KEMENTERIAN PENDIDIKAN YANG TERSURAT DAN TERSIRAT
        MENTERI Tan Sri Profesor Musa Mohamad
        TIMBALAN MENTERI Dato' Abdul Aziz Shamsuddin
        SETIAUSAHA PARLIMEN  Dato' Profesor  Mahadhir Mohd Khir

Pengenalan
Telah menjadi perbualan umum, salah satu sektor utama pendokong dan penyokong
serta penggerak GERAKAN REFORMASI dan BARISAN ALTERNATIF adalah terdiri dari
golongan PENDIDIK. Samada di peringkat Sekolah Rendah , Menengah mahupun di
peringkat Institusi Pengajian Tinggi.   Golongan Pensyarah,  Mahasiswa, Guru dan
Pelajar adalah watak - watak penting , yang menjadi tenaga utama dalam
pilihanraya ke - 10 yang baru lalu. Cara mana kumpulan ini bergerak, mengatur
strategi, perang saraf, berkomunikasi , bermesyuarat, membuat pelan tindakan dan
bertindak banyak bergantung kepada kebijaksanaan dan kepakaran  masing - masing.

Realitinya, tidak ada satu badan yang khusus yang mengorganisasikan sektor ini.
Ini yang membenggangkan Mahathir dan kuncu - kuncunya kerana sukar untuk
bertindak . Syabas kepada para pensyarah, pegawai dan kakitangan Universiti,
mahasiswa,  pendidik dan pelajar sekalian. Tugas dan tanggungjawab yang telah
dilakukan amat berjaya dan berkesan sekali.

Post Mortem pilihanraya ke - 10 masih dijalankan oleh semua pihak, samada
Barisan Nasional mahupun Barisan Alternatif, bagi mencari punca kepada kekalahan
ataupun kemenangan. Hasilnya satu pelan tindakan, yang samada konkrit atau tidak
, akan dikemukakan untuk tindakan selanjutnya , bagi menghadapi pilihanraya ke -
11 , pada tahun 2004 yang tidak berapa lama lagi.

Mahathir berjaya mengesan salah satu segmen terpenting yang telah berjaya
melemahkan BN, khusunya UMNO, iaitu, sebaik saja pilihanraya selesai, malah
sebelum pilihanraya diadakan lagi, ialah cabang PENDIDIKAN.

Tumpuan utama dan khusus mesti diberikan segera. Ini kerana komponen PENDIDIKAN
mengandungi kumpulan pengkaji, perancang, pakar perang saraf, pemikir,
penggempur dan strategis yang terdiri daripada para pensyarah guru , mahasiswa
dan pelajar. Ia  juga mengandungi kumpulan pengundi yang terbesar, iaitu, belia
dan remaja samada di Institusi pengajian tinggi atau pun pelajar di sekolah
menengah yang berada di tingkatan 4 dan 5 [ yang bakal menjadi pengundi -
pengundi baru, pada pilihanraya ke - 11 nanti ]

Dalam keadaan sekarang ini, dimana UMNO telah kehilangan sejumlah besar ahlinya,
dianggarkan oleh setengah - tengah pihak sehingga 2/3 [ 2 per 3 ] daripadanya
dari jumlah  " 2.78 juta "orang [ seperti yang didakwa oleh Setiausaha Agungnya
yang baru Tan Sri Khalil Yaakub ]  telah MENINGGALKAN UMNO.  Daripada 2/3 yang
keluar itu, ½ daripadanya telah menyeberangi PAS manakala ½ lagi telah mengisi
borang KeADILan. Jadi kekuatan sebenar UMNO tinggal 1/3 daripada " 2.78 juta "
itu.

Angka " 2.78 juta " itu pun sebenarnya angka yang telah dimanipulasi, iaitu
termasuk di dalamnya, ahli yang telah meninggal dunia, ahli di bawah umur  yang
didaftarkan oleh ibubapa yang menjadi ahli UMNO, ahli yang telah keluar parti
tetapi masih dalam senarai ahli parti, contohnya, Sdr. YB En. Mohd Azmin Ali,
ADUN Hulu Kelang dan lain - lain lagi.

UMNO perlu dan MESTI menggantikan ahlinya yang telah keluar parti dan  yang
masih ada dalam parti [ yang menjadi  mata dan telinga kepada BARISAN ALTERNATIF
] sebelum tahun 2004.

Untuk itu, bekalan tambahan ahli UMNO  hanya dapat diperolehi daripada sumber
pasaran baru , iaitu , pelajar - pelajar di peringkat sekolah Menengah hatta
peringkat sekolah rendah.  Golongan lepas sekolah, 18 tahun ke atas dan remaja
serta dewasa sudah memasuki kem BARISAN ALTERNATIF. Yang masih kekal bersama
UMNO ialah golongan tua dan veteran, yang berusia 50 tahun ke atas, dan
sebahagian besarnya terdiri dari golongan pencen 55 tahun ke atas. Diusia begini
umur sudah tak panjang lagi. Sekali atau dua kali pilihanraya lagi, mereka ini
akan " pergi " , siapa lagi yang akan menjadi ahli UMNO dan menyokong
perjuangannya.

Tidak mungkin UMNO akan membuka keahliannya kepada kaum cina dan india ataupun
pendatang asing Bangladesh, Thailand,  Filipina, atau Burma. Walaupun diketahui
umum, mengikut maklumat yang disalurkan oleh Pemantau, BUDI, atau dalam
Internet, pengundi - pengundi hantu yang telah "MEMENANGKAN " UMNO dan BN adalah
terdiri dari orang - orang BANGLADESH, THAILAND, FILIPINA DAN BURMA selain dari
sokongan orang - orang CINA dan INDIA.

Kemungkinan juga, untuk menglobalisasikan UMNO , bagi mengganti orang - orang
Melayu yang telah keluar daripadanya, UMNO perlu dibuka kepada semua bangsa di
dunia. Dengan itu, cawangan - cawangan UMNO di luar negeri dapat dibuka di
seluruh dunia dan tidak terhad kepada Kelab - kelab UMNO di Britain, USA,
Australia, Kaherah dll sahaja .

Ini telah dilakukan di Sabah, di mana semua kaum Bumiputra  berhak dan layak
menjadi ahli UMNO, samada dari kaum Dusun Kadazan, Bajau. Murut, Melanau, Iban
dll .  Parti UMNO "United Malay National Organisation " sudah dibuka oleh
Mahathir untuk lain - lain kaum Bumiputra dan tidak terhad kepada orang - orang
Melayu sahaja.  Mungkin cadangan di atas tidak pelik untuk dibuat oleh Mahathir,
kerana, dengan semangat  "MALAYSIA BOLEH "  sudah tidak ada yang tidak boleh
didunia ini. Semuanya boleh.

Hanya dengan itu, UMNO akan terus hidup di atas muka bumi ini.

Jadi untuk menghadapi KEPUPUSAN ahli - ahlinya, cadangan yang dirasakan relevan
adalah dengan  menurunkan syarat umur untuk menjadi ahli kepada 16 tahun [
tingkatan 4 ]  akan dibuat semula dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan
diadakan dalam bulan April 2000 nanti. Cadangan itu telah dibuat oleh Naib
Presiden UMNO " 241 " Dato' Seri Najib Tun Razak tidak berapa lama dulu.

Selaras dengan itu, tengoklah kalau tak percaya, had umur mengundi juga akan
diturunkan kepada 16, 17 atau 18 tahun [ selaras dengan tuntutan BARISAN
ALTERNATIF ].

Perubahan yang dilakukan oleh Mahathir, menunjukkan beliau merupakan seorang
ahli politik yang cekap, licik dan masih bergeliga serta cepat bertindak.

Belum pernah berlaku dalam sejarah, seorang yang tidak mempunyai pengaruh,
bukan tokoh politik apatah lagi bukan ahli parlimen dilantik menjawat jawatan
kanan dalam kabinet , sebagai MENTERI PENDIDIKAN. Pada zaman Mahathir semuanya
boleh. Demi KUASA, PANGKAT, HARTA dan KEDUDUKAN, semuanya boleh. MALAYSIA BOLEH.
Politik menghalalkan cara.

Berbalik kepada perlantikan Tan Sri Musa Mohamad, Dato' Aziz Shamsuddin dan
Dato' Profesor Mahadhir Mohd Khir, kita perlu melihat dri dua sudut  iaitu ,
Positif dan Negatifnya.

Bilamana kita melihat dari sudut yang baik, atau positif, saya sendiri mengalu -
alukan perlantikan Tan Sri Prof. Musa Mohamad sebagai Menteri Pendidikan. Ianya
sebenarnya sudah terlambat. Sepatutnya dari dahulu lagi, sebaik saja Malaysia
mencapai merdeka pada tahun 1957, usaha mengisi kemerdekaan dan membangunkan
negara dipikul oleh orang yang ahli dalam bidangnya dan berkelayakan serta
mempunyai pengetahuan dan kemahiran. Ianya bukan saja terhad di bidang
pendiidkan. Seharusnya merangkumi semua bidang, samada agama, pertanian,
perumahan, ekonomi, kewangan, pertahanan, belia, sukan, kebudayaan, masyarakat,
sains, teknologi, alam sekitar, tenaga, telekomunikasi dan lain - lain.

Apa yang diamalkan selama ini, kebanyakan menteri menyandang jawatan yang tidak
berkaitan dengan kemahiran dan kepakarannya. Hakikatnya, kita belum MERDEKA
dalam erti kata yang sebenarnya. Semua menteri menjadi tukang angguk dan "yes
man " kepada penjajah baru, iaitu MAHATHIR dengan fahaman MAHATHIRISMEnya.

Telah menjadi adat manusia, prejudis orang tidak dapat dihalang. Jika dilihat
dari sudut negatif, ternampak, ini adalah diantara usaha terdesak Mahathir untuk
menyelamatkan takhtanya dan mempastikan jawatan PERDANA MENTERI dapat dipegang
hingga ke akhir hayat.

Ini adalah sangat sesuai dengan kenyataan akhbar oleh beliau, kononnya, ini
adalah penggal terakhir beliau berkhidmat untuk rakyat sebagai peneraju negara
PERDANA MENTERI. Dengan penuh rasa tak malu,  beliau menyatakan , walaupun
rakyat Malaysia mahukan belliau memegang jawatan itu hingga ke akhir hayat,
beliau bertegas ini adalah penggal terakhir sebagai PM. Inilah manusia MUNAFIK
terbesar abad moden ini.

Oleh itu, bila dipandang dari sudut negatif, pemain - pemain utama di
Kementerian Pendidikan,  iaitu Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen
merupakan perancang utama dan khadam Mahathir bagi menghadapi dan menangani
GERAKAN REFORMASI dan BARISAN ALTERNATIF yang melibatkan sektor PENDIDIKAN.

Ketiga - tiga Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha parlimen merupakan tenaga
pakar dalam bidang masing - masing, yang akan berhadapan dengan para pensyarah
dan kakitangan Universiti, mahasiswa, Pendidik dan Pelajar sekolah.

Tujuan utama atau misi ini bermatlamat untuk ;-
- Mengesahkan tahap sebenar penglibatan pensyarah, guru dan Mahasiswa dalam BA
dan Reformasi
- Mengekang dan mengawal serta menghadkan GERAKAN REFORMASI dan  BA
- Mengembalikan kesemua pensyarah, guru dan pelajar menyokong UMNO.
- Memulihkan Kementerian Pendidikan " 241 " akibat dicemari oleh Dato' Najib
Ini telah ditunjukkan dengan penolakan secara menyeluruh orang - orang Melayu di
Parlimen Pekan. Akibat dari kegagalannya mengawal para pendidik, pensyarah dan
mahasiswa serta pelajar.
- Mengimbangi tindakan dan langkah BARISAN ALTERNATIF yang telah menjemput Prof.
Jomo.K.Sundram membentangkan belanjawannya, yang merupakan seorang tokoh ekonomi
dan ahli akademik yang berwibawa , yang juga seorang yang bukan ahli politik.
Maruah UMNO dan BN harus dipulihkan segera, supaya dilihat kembali sebagai penuh
komitted dan berjaya.
 

Mengikut pengamatan yang saya lakukan, dengan perlantikan itu , pecahan tugas
dibuat mengikut kemahiran, kepakaran, dan pengalaman serta objektif  tertentu
Prof. Tan Sri Musa Mohamad . Beliau berpengalaman luas di Universiti. Pernah
menjawat tugas sebagai Dekan Pusat Pengajian Farmasi, USM, Timbalan Naib
Cancelor dan Canselor USM. Berpengalaman luas mengendali dan mengawal selia
pensyarah, pegawai dan kakitangan Universiti. Beliau akan ditugaskan menekan dan
mengawal pensyarah, pegawai dan kakitangan universiti. Golongan pensyarah
merupakan "think tank " atau pemikir dan perancang utama dalam gerakan
reformasi. Kampus - kampus universiti tempatan IPTA atau IPTS merupakan
"stimulator" , "activator ", "catalytor " - pemangkin kepada GERAKAN REFORMASI,
mendokong perjuangan Dato Seri' Anwar Ibrahim selaras dengan KEBANGKITAN ASIA.

Gerakan senyap dan " smart "  di kalangan pensyarah universiti memberi kesan
yang mendalam, menggempur kubu - kubu UMNO di seluruh negara.

Dato' Abdul Aziz Shamsuddin. Beliau merupakan penasihat utama PM. Setiausaha
Politik PM. Seorang Senator yang dilantik dan memegang jawatan Setiausaha
Parlimen Kementerian Penerangan pada bulan Novemebr 1999, khusus bagi menghadapi
pilihanraya ke -10 yang baru lalu. Beliau dikira berjaya menjalankan tugasnya
dengan perancangan yang licik bagi mengekalkan majoriti 2/3 BN. Beliau juga
merupakan pendokong utama dalam gerakan menghapuskan Dato' Seri Anwar Ibrahim
daripada UMNO dan Kabinet. Kemahiran, keupayaan, kepakaran dan pengalaman beliau
dalam sesuatu OPERASI KHAS amat  mengkagumkan Mahathir. Lantas dengan itu,
belaiu telah diberikan kepercayaan untuk melancarkan satu lagi OPERASI KHAS ,
iaitu, mengawal dan mengekang GERAKAN REFORMASI dan BARISAN ALTERNATIF di
kalangan penjawat - penjawat sektor PENDIDIKAN.  Untuk jawatan ini, beliau
ditugaskan khusus untuk menjaga Pendidik, iaitu guru - guru di sekolah menengah
dan rendah serta para pelajarnya ,di seluruh negara.

Laporan mengenai kegiatan guru dan pelajar sekolah di seluruh negara akan
dikemaskini tiap - tiap hari. Polis cawangan khas, yang menyamar sebagai guru,
pekerja makmal , juru jual malah sebahagian daripada guru - guru akan dilatih
khas untuk menyerap maklumat,  akan berkeliaran di semua sekolah.

Taklimat harian akan diberikan oleh Aziz , selaku Setiausaha Politik kepada
Mahathir. Ini akan memudahkan Mahathir merancang tindakbalas dengan serta merta
yang akan memberikan kesan yang maksima.
        Profesor Dato' Mahadhir Mohd Khir. Bekas pensyarah di Jabatan Sejarah, fakulti
Sastera, Universiti Malaysia. Seorang ahli akademik terkemuka dalam bidangnya,
pengkaji  dan pengkritik politik . Beliau juga adalah seorang yang mengkagumi
Mahathir dan UMNO. Berdasarkan pengalaman luas beliau di Universiti Malaysia,
kemahiran dan pengalaman untuk menghadapi golongan MAHASISWA telah memikat
Mahathir untuk meletak beliau bertanding di Parlimen Sungai Petani . Ini bagi
membolehkan beliau dilantik bagi menganggotai kabinet Mahathir  dan dalam
operasi tertentu. Dalam hal ini tugas utama beliau ialah mengurus, mentadbir dan
menakluki MAHASISWA di semua universiti awam dan swasta.

Mahasiswa merupakan salah satu penggerak utama dalam gerak kerja dan perang
saraf  BARISAN ALTERNATIF. Tenaga sukarela Mahasiswa dari semua universiti telah
bebas , bersepadu, dan maju dalam menggempur semua kubu  kubu UMNO di seluruh
negara. Ini adalah antara kejayaan terbesar Barisan Alternatif. Golongan
mahasiswa, adalah berkecuali, tidak berparti, boleh diterima oleh masyarakat
umum, khusunya orang - orang UMNO dan pengundi atas pagar . Kejayaan mereka
memikat hati orang - orang UMNO dan atas pagar, menyaksikan, BARISAN ALTERNATIF
berjaya menambahkan bilangan kerusi di Parlimen dan DUN, menambahkan majoriti BA
serta seterusnya mengurangkan majoriti UMNO ke tahap yang cukup minimum dan
menyesakkan. Akhirnya timbullah apa yang dipanggil fenomena  UMNO TELAH DITOLAK
OLEH ORANG MELAYU

Kuasa beli yang ada pada para mahasiswa cukup berkesan untuk menundukkan ibu
bapa , adik beradik, jiran , kawan - kawan dan masyarakat setempat. Kaedah dan
cara yang dilakukan oleh mahasiswa amat menakjubkan.  Bahan kempen dan tajuk
hujahan yang dikupas sangat memikat. Idea  idea yang dilontarkan mudah difahami
oleh sasaran, iaitu pengundi "atas pagar " mahupun orang - orang UMNO itu
sendiri

Sehubungan dengan itu, mengikut penelitian saya , semua pihak yang terbabit,
seperti yang disenaraikan, iaitu pensyarah, pendidik , mahasiswa dan pelajar
perlu ada dan mesti mengatur langkah mengadakan PELAN BERTINDAK  atau
"CONTINGENCY PLAN " bagi menghadapi strategi Mahathir ini.

Ianya mesti ditangani secara berkumpulan [  jamaah ] , bersistematik,
berperancangan dan tekad serta semangat yang jitu, padu, BEBAS, SEPADU  dan
MAJU.  Bukan apa, ini kerana, kemenangan dan kejayaan yang cemerlang yang kita
semua hajati. Usaha untuk meroboh PROGRAM JAHAT Mahathir yang penuh sistematik,
mesti dihadapi dengan perancangan dan tindakan yang lebih baik dan bersistematik
juga.

Tulisan ini dimajukan bukan bermaksud tuan- tuan dan puan -puan tidak sedar,
tidak tahu atau tidak dapat membaca  situasi yang ada, cuma untuk berkongsi rasa
dan pendapat serta pandangan. Ingat dan mengingati amat mustahak dalam gerakan
ini.

Sebenarnya, saya tidak ingin memberikan apa - apa cadangan atau langkah -
langkah yang perlu dibuat. Itu terpulang kepada kebijaksanaan, kepakaran dan
ilmu yang ada.

Lagipun saya sangat berminat kiranya artikel mengenai PERANCANGAN Mahathir ini
dibuka untuk perbincangan, kritikan, komen dan pendapat umum. Kemukakan
kritikan, hujahan, komen dan pendapat  tuan -  tuan dan puan - puan  demi untuk
kebaikan bersama. Ini sangat penting  sebagai persediaan menghadapi pilihanraya
ke - 11 nanti. Alangkah moleknya,  kalau kita dapat mengatur strategi supaya
berada selangkah di hadapan musuh. Kita hidu dan cium dahulu perancangan mereka.
Dengan itu, kita dapat membuat persediaan yang cukup sebelum tutun ke
gelanggang.

Cuma satu pandangan ikhlas dari saya, apapun, dalam membuat perancangan dan
bertindak, kita perlu " SMART."
Teruskan perjuangan. Semoga kita akan terus berjaya.
 

AHLI  UMNO YANG KEKAL SOKONG PAS