Jawapan:
PAS adalah
Parti Islam,sandaranya mestilah mengikut ajaran Islam.PAS mestilah menghukum
mengikut ajaran Islam.
Perkara kemungkinan yang tersembunyi adalah bukan urusan kita.Ini berpandukan
kepada Hadith Nabi SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami menghukum apa yang zahir,hanya Allah sahaja
yang mengendalikan apa yang tersembunyi.Perkara yang tersembunyi
Kepunyaan Allah dan akan dibicarakan dihari akhirat"
Jadi disini kita hanya menghukum apa yang zahir sahaja.
Mengikut kaedah hukum hudud,seseorang
itu boleh disabitkan dengan kesalahan zina dan liwat dengan adanya
ikrar
secara sukarela secara rasmi dihadapan hakim,sebanyak 4 kali.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Hukum hudud di tolak sekiranya ada kekeliruan"
Ini bermakna bahawa pengakuan ikrar tersebut mestilah dengan kerelaan
hati tanpa di paksa sebanyak 4 kali(mengikut
mazahab hanafi).Didalam hal ini juga Islam lebih menggalakkan sesorang
itu bertaubat dengan Allah kerana itu lebih afdal
daripada ianya dijatuhkan hukuman didunia.Perkara ini berpandukan kepada
hadith nabi SAW ketika peristiwa yang berlaku
keatas Maiz bin Malik.
Maiz bin Malik datang mengadap Rasulullah SAW dan
berkata"Hukumlah aku,kerana aku telah berzina"ketika itu
Rasullah tidak mengambil perhatian keatas permintaan Maiz.Kemudian
beliau datang lagi kepada Rasulullah dan mengatakan "Hukumlah aku,kerana
aku telah berzina" .Kemudia Rasullah bertanya adakah kamu mabuk atau
gila?Sahabat mengatakan bahawa beliau tidaak mabuk atau gila.Selepas itu
Azan asyar dilaungkan dan Maiz bin Malik bersolat asyar bersama Rasulullah.Selepas
solat Asyar beliau datang lagi kepada Rasulullah dan berkata"Hukumlah
aku kerana aku telah berzina"
Rasulullah menjawab"Bukan kah kamu telah bersolat bersama-sama dengan
ku tadi,mudah-mudahan kamu Allah mengampun dosa kamu.beliau berkata"Ya,saya
telah solat asyar tadi,tetapi,Hukumlah saya kerana saya telah berzina"kemudian
Rasulullah bertanya "adakah kamu telah kawin?"beliau menjawab
"ya"Lalu Rasulullah menjatuhkan hukum rejam sampai mati kepada beliau.Ketika
hukuman dijalankan beliau lari dan dikejar oleh para sahabat dan merejamnya
hingga mati.Apabila berita ini dikabarkan kepada Rasulullah SAW beliau
murka dan berkata"mengapa kamu mengejar beliau,mungkin beliau bercadang
untuk menarik balik pengakuanya"Kesimpulanya disini,seseorang yang membuat
pengakuan ikrar,kemudia ketika hukuman dijalankan dan pengakuan itu
ditarik balik ,maka
hukumanya digugurkan.
Hukum hudud terhadap kesalahan zina dan liwat boleh juga
disabitkan dengan 4 orang saksi yang adil.Ini berpandukan
Firman Allah di dalam surah An-Nur yang bermaksud:
" Dan orang-orang yang menuduh perempuan(termasuk lelaki)zina atau liwat
dan tidak boleh mendatangkan 4
saksi ,maka orang yan menuduh itu dijatuhkan hukuman
sebat sebanyak 80 kali.dan jangan diterimaa orang yang menuduh
ini sebagai saksi kerana mereka ini adalah orang yang fasik."
Syarat-syarat sebagai saksi pula adalah seperti berikut
1.Islam
2.Adil(tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan dosa
kecil serta tidak melakukan perkara yang menjatuhkan
maruah)
3Lelaki(dalam kes zina dan liwat orang perempuan tidak boleh
menjadfi saksi)
4.Setiap saksi mestilah melihat perkara tersebut pada masa yang serentak.
Dalam kes zina dan liwat para ulamak bersepakat bahawa ujian DNA dan
tayangan video adalah tidak boleh dijadikan
sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan.Walaupan begitu ujian DNA
di bolehkan untuk mengugurakan tuduhan.
Jelaslah dari hujjah diatas bahawa pertuduhan yang dilakukan terhadap
DSAI tidak diselesaikan mengikut kaedah yang telah
ditetapkan oleh Islam.Dan inilah hujjah yang menjuruskan PAS menetang
kezaliman yang dilakukan terhadap DSAI,walaupun satu ketika dulu DSAI adalah
musuh no.2 PAS.....ini berpandukan Firman Allah yang bermaksud:
"Janganlah dengan sebab kamu bermusuhan kepada sesuatu kaum maka
kamu tidak berlaku adil.Berlaku adil lah kamu
,kerana itu lebih hampir kepada Taqwa"....Wallahua'lam.
----- Dipetik dari sedutan ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika
Majlis Dailog di kg.Gelugor ,Marang
Terengganu.
Dengan ehsan unit penerangan.(Hj.Halim)
PESANAN WARTAWAN TB:
DAN INGATLAH BARANG SIAPA YANG MENYIAKAN(MENYOKONG,MENGUNDI) TUDUHAN
ZINA JUGA ADALAH BERSUBAHAT MENUDUH SAMA.