|
||
HULU BESUT: Ahli Parlimen Hulu
Besut, Hassan Mohamed, mengajak ahli masyarakat di
daerah itu turut membantu mencegah pelbagai kemungkaran, termasuk gejala sosial, yang berlaku di kawasan mereka. Beliau berkata, mereka tidak sepatutnya menyerahkan tugas berkenaan kepada pihak berkuasa semata-mata kerana masyarakat juga turut bertanggungjawab menghalang kemungkaran yang berlaku di depan mereka. Menurutnya, ibu bapa juga turut berperanan dalam membentuk anak-anak mereka menjadi insan yang baik dan dihormati oleh semua orang. "Pembentukan generasi akan datang bermula dari dalam diri dan rumah tangga seseorang itu," katanya ketika berucap di majlis perhimpunan pemimpin bersama rakyat di Kampung Belaoh, baru-baru ini. |
||
|