ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU

 


Dalam menghadapi isu Royalty ini saya cadangkan supaya membuat sembahyang hajat setiap lepas sembahyang Jumaat. Banyak usaha sudah dilakukan cuma mungkin penyerahan, permintaan dan harapan kepada Yang Maha Esa belum cukup meluas. Perkara ini dapat saya rasa sebelum ini, khususnya semasa menghadapi pilihanraya yang lalu. Ada diantara Masjid yang mengelolakan aturcara ini bertahun tahun. Lalu terfikir dalam hati saya bahawa kemenangan itu diberi dengan usaha dan permohonan yang tidak serik serik. Semoga peristiwa itu menjadi tauladan dan ikutan dalam permohonan untuk mengembalikan Royalty. Harap mendapat perhatian. Amin.