Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Datuk Seri
Abu Zahar bin Isnin]: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab
soalan Ahli Yang Berhormat bagi Kota Bharu, adalah tidak benar
sama sekali bahawa Jabatan Penjara Malaysia hanya membenarkan
tiga orang sahaja peguam menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim bdi
penjara Sungai Buloh. Berdasarkan kepada rekod semenjak ditahan
dan menjalani hukuman penjara tersebut mulai 14 Oktober 1998
sehingga 12 Februari 2000 ini seramai 23 orang peguam telah
dibenarkan menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kekerapan
sebanyak 348 kali perjumpaan. Jumlah peguam dan juga kekerapan
tersebut tidak mengambil kira perjumpaan yang berlaku di
mahkamah.
Adalah dimaklumkan juga bahawa kemudahan lawatan oleh peguam
untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga lain-lain banduan
dilaksanakan oleh Jabatan Penjara berdasarkan kepada peruntukan
yang ditetapkan oleh Peraturan Penjara 1953. Terima kasih.
Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih di atas penjelasan yang telah diberikan, cuma saya
ingin tahu mengikut bilangan yang telah diberikan sebanyak 348 kali
dalam tempoh yang telah dinyatakan tadi, daripada 14 Oktober 1998
hingga 12 Februari 2000, kita dapati masa yang diberikan kepada
peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim ini banyak waktunya di
mahkamah, tetapi masa terlalu terhad diberikan kepada
peguam-peguam semasa melawat beliau semasa berada di penjara
Sungai Buloh. Jadi, sedangkan kalau kita lihat beliau lebih
memerlukan masa di dalam keadaan ketenangan dan sebagainya
waktu berada di penjara Sungai Buloh untuk berbincang sesuatu
dengan peguam-peguam yang terlibat. Saya minta penjelasan
mengenai perkara ini.
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Tuan Yang di-Pertua,
sebagaimana yang telah saya jelaskan tadi, peluang untuk peguam
Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumpa antara mahkamah dan juga di
penjara adalah dalam situasi yang berlainan kerana di penjara kita
berpandukan kepada ketetapan yang telah ditetapkan oleh
Peraturan Penjara 1953. Terima kasih.
(29/2/2000) Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih,
Tuan Yang di-Pertua. Soalan Tambahan. Adakah pihak kerajaan
sedar bahawa perlombongan timah yang telah dijalankan selama ini
ialah melibatkan kawasan-kawasan yang dianggap sebagai kawasan
alluvial ataupun menggunakan kaedah graver pump dan hasil
sebenarnya ataupun resources, dengan izin, sebenarnya bijih negara
kita masih tersimpan di dalam bentuk primary deposit ataupun
deposit hard rock, dengan izin. Jadi, berdasarkan kepada
kedudukannya dalam bentuk primary deposit, adakah kerajaan
mempunyai kaedah untuk membolehkan bahawa terdapatnya kajian
yang melibatkan kos yang agak tinggi kerana ianya memerlukan
kepada knowledge base, kepada hi-tech technology yang mana kita
memerlukan kepada kajian yang dalam bentuk primary deposit. Jadi,
saya melihat bahawa sekiranya Malaysia ingin memasuki bidang
perlombongan yang besar ataupun yang boleh menyaingi negara-
negara lain, saya mencadangkan supaya terdapatnya satu dasar
yang membolehkan kita membuat kajian secara menyeluruh
menggunakan teknologi hi-tech termasuklah setelit umpamanya.
Terima kasih.
Datuk Anifah bin Aman: Terima kasih atas cadangan dan
pandangan Yang Berhormat tadi. Kita memanglah fokus
pembangunan sektor mineral yang telah berubah daripada sektor
yang berasaskan perlombongan timah lanar atau alluvial, dengan
izin, kepada pembangunan pelbagai mineral berlogam dan juga
mineral-mineral perindustrian dan maetealic mineral, dengan izin,
seperti basil silica, batu kapor dan empung. Bagi mineral berlogam,
aktiviti perlombongan di masa akan datang akan bertumpu kepada
perlombongan bawah tanah dan kita juga, apa yang telah disarankan
oleh Yang Berhormat tadi akan mengkaji dan meneliti cara-cara kita
melombong dan ini akan melibatkan perbelanjaan yang besar oleh
pihak-pihak pelabur dan juga yang akan membelanjakan berjuta-juta
ringgit dalam aktiviti ekplorasi dan walaupun ada aktiviti ini yang
belum dimulakan. Yang Berhormat, sekiranya kita mendapat kajian
yang terperinci untuk menggunakan sistem satelit ini untuk ekplorasi
dan juga perlombongan, kita akan sedia memberi maklumat yang kita
perolehi kepada Yang Berhormat secara bertulis. Terima kasih.