Saya dapat fakta dibawah daripada sumber yang sangat sahih mengenai penyelewengan kerajaan BN dahulu.
Kerajaan Terengganu membelanjakan duit melebihi 50 juta setahun diatas
keborosan wakil Rakyat UMNO. Biasanya kerajaan
negeri memperuntukkan 100 ribu setahun untuk pembangunan kawasan tetapi
mereka membelanjakan lebih dari 500 ribu demi
kepentingan peribadi dan kuasa, bukannya untuk kepentingan rakyat.
UPU adalah agensi yang ditubuhkan semata-mata untuk kepentingan politik
Wan Moktar tetapi kerajaan Negeri terpaksa
membayar peruntukan kepada agensi yang tiada membawa keuntungan kepada
rakyat ini sebanyak hampir 2 juta sebulan untuk
membayar gaji kakitangannya termasuk segala elaun dan peruntukan projek.
Pegawai-pegawai pertanian pula telah memberi pengakuan dimana mereka
telah dipaksa untuk menyuburkan kebun Wan Mokhtar
dimana segala baja-baja, benih-benih yang baik serta kakitangannya
dipergunakan tujuan tersebut. Semua pegawai yang membuat
pengakuan ini sanggup kedepan untuk manjadi saksi di mahkamah dimana
agensi mereka telah disalahgunakan oleh Wan Mokhtar.
Hal ini masih dalam kajian pihak kerajaan Negeri
Dengan hanya mengawal had perbelanjaan dan pembaziran Pengarah kepada
tiga agensi kerajaan, kerajaan Negeri telah dapat
menampung kembali pendapatan sumber dari pembayaran tol di jambatan
Sultan Mahmud. Apa yang menyedihkan kerajaan
Negeri terpaksa bayar bil-bil mereka yang melanggani GRO dan kelab-kelab
dangdut serta lain-lainnya. Dokumen dan resit
mengenai hal ini ada di dalam simpanan pegawai yang terbabit. Selain
itu, sebanyak 9 juta peruntukan duit yang diberi oleh syarikat
balak kepada UMNO pada tahun 1999 lesap begitu sahaja. Duit itu
sepatutnya adalah kepada kerajaan Negeri tetapi mereka
telah menyalahgunakan kuasa. Saya percaya banyak lagi penyelewengan
BN semasa memerintah Terengganu akan terbongkar.
Pejuang kebenaran
K. Terengganu