Seorang penjual Harakah
terserempak dengan saya pada pukul
11.30 pagi 9/3/2000.Penjual
Harakan itu selalunya menjual Harakah
disekitar jalan pejabat
Kuala Terengganu.Beliau mengangkat ibu jarinya kepada
saya,sambil berkata "bagus".Saya
tak faham apa kah yang maksudkan oleh beliau.Saya terus menghampiri beliau,"apa
halnya?"soal saya.
"3 trip hari ni" katanya."menapa?"
tanya saya.Tambahnya lagi "trip pertama
100,kedua 100 dan ketiga
pun 100"katanya."mender?" tanya saya.
"HARAKAH LAH APA LAGI".katanya.Sekarang
barulah saya faham
rupanya jualan Harakah hari
ini sejumlah 300 naskah.Sebelum KDN menghadkan penerbitan saya difahamkan
beliau hanya mampu menjual
100 naskah sahaja.Tetapi
pada hari ini beliau dapat menjualnya sebanyak 300 naskah,ini merupakan
rekod baginya menjual Harakah semenjak 3 tahun yang lalu.
Untuk makluman semua pelanggani
Harakah beliau adalah tediri kakitangan
kerajaan dari 3 buah
pusat pentadbiran kerajaan,iaitu Wisma Darul Iman,Wisma Negeri dan Wisma
Persekutuan.
Kesimpulan disini dapat
dibuat bahawa Harakah ini sekarang ibarat air
Semakin ditahan semakin
kuat ia melanda.....suatu hari ia akan meranapkan
empangan yang menahan.
lawan tetap lawan
spanar hidup
spanar2000@hotmail.com
|