MENGULAS BERITA HARIAN 05012000
 

Setelah meneliti muka depan BH hari ini 05 Jan 2000 ,
menarik minat saya untuk memerhati secara lebih bersungguh-sungguh
beritanya.Saya amat terkejut melihat gambar seorang mak cik Tua
yang telah ditarik balik hak nya didalam pengagihan wang zakat fitrah.
Saya cuba memanggil ingatan saya kalau-kalau saya ada kenalan
yang tinggal di kampung Bangol Binjai atau persekitaran.Saya cuba menghubungi mereka
tetapi sya gagal.Selepas itu saya menerima seringan talipon dari seorang lelaki
yang katanya bertugas di BH.Memang beliau adalah kenalan lama saya.
         Saya merasa sungguh gembira,paling tidak saya akan bertanya darinya
tentang kesahihan berita dan gambar tersebut.Belum sempat saya mengemukan soalan
kepada beliau, beliau bertanya kepada saya "you dah lihat ke BH hari ni?"soal beliau.
"Ya,sekarang ditangan saya" "Apa komen you ?" dia bertanya lagi.Saya menjawab
"Betulkah begitu?""OK" katanya.Selepas itu ia menjelaskan satu persatu kepada
saya tentang berita tersebut.Jadi disini saya ingin berkongsi sedikit ulasan tentang berita
tersebut.

Antaranya cuba kita perhati betul-betul gambar Nik bt Ali tersebut yang sedang
kononya berkerja kuat untuk menyara hari raya.Lihat lah di lehernya seutas rantai
emas yang cuba disembunyikan.Begitu juga legan beliau yang dipenuhi gelang emas
disembunyikan pada dua pahanya.Mengikut cerita kawan saya itu ,gambar yang
pertama diambil menampakkan tidak kurang dari 5 urat gelang emas yang
terdapat pada lengannya.Gambar tersebut telah di tolak oleh BH.

Begitu juga dengan gambar Mohamad abdullah di muka surat 5.
Sebenarnya surat yang ditunjukkan oleh beliau adalah,adalah
surat kosong yang hanya di tampal kertas photostaste logo PAS
sahaja.

Untuk makluman semua memang ada pehak pejabat agama Daerah
menapis dan meneliti , senarai nama yang asal penerima zakat yang lalu
ini kerana terdapat penyelewengan didalam pemberian zakat yang lalu.
sebagai bukti ada di sebuah kampung di DUN Alor limbat,seorang penerima
zakat mempunyai kebun getah seluas 8 ekar dan memiliki kebun duku 1/2 ekar.
Oleh kerana beliau adalah JKKK dan AJK umno,maka tahun lalu dan sebelumnya
beliau telah diberi zakat semua satu keluarga.
Jadi adakah patut beliau ini layak untuk disenaraikan lagi?????
sedangkan disana masih ramai yang memerlukan itu semua,tetapi oleh
kerana mereka ini penyokong PAS maka hak mereka dinafikan.
 

Renunglah dengan hati yang taqwa.