|
MEMBANGUN MENURUT ISLAM |
ROYALTI : MOKHTAR BUKA PEKUNG DIDADA
Wan Mokhtar yang telah sekian lama tidak muncul di TV dapat juga menatap wajahnya di kaca TV dengan pendedahan mengenai royalti minyak Terengganu. Apakah tujuanya mendedahkan isu ini tidaklah diketahui samada untuk mendapat publisiti menjelang memilihan MT UMNO atau untuk memberitahu rakyat Terengganu yang Mahathir boleh menarik atau mengurangkan royalty tersebut. Tetapi disebalik itu samada sedar atau tidak beliau telah membuka pekung didada.
Apa yang ingin dipersoalkan sekarang ialah kenapa Sabah dan Serawak sahaja termaktub didalam perjanjian yang menyatakan jumlah peratus yang tetap yang akan diperolehi oleh mereka, mengapa tidak Terengganu.
Apakah yang telah dibuat dan difikirkan oleh Wan Mokhtar ketika berbincang dengan Petronas mengenai hak Terengganu keatas minyak yang didapati di negeri Terengganu. Siapakah exco yang berkaitan dengan perkara ini pada semasa itu yang terlibat dalam mengkaji faedah yang akan didapati oleh Terengganu.
Maka dengan itu, sudah terbukti kini yang Wab Mokhtar bukanlah seorang
yang mampu membela rakyat Terengganu. Apakan tidaknya, beliau sebagai seorang
yang bertanggungjawab sepatutnya perlu memikirkan masa depan dan bukan
hanya memikir seperti orang kampung yang tak sekolah …“ikut pandai Awanglah
nok beri berapa pung!.
Telah jelas sekarang UMNO Terengganu sebenarnya dipimpin oleh orang-orang
yang tak tahu memimpin dan tidak berfikiran panjang.
UMNO Terengganu adalah terdiri mereka-mereka yang hanya tahu “politik kedai kopi “ atau pun “politik bola sepak”. Mereka ini menceburi politik bukan untuk menolong rakyat tetapi untuk kepentingan peribadi dan ‘naik’ dengan cara bodek. Siapa exco UMNO dulu yang boleh dibanggakan oleh UMNO yang mana telah mampu mempertahankan negeri Terengganu. Mereka hanyalah terdiri dari mereka yang ‘tak sekolah’ dan oleh sebab itu corak pentadbiran Terengganu yang diamalkan adalah ‘ala kampung’ dengan kata lain tak professional. Wajarlah kalau beliau tersungkur di kubu sendiri.
Ustaz Yussof Nor pula tak puas-puas dengan kekayaan yang ditaburkan kepada kaum kerabatnya dan sekarang ingin mencadangkan royalty itu disalurkan melalui agensi kerajaan pusat termasuklah beliaulah.
Kepada 2 orang hero Tamil ini yang tersungkur dikubu sendiri ini ingatlah orang menilai dari apa yang kta buat bukan dari apa yang kita cakap. Kepada Mahathir pula ingatlah ‘Jangan ingat orang Terengganu boleh dimain-mainkan…….kami ibarat singa yang sedang tidur…..’. Terengganu tidak akan mudah jatuh ketangan UMNO lagi. Hak Trengganu tetap ada……
Cybertaliban.