BERNAMA MENIPU LAGI
Pengerusi parti DAP, Lim Kit Siang mendakwa agensi berita negara, Bernama
"mengilangkan berita".
Menurut satu lapuran dari Star,
"Lim, ketika ditemui di Lunas petang kelmarin selepas melawat bilik
operasi DAP telah berkata: "Calun parti DAP telah pasti akan terpilih melawan
BN" "
Lim mengatakan lapuran Bernama tersebut "memang tidak berpijak di alam
nyata kerana beliau tidak melakukan lawatan dan membuat komen tersebut"
"Saya tidak pernah membuat sebarang kepastian dengan sebarang wartawan
bahawa calun DAP itu dipilih mewakili BA. Malah saya juga tidak melawat
Lunas kelmarin (Sabtu) dan belum lagi memijak kaki ke sana, hanya malam
ini saya baru nak kesana" tambah Lim.
Lim menambah lagi: "Bernama telah memalukan dunia kewartawanan Malaysia
sehingga ke tahap yang amat rendah dengan lapuran yang tidak beretika,
tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab dengan berita palsu dan komen
palsu terhadap seorang ketua pemimpin politik"
LAPURAN PALSU KEDUA
Lapuran Bernama itu adalah lapuran kedua minggu ini saja. Sebelum itu
Bernama telah melapurkan bahawa Perdana Menteri, Dr Mahathir, telah menemui
Yusuf Qardhawi, semasa melawat Qatar baru2 ini ketika sidang OIC.
Sebenarnya tidak ada sebarang perjumpaan.
Yusuf Qardhawi telah membuat banyak lawatan ke Malaysia, dan beliau
sudah cukup arif dengan politik Malaysia, khususnya dengan muslihat hukuman
perbicaraan ke atas Anwar,
SATU TAMPARAN KEMUKA MAHATHIR
Ramai yang melihat pembatalan mesyuarat antara Yusuf Qardhawi dengan
Mahathir itu sebagai tamparan kepada muka Mahathir yang asyik mengemis
penonjolan imej di kalangan umat Islam. Malang yang terakhir buat Mahathir
ialah gertakkan ISNA, satu persatuan Islam di A.S. dan satu demo yang dicanang
oleh kaum Muslim UK sewaktu Mahathir melawat Manchester, Cambridge dan
London.
MAHATHIR TUDUH FAC
Mahathir menuduh FAC sebab melesetnya sokongan yang diperolehinya dari
masyarakat Islam di Barat dan telah melabel mereka sebagai yang "menyebarkan
cerita buruk" mengenai Malaysia sebagai "pengkhianat yang harus diterajang
keluar dari negara"
Menurut seorang kerabat di raja Selangor, sdr sepupu kepada Sultan
kini, "Mahathir adalah generasi Malaysia yang pertama [bapa Mahathir berasal
dari India Kerala] manakala keluarga pengarah FAC telah berada di Malaysia
sejak 14 generasi lampau. Apakah yang membuatkan Mahathir merasa dia lebih
Malaysia dari orang lain dan apakah haknya untuk menyepak sesiapa keluar
dari negara ini?
Kerabat diRaja Selangor telah menunjukkan sokongan yang semakin meninggi
kepasa gerakan Reformasi sejak kerajaan Pusat baru2 ini merampas Putrajaya,
sebahagian dari milik kerajaan negeri Selangor, dan mendeklaraikannya sebagai
Wilayah Persekutuan.
Raja Petra Kamarudin