Kita pernah mendengar kata-kata "Wag the Dog". Bukan sahaja ianya
menjadi
sebuah tajuk filem Hollywood tetapi kata tersebut kita dengar semasa
Presiden
Clinton ketika menghadapi krisis Lewinsky dan pelbagai lagi skandal
lain telah
mengerah askarnya menyerang Iraq.
Begitulah biasanya dilakukan bagi mengelakkan perhatian ramai terhadap
sesuatu
masalah kritikal para pemimpin akan mencari helah dan isu lain untuk
mengalih
perhatian orang ramai dari menumpu masalah sebenar yang dihadapi
pemimpin-pemimpin tersebut.
"Wag The Dog" adalah judul sebuah filem fiksyen yang dihasilkan di Hollywood
sekitar isu yang hampir sama dengan Clinton-Lewinsky cuma ianya mula
ditayangkan sebelum Clinton menghadapi pembongkaran skandal tersebut.
Apabila
Clinton mengarahkan serangan terhadap Iraq tanpa alasan yang konkrit
dan
rasional maka media dan penganalis politik kebanyakannya mengatakan
bahawa
Clinton cuba mengalih pandangan orang ramai dari masalah sebenar skandalnya.
Saya yakin Operasi Akta Hasutan yang sedang dilaksanakan oleh Pak Lah
di bawah
telunjuk Mahathir adalah design Mahathir untuk mengalih pandangan orang
dari
isu sebenar seperti masalah dalaman UMNO sendiri terutama berhubung
kepimpinannya.
Beberapa minggu/bulan sebelum DSAI dipecat, kita telah dihidangkan dengan
isu
pemeriksaan imigresen/kastam penumpang KTM ke Singapura dan diikuti
kemudian
beberapa isu dan masalah direka-reka perihal perhubungan dengan Singapura.
Ramai para pemimpin UMNO yang terikut-ikut tidak lain dan tidak bukan
hanyalah
untuk menyatukan rakyat supaya menyokong kerajaan.
Dan kemudian timbul pula ancaman musuh dari luar. Tema "bersatu"
dilaung-laungkan. Seperti juga dilakukan oleh Hitler untuk mengembangkan
fahaman Nazinya. Dan dipecat juga beberapa orang kanan beliau
kerana "ancaman
luar".
Ingatlah bahawa mereka akan terus mencari isu untuk mengalih pandangan
kita
dari isu sebenar. Baik isu dalaman parti UMNO dan kepimpinannya,
mahupun
isu-isu negara seperti kemelesetan ekonomi dan lain-lain lagi.
Sekian
Ibrahim Baba
16 Januari 2000