YB AZMIN DAN SDR EZAM DITAHAN DI KLIA
Setelah kembali dari tanah suci Mekah untuk mengerjakan Umrah, YB Azmin
dan Sdr
Ezam telah ditahan polis di balai ketibaan KLIA pada jam 11:45 pagi.
Setelah
penahanan 7 orang petugas dan pemimpin KeADILan termasuk Ruslan Kassim,
Tian
Chua dan N. Gobalakrishnan; sekarang YB Azmin dan Sdr Ezam menjadi
mangsa
kezaliman kerajaan BN pimpinan Mahathir Mohamad.
Menurut maklumat yang kami terima, kenyataan daripada YB Azmin dan
Sdr Ezam
sedang diambil dan mereka kini telah dibawa ke balai polis KLIA. Nyata
sekali
bahawa kerajaan zalim pimpinan Mahathir Mohamad tidak dapat menerima
keputusan
rakyat di Lunas tempoh hari yang sudah jelas menolak kerajaan pimpinannya.
Beliau sekarang sudah nekad dan akan mengambil apa-apa tindakan samada
menurut
lunas undang-undang ataupun tidak. Ini dilakukan semata-ata untuk memuaskan
hawa
nafsu serakah dirinya untuk menguasai tampuk kepimpinan negara.
Dengan takbir raya akan bergema dalam masa tidak sampai 24 jam, Sdr
Anwar sedang
merengkok didalam hospital mengerang kesakitan, YB Azmin dan Sdr Ezam
tidak
dapat dipastikan samada dapat menyambut Hari Raya bersama-sama anak
isteri.
Adakah ini sikap seorang pemimpin negara Islam? Ini jelas menunjukkan
bahawa
tiada titik noktah dalam memuaskan hawa nafsu Mahathir Mohamad.Adakah
kita
sebagai umat Islam dalam sebuah negara yang kita banggakan sebagai
sebuah negara
Islam contoh, akan duduk diam berpeluk tubuh melihat saudara seIslam
kita
diperlakukan sedemikian dalam bulan Ramadhan dan menjelang Syawal yang
mulia
ini?
Maksud sabda Rasulullah s.a.w : Kita wajib menegur sesuatu perbuatan
yang
mungkar(kejahatan) jikalau kita mampu dengan kekuatan fizikal, jikalau
kurang
upaya dengan tutur kata dan nasihat malah paling kurang sekalipun dengan
niat
dan doa. Oleh itu, bangunlah seluruh umat manusia ditanah tumpah darah
kita
bernama Malaysia ini, sambutlah Hari Raya dengan penuh taqwa.Aidilfitri
merupakan hari kemenangan menentang kebatilan, kemungkaran dan kezaliman.
Ambillah iktibar daripada Hari yang mulia ini utuk kita sama-sama kuatkan
iltizam dalam menegakkan kebenaran dan KeADILan. Semoga perjuangan
kita
diberkati Allah s.w.t. dan pohonkanlah daripadNya, tauhid dan hidayah
semoga
kita sentiasa dipeliharaNya.
http://pemudakeadilan.tripod.com
Webmaster Pemuda KeADILan