Debat : Mahfuz Akan hantar sendiri
Oleh : Teropong.

Kuala Terengganu - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat(DPPP)
YB Haji Mahfuz Omar berkata beliau akan menyerah sendiri
surat persetujuan debat dengan Pegerakan Pemuda Umno
pada hari selasa ini.Surat tersebut,kata beliau akan dihantar dengan
tangan oleh beliau bersama-sama rombongan DPPP di Pejabat
Pegerakan Pemuda Umno di PWTC.
Beliau menjelaskan,tindakan ini diambil bagi membuktikan bahawa
DPPP bersungguh-sungguh untuk berdebat dengan Pegerakan Pemuda
Umno didalam membincangkan Hak Istimewa orang melayu.
Beliau berkata,sikap sambil lewa dan berdolak dalih Pegerakan Pemuda
Umno,amat lah dikesali.Semua wartawan media akan dijemput bersama
sama rombongan beliau."Kami sudah muak dengan sikap Pegerakan pemuda
Umno,kalau boleh saya mahu serahkan terus kepada Ketua Pegerakan Pemuda
Umno".