ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU


TJ MK AG: Kemelut Malap Hishamuddin
By Rozaid & Rehman

 
Hishamuddin dihantui oleh beberapa isu:
     
  1. Peristiwa letak dan ambil jawatan Aziz itu menempelak Hishamuddin juga kalau dikaji sebetul-betulnya.

  2.  
  3. Prestasi merosot sukan tanahair - baik di Sydney atau kekalahan kepada Doha untuk Sukan Asia. Beliau adalah Menteri (tidak gembira) Belia dan (kegagalan) Sukan Negara.

  4.  
  5. Hishamuddin juga sedang dibayangi satu cabaran dari bekas ketua bahagian nya sendiri di Tenggara Johor, Asmaon Ismail. Dia mungkin parah jika ditentang.
  6. Hishamuddin naik pun kerana Zahid yang terautomatik terpinggir akibat kes Anwar dan ehsan keturunan anak bekas Perdana Menteri. Gambar beliau memegang botol arak itu nampaknya bukan penghalang untuk menjadi pemimpin dalam Umno. Tetapi kini ia telah memabukkannya sehingga bercelaru pemuda jadinya.

  7.  
  8. Prestasi Hishamudin tenggelam jika dibandingkan dengan peranan pemuda sebelumnya yang 'hebat-hebat' belaka di mata umno. Beliau kekal kerana ngam dengan kehendak presiden yang tidak mahu pemuda berwajah singa. Wajah kucing menyenangkan program 'sial' presiden berjalan dengan lancarnya...
  9. Hishamuddin tidak rapat dengan akar-umbi. Dia lebih dekat dengan presiden dan sesuatu yang berada di luar negara. Pernah nama beliau di 'boo' bila disebut dibeberapa ketika dalam perhimpunan umno,
  10. Walaupun prestasi beliau merosot, dia muncul sekali sahaja di Lunas. Selepas itu beliau ke Brisbane untuk bergembira dan membiarkan Aziz terkial-kial dan geram dihantui gambar Aziz sendiri mengherdik Suqui.
  11. Hishamuddin juga dibayangi ooleh perletakkan jawatan s/u sulitnya Abdul Latif Endut atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Begitu juga s/u politik beliau, Hasni Muhammad, yang nak ditukar dengan Azmi Daim.
  12. Oleh itu Hishamuddin dinasihatkan melupakan sahaja debat dengan Mahfuz. Dia perlu berdebat dengan kemelut dalam dirinya, partinya, dan peranan yang perlu dimainkannya dimasa depan.
  13. Riwayat hidup seekor kucing tidaklah lama.... Apa lagi kalau singa yang lapar sentiasa ada....... Bila itu berlaku berbotol-botol arak pun tidak akan dapat mengubat luka. Menangislah seorang diri terhiba.

  14.