KENYATAAN MEDIA
KELUARGA DAN PEGUAM DSAI

Keluarga dan peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim membantah dengan sekeras-kerasnya
keputusan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah Badawi melalui pihak penjara
untuk menyegerakan penghantaranDato' Seri Anwar  Ibrahim ke penjara Sungai Buloh
sebelum pembedahannya dilakukan. Dato' Seri Anwar Ibrahim juga diarah supaya
dipindahkan dari lokap atas ke bilik kurungan kecil yang biasa dikhaskan kepada
pesakit jiwa atau sebagai hukuman kepada banduan yang bertindak ganas. Arahan
yang dibuat setelah Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Othman
Desa dan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri melawat lokap Dato'
Seri Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buloh.

Sebelum ini panel doktor telah mencadangkan pihak penjara menyediakan paip air
untuk mandi dan tandas yang bersesuaian serta tirai untuk mandi di mana
kemudahan tersebut tidak ada semuanya. Pengubahsuaian telah dibuat di lokap
kurungan kecil untuk memaksa Dato' Seri Anwar berpindah ke situ. Kami amat
menyesali sikap Dato' Abdullah kerana sanggup mengambil tindakan peribadi dan
bermotif politik untuk menambah penderaan terhadap Dato' Seri Anwar yabg kini
dalam keadaan kesakitan akibat sakit tulang belakang.

Sebelum ini pihak peguam Dato' Seri Anwar telah memohon kepada pihak hospital
untuk membenarkan pakar dari Jerman untuk memeriksa Dato' seri Anwar dan
memberikan nasihat apakah jenis pembedahan yang paling sesuai dan mempunyai
risiko yang paling rendah. Pihak kerajaan belum lagi membri kelulusan terhadap
permohonan tersebut. Dato' Seri Anwar membuat permohonan untuk pakar dari Jerman
bukanlah kerana tidak mempunyai keyakinan terhadap kewibawaan doktor-doktor
Malysia. Permohonan tersebut adalah kerana :-

1. Kepakaran seperti ini tidak ada di Malaysia, sementara khidmat pakar yang ada
di Malaysia bukanlah " dedicated spine surgeons " . Masyarakat perubatan di
Malaysia telah mengesahkan yang kepakaran yang amat khususnya yang tidak
terdapat di Malaysia.

2. Pakar yang di undang mempunyai pengalaman yang lama dan telah melaksanakan
lebih dari 6,000 pembedahan tulang belakang dengan kadar kejayaan 90%. Kepakaran
beliau yang khusus dengan mengunakan " endoscopic microsurgery " merupakan
teknik yang terbaharu dan membawa risiko yang paling minimum, justeru itu ianya
menjadi pilihan pada mana-mana pesakit.

3. Adalah menjadi hak mutlak kepada mana-mana pesakit untuk membuat pilihan
terhadap jenis dan kaedah rawatan dan juga doktor yang merawatnya kerana ianya
melibatkan batang tubuh sendiri. Justeru itu tidak ada pemerintah dan pihak
berkuasa mempunyai hak untuk menghalang pilihan tersebut meski pun pesakit
tersebut sedang menjalani hukuman. Hukuman tidak boleh menafikan hak mutlak
individu terhadap tubuhnya sendiri.
 

S.N. NAIR & PARTNERS
Peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim
5 FEBRUARI 2001
 

diedarkan oleh.

" PSARAFHQ "
5HB.FEB.2001

REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL