Isu Royalti Minyak – Matlamatnya Berjaya.

Kenapa Mahathir timbulkan isu royalti minyak?
Dan kenapa timbulkan isu itu pada masa tersebut (baru-baru ini)?
Kenapa bayaran pertama telah dilaksanakan?

Dan banyak lagi persoalan yang menhantui fikiran IB dan beberapa rakan yang
sempat IB bincang bersama.  Apakah sebenarnya tujuan para strategis Mahathir
menimbulkan isu royalti minyak untuk kerajaan negeri Trengganu pada ketika
itu?

Kami berpendapat bahawa mereka mempunyai tujuan dan matlamat dalam setiap
perancangan yang sedang mereka lakukan.  Mereka melakukan pelbagai perancangan
dalam usaha membendung kebangkitan dan kemarahan rakyat terhadap Mahathir dan
UMNO.

Isu royalti minyak mula ditimbulkan beberapa bulan lalu sebagai pre-empt untuk
menghangatkan kemarahan rakyat sebelum ianya benar-benar digunakan baru-baru
ini.  Bila Mahathir menggunakan terminologi bayaran ehsan – rakyat lagi marah.
 Para pimpinan PAS terutama pimpinan pemuda PAS dan lain-lain penggerak BA
sibuk bermesyuarat dan mengeluarkan kenyataan yang pelbagai.

Dalam kehangatan rakyat menghentam Mahathir dan membincang aspek-aspek
undang-undang berhubung perjanjian yang ditanda-tangan oleh Petronas dan
Kerajaan Negeri Terengganu, rakyat terpaksa berbelah bagi dalam membuat reaksi
mereka dalam suatu lagi isu yang amat ditakuti oleh Mahathir.

Apakah yang Mahathir ingin sorokkan?  Apa yang Mahathir ingin rakyat lupa?

Bukankah keputusan perbicaraan liwat DSAI diputuskan (dibacakan) oleh Hakim
Jaka kini terpaksa rakyat lupakan kerana isu terhangat kini yang terpaksa
dihadapi ialah isu royalti?   Maknanya kini isu royalty lebih hangat dan isu
penghukuman DSAI kian dilupai.

Bukan tujuan saya untuk menyuruh sekelian pembaca tidak meletakkan keutamaan
dalam isu royalti – tetapi sekadar mengingatkan semua bahawa Mahathir
sememangnya merancang untuk kita lupakan DSAI dan ditimbulkan pelbagai isu
untuk sesuatu tujuan.

Sekian
Ibrahim Baba
5 Oktober 2000