|
||
KOTA BHARU, 18 Feb (Hrkh) - Kerajaan Terengganu disarankan memberi peluang akhbar-akhbar Cina di negeri itu membuat liputan mengenai pentadbiran kerajaan PAS bagi membolehkan masyarakat Cina mengikuti perkembangan yang berlaku secara tepat. Pegawai Hubungan Antara Kaum Negeri Kelantan, Hu Pang Chaw berkata, sekiranya pendedahan kerajaan Terengganu tidak dibuat dalam akhbar berkenaan, golongan minoriti akan mendapat maklumat yang salah apabila membaca laporan yang tidak tepat dikeluarkan akhbar perdana.
"Hubungan rapat di samping tidak meminggirkan akhbar berbahasa Cina
membolehkan rakyat di seluruh negara mendapat maklumat terhadap keistimewaan
rakyat di bawah pentadbiran kerajaan berasaskan Islam.
Katanya, tarian singa, naga, Chap Go Meng bagi masyarakat Cina, di
samping Loi Katung perayaan masyarakat Siam diadakan tanpa sebarang
gangguan berbanding semasa di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
|
||
|