MEMBANGUN BERSAMA ISLAM "BERSAMA MENGISI KEMENANGAN" tinta_hijau@hotmail.com |
AMANAT HADI : PENYELAMAT AQIDAH UMMAH
Oleh : Tentera Panji Hitam
"Saudara-saudara sekalian!"
"Percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita
menentang Barisan Nasional (BN), bukan kerana nama BN. Kita menentang
dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajahan, mengekalkan
peraturan kafir."
"Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-
saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma
kita
adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita
mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah
mati
Islam."
"Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak
payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha tetapi kita akan menjadi
kafir dengan mengatakan politik suku (asing), agama suku."
Cuba kita teliti dan hayati benar-benar apa yang terkandung pada ucapan
Tuan Guru Haji Abdul Hadi
di perenggan yang pertama,Jelas disini bahawa
kemelut yang timbul,penentangan yang wujud antara
PAS dan Umno bukan sekali-sekali atas namanya.Jelas
lah penentangan ini adalah kerana BN dan
Umno itu menegakan dan mengekalkan Perlembagaan
penjajah serta peraturan kafir.
Persoalan disini ialah perkataan kafir.Sila kita semak kembali dan
hayati Perlembagaan Malaysia yang
diterima pakai hari.Apakah ianya dibina diatas
roh Islam.Adakah Perlembagaan yang ada didasarkan
kepada Hadith Nabi SAW?.Adakah ianya disandarkan
kepadaIjmak Ulamak?Perlembagaan yang
kita
pakai dimalaysia hari adalah hasil bikinan Suruhanjaya Lord Reid.Siapa
kah Lord Reid itu?
Islamkah dia?Ulamak kah dia?Beranikah kita
yang beragama Islam menyatakan Perlembagaan yang
disediakan Oleh Lord Reid itu adalah Perlembagaan
Islam?Didunia ini Allah telah menetapkan cuma dua
sahaja iaitu ISLAM dan Kafir.Nah !
letakan pendirian kita tentang perlembagaan ini.Jadi dimanakah
silap dan cacat serta sesatnya di perenggan
pertama diatas.Jelas ianya amat jelas tiada sedikit kekeliruan pun.
Seterusnya pada perenggan kedua Tuan Guru,mempericikan lagi kaitan dengan
perenggan pertama.
Apabila sesuatu itu bercanggah dengan islam,tidak
boleh tidak ianya menjadi suatu kewajipan bagi kita menentang
ianya dari terus kekal.Penentangan itu adalah
perjuangan,maka perjuangan itu adalah Jihad.Penentangan
itu pula pelbagai cara,berceramah memberitahu,kuliah
mengajar ilmu,derma untuk digunakan pada kerja-kerja
penentangan dan seandainya ketika melaksanakan
kerja-kerja tersebut kita dibunuh,dibunuh kerana menentang
golongan yang mengekalkan perlembagan kafir,mengekalkan
perlembagan jahiliah................
Seorang ibu yang mati ketika melahirkan anak
adalah Syahid,orang yang mati kemalangan juga mati syahid,
apatah lagi mereka yang mati ketika menentang
golongan yang meneggakan perlemgaanJahiliah dan kafir itu.
Pada perenggan seterunyaTuan Guru mengingatkan kepada Umat Islam bahawa
kegelinciran aqidah ini
amat mudah berlaku,tanpa perlua kita beriktiqad
memasukki agama lain.Dengan menghina,menidakkan ketetapan
Allah hatta dengan sedikit perkataan sahaja
ianya juga boleh menjurumuskan seseorang itu meninggalkan Islamnya.
Kebetulan pada masa itu (1981) perkataan
atau ayat "Politik suku ,agama suku...kita tidak boleh campurkan"sentiasa
bermain dibibir umat Islam di Malaysia.Tuan
Guru memberi Peringatan,amaran ,panduan,nasihat supaya kita semua
jangan sesekali mengeluarkan ungkapan seperti
itu.
Sekiranya sebelum peringatan ini sampai kepada kita perkataan ini ada kita
ucapkan,ketika itu ianya tidak
sampai kepada gugurnya aqidah,kerana ucapan
itu di ungkap ketika kita jahil(tidak tahu)implikasi atau akibat dar
i ucapan tersebut.
Alhamdulillah,selepas peringatan serta nasihat tersebut ummat mula sedar,perkataan
atau ungkapan tersebut
sedikit demi sedikit dihindari dari keluar
dari mulu ummat Islam.
Ucapan Tuan Guru tersebut
tiada cacat celanya Tidak perlu dipertikaikan,,ianya suatu panduan
bagi umat Islam ,
suatu peringatan bagi menyelamatkan Aqidah
Ummat Islam.
Sekian.