Anwar cuba membunuh perniagaan anak-anakku TETAPI …
Saudara pembaca sekelian selalu mendengar ungkapan yang mengatakan bahawa
Mahathir amat marah dengan DSAI dan menuduh bahawa DSAI telah cuba
membunuh
perniagaan anak-anak Mahathir.
Malah tidak hairan apabila kita mendengarnya kerana sememangnya saudara
kita
yang terpenjara itu telah berusaha untuk menjaga kepentingan harta
dan wang
rakyat dari dihabiskan untuk menyelamat perniagaan anak seorang PM.
Tetapi kini, ungkapan tersebut ditambah dan telapun didengar sendiri
oleh
seorang veteran politik (yang IB tidak dapat sebutkan nama beliau)
dan
disampaikan kepada IB. Menurut laporan, Mahathir beberapa bulan
lalu
mengeluarkan kata-kata seperti di atas dengan tambahan seperti berikut:
(asalnya dalam Bahasa Inggeris)
“Anwar cuba membunuh perniagaan anak-anak aku tetapi DAIM MEMBUNUH KARIER
POLITIK AKU”
(Anwar tried to kill my children’s businesses but now Daim is killing
my
political career)
Dengan nada yang penuh emosi, Mahathir menampakkan bahawa Daim adalah
jauh
lebih membahawakan beliau dari DSAI. Begitulah parahnya permusuhan
di antara
mereka berdua. Banyak keputusan-keputusan pemberian kontrak diakhir-akhir
ini
menunjukkan perebutan kuasa perniagaan dengan Mahathir dan Daim.
IB yang berkebetulan banyak bergaul dengan ahli-ahli korporat mendengar
hampir
setiap hari laporan dan cerita-cerita (rasmi) yang merujuk kepada perebutan
monopoli ini. Sumber-sumber IB adalah tepat dari sumber asal
dan dari dalam
kem-kem kedua-dua pihak.
Begitulah nasibnya, DSAI pernah suatu ketika dahulu bersemuka dengan
Mahathir
menyatakan kebimbangannya (DSAI) terhadap apa yang dilakukan oleh Daim.
Sayangnya Mahathir tidak memperdulikan amaran dan ingatan DSAI dan
percaya
dengan mereka yang berkepentingan menjaga periuk nasi sendiri.
Jangan terperanjat, di saat yang amat tersempit Mahathir terpaksa memanggil
DSAI kembali untuk menjadi hulubalangnya. Walaupun ianya seolah-olah
suatu
mimpi yang dihajati tetapi tidak mustahil berlakunya sedemikian.
Pesanan dari
IB agar DSAI janganlah tertipu untuk kali kedua (Pertama – hampir 20
tahun
lalu).
Sekian
Ibrahim Baba
27 October 2000