Nampaknya semakin ramai orang
UMNO yang bercakap ikut sedap rasa yang lebih bermotifkan politik tanpa
mengambil kira hukum Islam. Dollah Badawi dalam mengulas Fatwa yang dikeluarkan
oleh Majlis Fatwa yang bermaksud..
" fatwa
yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa hendaklah diikuti oleh semua negeri
tak kira negeri yang diperintah oleh PAS atau BN dan jangan hanya memilih
yang disukai saja...."
Terlintas pulak difikiran
yang Dollah Badawi ni hanya mengiktirafkan Majlis Fatwa sahaja kah
dan tidak mengiktirafkan Al Quran dan Al Hadis.
Sebabnya apa yang difatwa
adalah pendapat ulama yang mana tiada hukum yang jelas termaktub dalam
Al Quran.
Bagaimana arak, judi, riba perlukah fatwa dikeluarkan baru Dollah Badawi nak ikut. Dan bagaimana pulak fatwa rokok itu haram yang telah lama dikeluarkan oleh dulu, kenapa sampai sekarang tak dikuatkuasakan.
Kesimpulannya Dollah Badawi
ni rupanya tak faham Islam.Dollah perlu cermin diri dulu sebelum bercakap.
kalau begitu tak hairanlah selepas kecewa kerana tidak dapat mengharamkan
penggunaan nama Islam, maka serangan dilancarkan kembali kepada PAS dalam
isu "Amanat TG Hj Hadi".