MEMBANGUN MENURUT ISLAM "BERSAMA MENGISI KEMENANGAN" tinta_hijau@hotmail.com |
KERAJAAN HAPUSKAN CUKAI PINTU
Kuala Terengganu - Kerajaan Terengganu dibawah pimpinan PAS mengorak
selangkah
lagi didalam meringankan beban rakyat sekaligus menunaikan janji Manifestonya
apabila
bertindak menghapuskan cukai pintu rumah kediaman bagi semua penduduk
dalam negeri
ini.
Perkara ini dijelaskan oleh YB Hj.Mustaffa
Ali ketika menjawab soalan dari peserta
didalam Majlis dailog Perdana yang diadakan di padang Bola Kg.Tok Jiring
,Kuala Terengganu.
Sambil menunujukkan sekeping notis cukai pintu yang dikemukan oleh
peserta,beliau
dengan tegas menjelaskan bahawa ruangan Jumlah perlu dibayar dihitamkan.Ini
sekaligus kata
beliau menunjukkan bahawa tiada jumlah yang perlu dibayar,walaupun
diruang lain dinyatakan
jumlah tunggakan.Ruang tunggakan adalah cetakan komputer berpandukan
kepada format yang
asal ketika kerajaan BN dahulu.Notis tersebut dikeluarkan sekadar untuk
memaklumkan kepaa
rakyat bahawa tiada jumlah yang perlu dibayar oleh rakyat.
Seterusnya beliau mengingatkan bahawa rasa resah dan kekeliruan
rakyat berkaitan perkara
tersebut adalah mainan politik Umno semata-mata.Itulah kerja Umno kata
beliau setelah tiada
lagi isu -isu untuk menggugat kerajaan PAS masa kini.