Pembinaan Auditorium Baru Untuk Persidangan Baru
Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada persidangan kemuncak OIC di
Putra Jaya pada 2003. Ini yang dirancang oleh Perdana Menteri sebaik sahaja
selesai menghadiri persidangan yang terkini di Doha. Tetapi, Putra Jaya
memang tidak mempunyai kemudahan odotorium yang mampu menyediakan kemudahan
canggih untuk persidangan seperti itu. Itu sebabnya satu dewan persidangan
yang baru akan dibina secepat mungkin dengan harga RM1 bilion. Mungkin
ditokok beberapa ratus juta lagi untuk menampung keperluan menyediakan
lambang kemewahan yang berwarna warni. Tidak ada sesiapa yang berani mengatakan
berapakah kos sebenarnya satu hari nanti. Yang tukang bikin projek itu
pun tidak berani berkata apa-apa kerana plan bangunan itu akan berubah
setiap jam, minggu, bulan dan tahun. Dewan itu memang mahu dibina juga
sama ada persidangan puncak OIC ataupun tidak. Kini, dengan ada ketentuan
itu, perbelanjaan yang sungguh tinggi itu tentu boleh diberikan justifikasinya.
Peraka ini memang telah diputuskan sebelum cerita tuan rumah pada tahun
2006 itu mula dicetuskan.
Perkara ini mula dibangkitkan ketika seorang arkitek turut serta mengiringi
Perdana menteri ke Doha. Di banglonya yang terletak di sungai Buluh memang
ada tersimpan satu plan kompleks yang mega ini yang mampu menampung penyertaan
135 ketua negara lengkap dengan segala kemudahan untuk kegunaan mereka.
Mereka yang pernah melihat plan yang sungguh besar ini memang terkejut
dengan lakarannya. Saya pula terdengar cerita ini sengaja tidak disengajakan.
Sebaik mengetahuinya saya mula bertanya-tanya dan ini menyebabkan pihak
tertentu merasa tidak selesa.
Di Kuala Lumpur memang terdapat banyak dewan persidangan yang memang
tidak kerap digunakan. Yang terulung sekali ialah Pusat Perdagangan Dunia
Putra (PWTC) yang memang besar dan mencukupi untuk persidangan bertaraf
antarabangsa. Tetapi ia dipinggirkan kerana terdapatnya banyak lagi bikinan
Malaysia Inc. Yang lengkap dengan kemudahan perhotelannya seperti Sunway
Lagoon Resort Hotel dan Palace of the Golden Horses. Setiap hotel bertaraf
lima bintang memang mampu memberikan keselesaan kepada beberapa ribu tetamu
untuk persidangan yagn diperlukan. Kini, kemudahan yang ada itu dianggap
tidak bersesuaian untuk para Sheikh Arab. Ini sudah dijadikan satu alasan
yang mudah untuk pembikinan beberapa kemudahan di Putra jaya yang mampu
mengenepikan ungkitan di parlimen dengan tujuan untuk memberi kemudahan
kepada anak-anak, keluarga para kroni dan juak serta jongos.
Ketika Putra Jaya dirundingkan daripada Negeri Selangor ada rencana
untuk membina satu istana baru untuk Yang Dipertuan Agong dengan harga
sekitar RM600 juta. Tentunya pembikinan itu tidak akan meruntuhkan kegemilangan
mahligai Perdana Meneri yang dikatakan berharga cuma RM200 juta itu, sedangkan
harga sebenar adalah lebih tinggi dari itu. Sebenarnya apabila pembikinan
struktur seperti itu dilaksanakan, kos sebenarnya tidak merupakan satu
halangan yang besar.
Nampaknya setiap kali direncana penganjuran persidangan antarabangsa,
pembikinan bangunan yang baru turut diambil kira. Itulah yang berlaku ketika
pembikinan Perkampungan Sukan Komenwel dulu pada 1998. Satu perkampungan
yang baru dibina dengan cara Bolehland yang lazim itu di mana para kroni
diberikan kemudahan untuk membinanya di tapak tanah yang terpilih pula.
Bangunan yang sudah terbina itu tidak akan digunakan sangat selepas itu.
Kalau digunakan pun kos sewanya begitu tinggi sekali sehinggakan badan
sukan negara sanggup mengenepikannya. Bangunan ini pun akan terus terbengkalai
untuk mereput kerana kekurangan usaha penyeliannya. Kalaulah Malaysia berjaya
menjadi tuan rumah Asiad pada 20006 nanti, sekurang-kurangnya beberapa
juta lagi akan diperlukan untuk memperbaiki struktur yang ada itu.
Sekarang ini Malaysia membuat pengumuman sesuatu projek dalam masa yang
lebih cepat daripada tempoh membina struktur yang diperlukan untuk projek
itu. Kalau dicatatkan segala projek yang telah diumumkan itu, sudah tentu
nilainya adalah berkali ganda daripada hutang yang tidak mampu dibayar
oleh Renong yang sudah pun berjumlah RM26 bilion.
Apakah Malaysia mempunyai upaya membayar hutang banyak itu? Jawapannya
ialah TIDAK. Mampukah Malaysia mendapatkan jumlah wang sebanyak itu? Jawapannya
pun tidak juga. Pengumuman projek secara mendadak ini sebenarnya bertujuan
untuk menunjuk-nunjuk yang Malaysia mampu membinanya. Memang tidak ada
sesiapa yang ragu akan keupayaan itu. Apakah Malaysia mampu membayarnya?
Apakah ia perlu dibina? Apabila struktur semahal itu dibiarkan kepada orang
tertentu, sudah pasti peraturan akan kosnya akan sengaja diabaikan.
Menara KLCC dikatakan memerlukan RM1 juta setiap bulan sebagai kos senggaraannya.
Tidak sampai tiga puluh peratus daripada 90 aras menara kembar itu yang
sedang dihuni.
Pengswastaan lebuhraya memang merupakan satu projek yang baik ketika
pelancarannya. Tetapi apabila orang yang diamanahkan melancarkan projek
itu menyeleweng syarikat yang menerima konsessi itu telah mewujudkan berpuluh
anak syarikat sebagai satu helah untuk melonjakkan harga projek itu. Akibatnya
orang yang betul-betul menjalankan kerja di situ tidak mampu menjalankan
kerjanya dengan baik. Para pengguna lebuhraya itu terus dikenakan tol yang
semakin meninggi kerana semua itu bertujuan untuk menyedapkan hati para
kroni, anak-anak, juak dan jongos yang sengaja dibabitkan dalam projek.
Begitulah halnya nanti dengan pembikinan odotorium dan beberapa projek
mega di Putra Jaya. Mungkinkah odotorium itu dibina? Sudah pasti ia akan
dilakukan. Projek ini akan merupakan projek yang sungguh melekit kerana
ia akan dibina secara tergesa-gesa. Segala manisan yang menyebabkan projek
itu melekit akan terus bertukar tangan di kalangan makhluk tertentu. Tetapi,
Perdana Menteri akan berkata semua itu tidak mungkin akan berlaku kerana
yang berlaku selama ini seperti itu memang merupakan sesuatu yang tidak
pernah pun berlaku.
-MGG Pillai
|