CERAMAH UMUM
PADA 6HB MAC 2000
PADANG ASTAKA PAKA
OLEH
YB TUAN HAJI MAHFUZ BIN HJ OMAR
(AHLI PARLIMEN POKOK SENA)
YB SAIFUL BAHARI MAMAT
(ADUN PAKA)
-----------------------------------------------------------
CERAMAH 100 HARI KEMENANGAN PAS TERENGGANU
KUALA TERENGGANU: Urusetia Penerangan Negeri Terengganu menganjurkan
ceramah
perdana sempena 100 hari pemerintahan PAS di negeri ini pada
8 Mac ini bertempat di Padang
Permint Perdana, Seberang Takir.
Pengarahnya, Zakaria Dagang berkata, penceramah pada majlis itu
terdiri daripada Menteri Besar,
Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Exco kerajaan negeri, Haji Mustafa
Ali; Senator Haji Hassan
Shukri dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Haji Muhamad Sabu.
Katanya, majlis yang bermula pada jam 9 malam itu turut diserikan
dengan persembahan nasyid
Kumpulan Shoutul Amal.Sehubungan itu, beliau mempelawa orang
ramai hadir di majlis itu bagi
mengikuti penjelasan isu semasa daripada para pemimpin kerajaan
negeri dan pemimpin PAS
Pusat.