KUALA TERENGGANU, -- Sultan Mizan Zainal
Abidin hari ini meraikan pemain-pemain bola sepak negeri yang
berjaya menjuarai Piala FA musim ini, di Istana Maziah di sini.
Menteri Besar Haji Abdul Hadi Awang, Setiausaha Kerajaan Datuk
Mazlan Hashim serta ahli majlis Persatuan Bolasepak Negeri
Terengganu (PBSNT) turut hadir pada majlis itu.
Pada majlis itu, baginda bertitah kejayaan Terengganu menjuarai
Piala FA tahun ini begitu bermakna setelah beberapa kali gagal
dalam pertandingan akhir kejohanan itu.
Dalam perlawanan akhir Sabtu lepas, Terengganu menewaskan
Pulau Pinang di tempat lawan menerusi tendangan penalti setelah
kedua-dua terikat 1-1.
Presiden PBSNT Datuk Che Mat Jusoh berkata Terengganu akan
berusaha untuk menjuarai Liga Perdana dan Piala Malaysia.