Hasil gerakan merampas akhbar HARAKAH oleh KDN di sekitar Lembah Kelang, dan susulan mesyuarat pengurusan HARAKAH yang telah mencapai kata putus , untuk akur dengan arahan Menteri Dalam Negeri , Dato' Abdullah Ahmad Badawi bagi menghadkan jualannya di pejabat, cawangan dan markas PAS sahaja.
Dengan arahan dan keputusan ini, hasrat dan cita - cita saya melalui tulisan dalam artikel - artikel yang terdahulu dapat dijayakan dengan segera, cepat dan berkesan. InsyaAllah cita - cita untuk menawan Malaysia dapat menjadi realiti dalam tahun 2004 nanti.
Antara artikel terdahulu yag telah saya kemukakan ialah, PERTAMA " PUSAT IT dan KHIDMAT ",KEDUA "THINK TANK - Kumpulan Pemikir " dan KETIGA " EDAR ARTIKEL INTERNET " Ia menjadi sangat relevan dan mudah dilaksanakan. Ketiga - tiga cadangan dan input ini boleh digerakkan mulai daripada sekarang .
Tahniah dan terima ksih kepada Menteri Dalam Negeri.
KESAN
Kesan dari arahan tersebut dapat disenaraikan seperti berikut ; Cawangan
- cawangan baru dapat disegerakan penubuhannya di mana jawatankuasa penaja
boleh diatur mulai sekarang, Keahlian baru dapat ditingkatkan ; Pelbagai
khidmat tambahan dapat disediakan selain untuk jualan HARAKAH
; sebagai PUSAT IT dan KHIDMAT ; peluang latihan untuk ahli lama dan baru
dapat dipergiatkan ; peuang untuk melatih pelapis pemimpin parti
setempat dapat dibuat dengan lebih lancar ; kekerapan aktiviti parti dapat
dipertingkatkan ; memudahkan kerja parti untuk diorganisasi ; dapat menyusun
jentera parti dengan lebih berkesan lagi ; bilik gerakan akan dapat
dikunjungi dengan lebih mudah kerana sentiasa dibuka ; organisasi
parti akan lebih tersusun ; parti dapat digerakkan dengan lebih sistematik
. dll
MASALAH TERDAHULU
Apa yang berlaku selama ini ialah, wujudnya markas dan cawangan yang
separuh mati dan tidak aktif. Bilik gerakan markas dan cawangan sentias
tertutup. Aktiviti di markas dan cawangan tidak aktif ; bangunan markas
dan cawangan berada di dalam keadaan uzur dan daif dll.
HARAPAN
Dengan arahan dan keputusan ini serta langkah -langkah selepas itu,
akan menjadikan parti PAS sebagai yang paling aktif, produktif , dan berdaya
maju sebagai persiapan bagi menyambut kemenangan dalam pilihanraya ke -
11 nanti. InsyaAllah.
Saya mengharapkan pimpinan tertinggi dan mereka yang berkenaan serta bertanggungjawab, SEGERA mengambil inisiatif, bertindak dan melakukan kerja asas dan perlu untuk mengerakkan dan merealisasikan CITA - CITA dan IMPIAN di atas , bukan cita - cita peribadi saya sahaja tetapi mungkin seluruh pejuang - pejuang kebenaran dan keadilan semua.
Jangan dipandang remeh dan ringan cadangan yang tidak seberapa ini.
Dengarlah pandangan dan pendapat orang - orang kecil ini. Cita - cita dan
harapan orang - orang kecil sebenarnya menggunung besarnya dan tinggi melangit.
Ingatlah , cita - cita orang kecil ini besar majoritinya.
Jangan dihampakan dan musnahkan harapan kami ini.
Terompah_kayu@hotmail