Siapakah Yang Merompak Gas di Kelantan       
        Bekalan rizab minyak Malaysia kini tinggal 3.9 bilion tong. Pada tahun 1996, kita
        mempunyai rezab sebanyak 4.3 billion tong. Ini bermakna jumlahnya sudah menyusut
        (dan telaga baru juga tidak ditemui.) Namun demikian pengeluaran minyak mentah
        negara agak stabil antara 690,000 tong hingga 730,000 tong sehari. Kadar ini
        mencapai purata 720,000 tong ketika tahun krisis kewangan 1999.

        Disebabkan rizab minyak negara yang semakin menurun, Petronas memulakan
        ekspedisi antarabangsa dan strategi mencarigali diluar negara. Kini Petronas sudah
        melabur dalam industri carigali dan pengeluaran minyak di Syria, Turkmenistan, Iran,
        Pakistan, China, Vietnam, Burma, Algeria, Libya, Tunisia, Sudan, dan Angola. Pada
        Tahun 1999, kebanyakkan ekspot minyak Malaysia dipasarkan ke Jepun, Thailand,
        Korea Selatan dan Singapura.

        Kebanyakkan minyak keluaran negara berkualti tinggi kerana kandungan sulfurnya
        yang rendah. Lebih separuh dari minyak negara datang dari loji Tapis. Esso Production
        Malaysia Inc (EPMI), satu rakan kongsi syarikat ExxonMobil Corp., adalah pengeluar
        minyak mentah terbesar di Malaysia kerana memproses hampir 50% minyak
        Malaysia. EPMI beroperasi di tujuh pelantar di semenanjung dan satu pertiga dari
        keluaran mereka datang dari pelantar Seligi, yang terletak 165 batu dari pantai
        Terengganu.

        EPMI memegang 78% kepentingan manakala Petronas Carigali pula memegang 22%
        yang selebihnya di Seligi. Di pelantar Raya-A pula Esso melabur 96 juta dalam 6
        telaga, dengan memegang 80% kepentingan manakala Petronas 20%.

        DI Sabah, Syarikat Shell Petroleum menguasai kepentingan. Sehll memegang 80%
        kepentingan dan Petronas 20%. Beberapa siri perjanjian ekpedisi carigali ditanda
        tangani antara Shell dan Petronas. pada Feb 1998.

        GAS ASLI

        Pengeluaran gas asli kelihatan meningkat setiap tahun. Ekspot mencanak kembali
        selepas lembap sedikit pada musim krisis 1998.

        Salah satu kawasan aktif mencarigali gas ini ialah di perairan Malaysia-Thailand.
        Petronas dan Trition Energy berkongsi 50:50 untuk membina paip gas dari JDA (Joint
        Development Area) ke kilang pemprosesan di Songkla pada Nov 1999. Pada Dec 97
        lalu, MTJA bersetuju untuk berkongsi hasil gas Cakerawala,

        Malaysia menyumbang 18% dari ekspot LNG dunia pada 1998.

        Lain-lain tidak diterjemah.

        Cuba fikir mengapa Kelantan tidak diberi royalti dengan penemuan Gas Asli
        disempadan Malaysia Thai? Mengapa tidak dibina kilangnya di Kelantan? Siapakah yang
        menipu kali ini? Perhatikan tarikh perjanjian tersebut. (PAS menerajui Kelantan
        kembali sejak 1990)