|
MEMBANGUN MENURUT ISLAM |
KUALA TERENGGANU : Kerajaan PAS Terengganu akan memastikan pelajar
yang berkelayakan
untuk menyambung pelajaran di institiut pengajian tinggi akan terbela.Kerajaan
tidak mahu ada
pelajar mempunyai potensi tetapi tidak mendapat peluang menyambung
pelajaran kerana
masalah kewangan.Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa pendidikan
dan perlaksanaan
syriah,Tuan Guru Haji Harun Taib.Kerajaan negeri melalui pelbagai agensi
menyediakan peruntukan
yang amat besar didalam memastikan pelajar dari negeri ini tidak dinafiakan
hak mereka kerana
masalah kewangan.Antara langkah yang telah diambil ialah,pelajar-pelajar
yang berjaya melanjutkan
pelajaran ke institiut pengajian Tinggi telah diberi sumbangan pendahuluan
sebanyak RM 1000.00
]bagi mereka mendaftarkan diri.Sebelum ini ketika kerajaan BN memerintah
mereka cuma ciberi
RM500.00 sahaja,pun begitu tidak semua yang dapat kerana kerajaan dahulu
mengamalkan
sikap pilih kasih."Kerajaan kami mencari mereka yang layak dan memberi
sumbangan tersebut,
kalau dulu mereka mesti datang mencari dan memohon kepada kerajaan,kini
kita yang mencari mereka"
Jelas beliau.
"Disamping Yayasan Terengganu,kita juga menyediakan peruntukan
melalui MAIDAM untuk membantu
pelajar melalui sumber zakat.Seterusnya sekiranya mereka masih memerlukan
wang ,kerajaan negeri
juga ada menyediakan Tabung pendidkdn tinggi"Jelas beliau dalam satu
majlis disini baru-baru ini.