ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU


 
 


DPP TERENGGANU BERI SUMBANGAN
 
 

Kuala Terengganu  ---  Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu,melalui Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
akan mengadakan lawatan kebajikan di DUN Hulu Besut pada hari jumaat 1hb Dis 2000. .Menurut Ketua Lujnah tersebut sdr Harris bin Abdul Malik Lawatan tersebut akan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda sdr Zakaria bin Dagang.
        Lawatan tersebut adalah untuk meninjau mangsa banjir yang teruk dialami khususnya di DUN tersebut.    Dalam lawatan tersebut akan diadakan rawatan perubatan percuma yang akan diberikan oleh unit perubatan DPPNT.Selain dari rawatan percuma,mangsa juga akan diberi bantuan berupa barang makanan serta pakaian.Program rawatan perubatan percuma
juga akan diserai oleh YB Dr.Mamat bin Puteh (ADUN K.Berang)dan YB.Dr.Alias bin Razak.
Dalam kejadian banjir pada 22 Nov 2000 yang lalu 70 buah rumah telah dihanyutkan oleh arus deras.Kerajaan negeri telah
memperuntukan lebih RM 300 ribu didalam meringankan beban mangsa mangsa tersebut.Keputusan tersebut telah
dibuat oleh YAB Menteri Besar Terengganu didalam rangka lawatan beliau meninjau mangsa banjir di Kg.La Besut minggu lalu.Sumbangan tersebut telah diberikan dengan kadar RM5000 kepada satu keluarga.