KUALA TERENGGANU,
2 Dis (Bernama) -- Menteri Besar Haji Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan
portfolio anggota majlis mesyuarat Kerajaan Negeri dengan beliau sendiri
mempengerusikan dua jawatankuasa iaitu Kewangan dan Pelaburan serta Jawatankuasa
Tanah, Galian dan Perhutanan.
Beliau
turut mewujudkan dua portfolio baru iaitu Jawatankuasa Hal-Ehwal Wanita
dan Bukan Islam serta Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas, selain
membuat rombakan dan pertukaran nama bagi beberapa portfolio sebelum ini.
Portfolio mengenai
Pembangunan Sains, Teknologi, Pengajian Tinggi, Pembangunan Manusia dan
Hal-Ehwal Agama Islam telah dimansuhkan dan peranannya diambil alih oleh
Jawatankuasa Pendidikan yang kini turut menanggung tugas berkaitan dakwah
dan pelaksanaan syariah.
Berikut senarai
portfolio ahli mesyuarat Kerajaan Negeri:
1. Menteri Besar,
Haji Abdul Hadi Awang (Jawatankuasa Tanah, Galian dan Perhutanan Negeri.
Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan).
2. Haji Mustafa
Ali ( Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum dan Perindustrian).
3. Haji Harun Taib
(Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah)
4. Haji Wan Abdul
Mutalib Embong (Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar).
5. Haji Abu Bakar
Chik (Jawatankuasa Pertanian, Perikanan dan Sumber Manusia).
6. Tun Haji Mohd
Salleh Abas (Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas).
7. Haji Mohd Abdul
Wahid Endut (Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Peniaga Kecil dan Hal-Ehwal
Pengguna).
8. Yahaya Ali (Jawatankuasa
Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi).
9. Haji Abu Bakar
Abdullah (Jawatankuasa Kebajikan Sosial dan Kesihatan).
10. Haji Awang
Jusoh (Jawatankuasa Hal-Ehwal Wanita dan Bukan Islam).
11. Wan Hassan
Mohd Ramli (Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan).
-- BERNAMA