TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM

GEMPAR!!!!!!!!! Maklumat Sulit Dari Naib Presiden UMNO
oleh;Penulis Tamu.

Kira-Kira jam 11.00 pagi tadi saya telah dihubungi oleh salah seorang sahabat saya
yang merupakan kenalan rapat dengan salah seorang Naib Presiden UMNO yang tidak
bersetuju dengan satu perencanaan jahat yang didalangi oleh Kementerian Dalam Negeri.
 

Menurut beliau Naib Presiden tersebut telah memaklumkan sekitar 20 nama yang akan
ditangkap dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dalam tempoh terdekat.  Mereka
dikatakan ingin melihat tindak balas rakyat terhadap penangkapan beramai-ramai ini,
antara nama yang tersenarai ialah Sdr Ezam Mohd Nor, Sdr Dr. Hatta Ramli, Sdr Mahfuz
Omar, Sdr Ruslan Kasim, Sdr Lokman Adam, Sdr Saifuddin Nasution, Sdr Hishamuddin
Rais, Sdr Tian Chua, Sdr Salahuddin Ayub dan seorang berpangkat Doktor daripada DAP
serta ramai lagi yang tidak berapa dikenali oleh teman saya ini.  Menurut Naib
Presiden tersebut Pak Lah bercadang untuk meletakkan Tentera dibawah Kuasa Eksekutif
atau Kementerian Dalam Negeri dan bukan dibawah Yang DiPertuan Agong serta Majlis
Raja-raja.

Sekiranya rakyat bangkit disebabkan tangkapan ini mereka akan mengistiharkan Darurat
serta merta.  Mereka juga bercadang untuk mengharamkan Perkataan Islam dalam Pas
sebagai tindakan susulan.  Apabila ditanyakan tentang mungkin kekecohan akan berlaku
berikutan pengharaman ini, Naib Presiden itu menjawab, itulah yang mereka mahukan
bagi memulakan Darurat.  Naib Presiden itu juga melahirkan kekecewaannya kerana tidak
dimaklumkan tentang perancangan peristiwa di Sauk lebih awal memandangkan ianya
dilaksanakan oleh "Special Task Force" di Kementerian Dalam Negeri Jabatan Perdana
Menteri tanpa pengetahuan Jeneral Tentera, Ketua Polis Negara dan pihak-pihak
tertentu yang sewajarnya mendapat maklum balas awa.

Naib Presiden tersebut turut melahirkan kekecewaannya kerana seorang Iban telah
digunakan untuk dijadikan isu pilihanraya sarawak dan seorang india yang baru
seminggu dipindahkan ke Grik dikorbankan untuk memenuhi nafsu serakah presiden umno.

Adalah diharapkan agar setiap pemimpin alternatif bersiap sedia untuk sebarang
kemungkinan.

Bersama kita sambut pembebasan Anwar ogos ini...........