ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU
Awasi Keselamatan Anwar !!:
Maaf kerana sudah lama saya tidak menulis kerana keadaan kesihatan yang
tidak mengizinkan selain kesibukan dengan tugas. Saya ingin menyampaikan
suatu perkara yang membimbangkan mengenai keselamatan Sdr Anwar yang sedang
dirawat di HKL sekarang ini. Suatu perkara yg tidak dapat ditolak ialah
suatu kemungkinan berlakunya 'failure operation' ke atas Anwar berhubung
dgn penyakit 'prolapse disc' yg dialaminya, yang dilakukan secara terancang.
Kemungkinan doktor2 di HKL ditekan supaya berbuat sesuatu yg memungkinkan
Anwar menemui ajalnya di Dewan Bedah. Ada baiknya kita semua berkumpul
beramai2 di HKL pada tarikh Anwar akan menjalani pembedahan dan mungkin
juga tarikh pembedahannya disembunyikan dari pengetahuan ramai. Suatu yg
tidak dapat ditolak ialah kemarahan memuncak mahathir kpd anwar berikutan
kekalahan di Lunas dan pembalasan dendam secara terancang sedang diatur
dengan mengambil kesempatan daripada situasi kritikal sekarang untuk melunaskan
dendam dan rancangan pembunuhan yang 7 kali telah menemui kegagalan dahulu,
termasuk kes racun arsenik yang menggemparkan dahulu. Pengalaman saya bertugas
di hospital selama beberapa tahun dapat menyimpulkan suatu konklusi dimana
seseorang pesakit boleh menemui ajalnya akibat 'kecuaian' semasa pembedahan,
baik dengan sengaja ataupun tidak disengajakan. Jika pesakit mati di Dewan
Bedah, sejuta alasan dapat direka untuk menutup jenayah yang dilakukan.
Bersama segera menyelamatkan pemimpin kita.
-Rahsia-
(masih kurang sihat)
9 Disember 2000