itu termasuk keturunannya yang ada di mana-mana. Alangkah malunya mereka
semua... - Editor]
UMNO/BN
DAN REGIM MAHATHIR MENANTI AJAL..!!
KITA tidak
menyangka TPM Abdullah Bedawi begitu bebal dan hina fungsinya. Menurut
beliau di Utusan Malaysia:
[["...ahli
UMNO tidak akan membenarkan kepimpinan UMNO dipermainkan, diperkecilkan
dan dihina, malah kekuatan UMNO adalah kerana ahlinya yang setia kepada
pemimpin. Pembangkang merasakan dengan menyerang Dr. Mahathir (character
assassination) secara berterusan, ahli UMNO akan meninggalkan atau menyingkirkan
beliau.."]]
Hamman
Berkongsi Darjat Dengan Firaun
Teringat
kita kepada kesah Firaun yang memerentah Mesir 4,500 tahun dulu. Waktu
itu keagungan diri si Firaun itupun berpunca dari nafsu rakus yang mahukan
umat manusia mengakui dirinya sebagai tuhan. Digunakanlah bala tentera
dan pengintip dikalangan puak upahan untuk mencari sesiapa yang tidak mentaati
perentahnya.
Hamman yang
menjadi ketua penyebar 'PR' beliau begitu peka dengan arahan itu. Beliau
berkhutbah dan menggubal pelbagai undang-undang dan peraturan dengan maksud
memaksa rakyat mengakui bahawa Firaun itu adalah tuhan mereka. Didirikanlah
piramid sebagai lambang kemegahan dan keegoan bagi mengabadikan Firaun
yang dikuburkan disitu.
Andainya
didapati sesiapa yang engkar dan cuba tidak patuh dengan menidakkan 'ketuhanan'
Firaun, mereka akan diseksa dengan kejam sebelum dibunuh tanpa dibicarakan
dengan sempurna.
Kita dengar
bagaimana keluarga Masyitah menerima hukuman Firaun kerana membantah kemahuan
tuhan palsu itu. Satu keluarga digorenng dalam minyak panas yang menggelegak
- termasuk seorang bayi yang belum pandai berkata-kata dipangkuan si ibu.
Dengan izin
Allah swt. yang maha berkuasa, maka si bayi itu telah memperkuatkan keimanan
si ibu yang berbelah bagi hatinya sewaktu mereka akan ditolak ke dalam
kawah minyak yang panas mendidih.
Berakhirlah
satu episod kezaliman sebuah pemerentahan angkuh sombong lagi riak yang
cuba menegakkan kemungkaran paling terkutuk dalam sejarah manusia.
Allah swt
sengaja menurunkan cerita itu kepada umat manusia bahawa diakhir zaman
akan berlaku jua pemerentahan seumpama itu.
Hari ini
kita sudah nampak pelbagai contoh menyerupai episod seumpama itu berlaku
di tanahair kita. Kita nampak sekarang bagaimana 'Si Hamman' sudah mulai
menjalankan aturcara karenah puaknya. Sudah diwarwarkan paksaan keatas
rakyat dengan maksud menegah umat manusia supaya jangan mempermain, memperkecil
dan menghina ketua 'Nombor Wahid' mereka.
Dihasut dan
diyakinkanlah rakyat jelata kununnya kekuatan puak mereka adalah kerana
kaum mereka adalah setia kepada pemimpin yang disanjung setinggi langit.
Tidakkah
ini membayangkan zaman Firaun sudah berulang di negara ini? Sama-samalah
kita berfikir!
Dollah
Menjadi Alat Propaganda Peribadi 'MahaFIRAUN'
Sebagai TPM,
tidak sangka Dollah boleh berkata:
[["Usaha
pembangkang memburuk-burukkan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad bagi menggambarkan
beliau sebagai 'orang jahat dan beban' kepada UMNO dan Barisan Nasional
(BN) tidak akan berjaya. Walaupun pelbagai cara digunakan, pembangkang
akan hampa akhirnya kerana ahli UMNO kenal siapa pemimpin yang mereka pilih".]]
Bertanya
kita kepada Dollah: Apakah Firaun diburuk-burukkan oleh Nabi Musa a.s.
dengan sengaja? Tidakkah Firaun sendiri yang berkarenah menyalahi seruan
Allah swt. dengan melakukan pelbagai kekejaman dan kezaliman, merosakkan
aqidah manusia - hingga Jibrail diutus Allah swt dengan wahyu yang terang
kepada Musa a.s. bahawa kuasa manusia tidak sempurna dan hayat manusia
tidak sampai ke mana. Sesungguhnya Allah jua yang Maha Berkuasa atas segala-galanya!
Dengan itu,
jelaslah kepada hamba Allah swt yang lahir kemudian supaya jangan keterlaluan
mengangkat manusia yang berkuasa hingga kejahatan dirinya dibiarkan ditafsir
sebagai kebaikan pula.
Jika itu
dilakukan bermakna kelompok itu sudah terang-terang menafikan ajaran nabi-nabi
dan rasul-rasul yang diutus dengan bermacam wahyu yang memberi petunjuk
dan panduan bahawa manusia harus mengikis perasaan 'terlalu mengagungkan'
ketua yang merosakkan rakyat secara bersembunyi.
Jauh Sangat
Dollah Terpesong
Selagi Dollah
seolah-olah tidak nampak dengan sengaja membutakan mata memekakkan telinga
terhadap Kezaliman yang dilakukan oleh 'godfather'nya (kerana beliau diberi
tugas sehina itu oleh si MahaFIRAUN yang memberi beliau kedudukan sebagai
'orang nombor dua'). Sekaligus dengan itu, Dollah akan disamakan oleh rakyat
sebagai hamba suruhan bagi menjalankan fungsi yang sama taranya dengan
Hamman!
Untuk membantu
Dollah berfikir, perhatikanlah sebahagian dari puluhan kemungkaran yang
diketahui rakyat, kini yang telah dilakukan pula oleh si MahaFIRAUN itu
- antaranya si MahaFIRAUN ini:
-
telah mendirikan
mahligai 'sejenang kuda berlari' untuk diri dan keluarganya; sementara
rakyat yang miskin menitiskan airmata mengongkosi pembinaannya. Bandingkanlah
kediaman ribuan rakyat miskin yang berteduh dibawah kepingan atap nipah
bocor dan berdinding pelupuh. Adilkah itu?
-
mengaut ringgit
dan sen dari kocek rakyat tanpa segan silu untuk menampung kerakusan nafsu-nafsi
anak-bini, kroni dan kuncu-kuncu si MahaFIRAUN ini. Bandingkan, satu juta
rakyat di Terengganu yang mengharapkan punca rezki dari khazanah kurniaan
Allah swt. telah diputarbelit oleh kelompok si MahaFIRAUN (termausk Dollah)
ini. Apakah itu bentuk Keadilan yang diamalkan oleh puak ini dalam membahagi-bahagikan
kekayaan harta dunia?
-
melakukan rasuah
dan penyelewengan hak dan harta rakyat hingga sanggup mengaut tanah rakyat
tanpa mengikut peraturan yang dipersetujui rakyat. Bandingkanlah berapa
juta jumlah rakyat yang terseksa kerana gubuk buruk mereka diruntuhranapkan
dengan bulldozer oleh jentera pentabir si MahaFIRAUN ini semata-mata untuk
memberi laluan kepada kroni beliau membuat kekayaan? Adakah si miskin tidak
berhak menumpang di bumi Allah ini. Masih tidak zalim kah itu?
-
melakukan pelbagai
adu-domba keatas rakyat yang ingin hidup harmoni demi kepentingan politik
dan kerakusan kuasa si MahaFIRAUN itu. Apakah bentuk masyarakat yang bakal
terbina sekiranya gejala syak dan waham menjadi budaya rakyat akibah mengikut
ragam karenah si MahaFIRAUN?
-
menyiksa rakyat
yang menuntut hak asasi mereka sebagai hamba Allah swt; sementara si MahaFIRAUN
ketawa berdekah-dekah melihat seorang insan yang memperjuangkan keadilan
dipenjarakan dan disiksa oleh tangan zalim beliau. Dimanakah sifat kemanusiaan
si MahaFIRAUN ini? Adakah Dollah masih beranggapan si MahaFIRAUN itu wajar
dibersihkan namanya?
Itu cuma
5 perkara saja. Jika ditanya rakyat, mungkin jumlah kebusukan dan kejahatan
si MahaFIRAUN ini sebanyak bintang di langit.
Kejahatan
Pasti Akan Menerima Balasan Allah swt
Jika Dollah
hendak menegahpaksa rakyat menutup mulut, bayangkanlah banyaknya air ditakungan
di empangan Aswan di Mesir. Bayangkan juga apa akan jadi sekiranya empang
'kemarahan' rakyat itu pecah - pasti UMNO/BN yang semakin mengerdil itu
akan tenggelam didasar limpahannya.
Firaun tenggelam
menemui ajal di Laut Merah atas kehendak Allah swt. Jika Allah swt menghendaki
UMNO/BN dan regim Mahathir musnah habis kikis di bumi bertuah ini, tidak
ada satupun pemimpin dan penyokong parti itu akan terselamat.
Dari apa
yang nampak sekarang, peristiwa di Lunas cuma 'bayang-bayang' kilat yang
memancar. Bagaimana jika disekalikan dengan guruh-petir, kilat sabung menyabung
di seluruh negara; tidakkah akan gempa bumi bertuah ini? Termampukan kuasa
anda memadamkan api yang membakar kelak, wahai pemimpin UMNO/BN?
Sesunguhnya,
perancangan Allah Maha Hebat melebihi perancangan hambanya. Regim Firaun
tidak kekal hingga kiamat. Begitu juga UMNO/BN dan Regim Mahathir MahaFIRAUN
ini, insyaAllah. Bila tiba masa hukuman Allah swt itu dikehendakiNya berlaku,
bukit batu batan yang begitu kuat pun pecah berkecai menjadi debu.
Perancangan
umat yang zalim tidak akan mendapat restu Allah swt. Percayalah!!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli
UMNO atas Pagar Berduri)