Bila pula terdapat parti baru ini?
Semasa melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah
2 (MRR2), menghala ke Cheras sebelum
melepasi Kg. Pandan, saya ternampak beberapa
lakaran grafiti (conteng) di
dinding pagar kawasan pembinaan tepi MRR2
tersebut. Ianya betul-betul
bertentangan dengan sebuah tasik sebelah
Jalan Ampang Hilir dekat rumah Drs.
Suleiman Mohamed.
Tersentuh pasal Drs. Suleiman, rumahnya yang
baru siap diubahsuai sebelum
piliharaya baru-baru ini dikatakan menelan
belanja yang hampir setengah juta.
Mana dapat duit itu sebagai hanya seorang
timbalan menteri dan beristeri dua?
Berbalik kepada grafiti tersebut, IB pernah
menceritakan perihal
grafiti-grafiti di ibu negara tumbuh bagai
cendawan dengan pelbagai tulisan
yang memaki serta menghentam gerakan reformasi
lebih setahun lalu (selepas
APEC).
Dalam tulisan IB pada ketika itu, IB menyatakan
bahawa grafiti-grafiti
tersebut kelihatan diconteng oleh suatu pasukan
khas yang dilindungi dan
dibiayai oleh pihak-pihak tertentu.
Ini berdasarkan dari tema yang diguna,
bentuk dan gaya tulisan dan lokasi-lokasi
yang banyak ditemui.
(Merujuk pasal dibiayai dan dilindungi oleh
pihak-pihak tertentu – cuba
saudara pembaca rujuk kepada kenyataan Sdr.
Saifuddin berhubung kekecohan
anjuran Pemuda yang dilakukan semasa persidangan
Timur Timor APCET II beberapa
tahun lalu).
Kali ini, grafiti tersebut terdapat di tepi
jalan MRR2 kebetulan lagi
berdekatan dengan rumah Drs. Suleiman.
Apakah ianya mempunyai kaitan dengan yang sebelum ini?
Dalam tulisan lalu, IB turut menyatakan bahawa
budaya grafiti ini memang sukar
dibuang apabila ianya dimulakan. Beberapa
bandaraya besar dan maju di dunia
yang mana budaya ini sudah meluas mendapati
sukar untuk membendung tulisan
conteng ini.
Apakah dalam mengejar wawasan negara maju
kita akan turut sama menggalakkan
budaya grafiti?
Kembali kepada sebutan dalam grafiti tadi,
parti siapa yang mengikut ajaran
setan?
Kalau pemimpin parti UMNO kata (dalam akhbar
Jepun Isnin 14 Feb) dia boleh
terima orang yang minum arak (wine) ...
Kalau pemimpin parti UMNO yang membolehkan
menuduh orang zina dan liwat tanpa
saksi ...
Kalau pemimpin parti UMNO mengarahkan polis
untuk membunuh mereka yang belajar
Islam ...
Kalau pemimpin parti UMNO memecah-belahkan
perpaduan umat Islam dan menuduh
PAS pula ...
Maka bukankah parti UMNOlah parti ajaran setan?
Sekian
Ibrahim Baba
16 Februari, 2000