ROYALTI  :  KAMI BERSAMA TOK GURU
 
 

ALFATIHAH


 
                Pesurujaya Hisbah Pertama Terengganu Haji Idris bin Osman telah kembali Kerahmatullah
                             pada hari Isnin 01 Ramadhan 4121 bersamaan 27 Nov 2000 diKuala Lumpur.
                            Jenazah beliau telah dikebumikan di tanah tumpah darah beliau diKg Parit Tok Ngah Parit Buntar Perak.
                            Beliau mengalami sakit jantung dan sedang menjalan pembedahan ketika mehembuskan nafas terakahir.
.Beliau meninggalkan seorang balu, Hajjah Khadijah binti Mohd Nasir
dan empat orang anak,seorang lelaki dan tigaperempuan.
Semoga Allah mencucuri Rahmat kepada Roh Beliau.

 

Arkib berita Perlantikkan beliau.


Kuala Terengganu 14 Jun (Hrkh) - Kerajaan negeri Terengganu pada dasarnya bersetuju melantik bekas Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Haji Idris Osman sebagai Pesuruhjaya Hisbah negeri itu.

Menurut sumber kerajaan negari. Haji Idris telah meletak jawatan terakhirnya sebagai Hakim Mahkamah Tawau secara bersara pilihan dan dijangka memulakan tugas barunya pada 1 julai ini.

Pesuruhjaya Hisbah adalah jawatan eksekutif yang diletakkan dibawah Jawatankuasa Hisbah kerajaan yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas.

Jawatankuasa ini adalah jawatankuasa baru yang diwujudkan di Terengganu bagi memenuhi janji Manifesto Berisan Alternatif dalam pilihanraya umum ke-10 lalu.

Ia ditubuhkan bagi memantau perjalanan kerajaan dan menyiasat sebarang aduan salah laku pihak kerajaan dan kakitangannya.