|
MEMBANGUN MENURUT ISLAM |
Kisah Joan of Arc yang kena konspirasi
Semperna hari minggu semalam, IB mengambil kesempatan untuk menziarah
satu-satunya bapa saudara IB yang tinggal di ibu kota. Setiba
IB di rumahnya,
kebetulan berkumpul beberapa anak-anak beliau bersama-sama di situ.
Maka
suasana pun begitu riuh rendah dengan pelbagai perbualan dan kanak-kanak
kecil
bermain sesama mereka.
Kebetulan juga ada beberapa lagi cucu bapa saudara saya berkumpul di
satu
sudut tekun menonton VCD cerita Joan of Arc (JOA). IB tidaklah
menonton
sangat tetapi sesekali menoleh juga ke arah TV.
Entah macam mana, tiba-tiba IB terlihat babak Joan of Arc ditangkap.
Dan
seterusnya tanpa disedari IB menonton cerita itu dengan penuh minat
hinggalah
ke akhir cerita.
Selepas itu, sesama sepupu yang lain kami berbual pula bahawa Joan of
Arc pun
kena konspirasi. Banyak babak dan kisah yang dapat kita ambil
iktibar dan
samakan dengan suasana yang berlaku di negara kita kini. Kalau
dulu heboh
pasal sebuah cerita hindustan (IB tak ingat cerita dan tak tengok pulak)
yang
mengisah wartawan dan kekejaman polis serta unsur-unsur konspirasi,
kini
cerita JOA pun banyak juga unsur-unsur di mana dapat kita kaitkan dengan
apa
yang berlaku di negara kita.
Satu babak yang mana IB ingat sangat ialah apabila Bishop Couchon (yang
diarah
“mengadili” tuduhan yang dikenakan ke atas JOA) bertanya kepada Father
Vincentte (wakil dari Vatican) untuk mendapat pandangan Vicentte kerana
tekanan yang diterima beliau dalam mengendali kes itu. Vicentte
menjawab “
... the trial is just a masquarade. Verdict comes at the end
of a trial not
at the beginning …”
Lebih kurang terjemahannya “… perbicaraan ini hanyalah satu helah.
Keputusan
sepatutnya di akhir perbicaraan dan bukannya di awal.” Kata-kata
ini ialah
bagi mengulas paksaan dari pelbagai pihak supaya menjatuhkan hukuman
salah
terhadap JOA. Vincentte, selepas menuturkan kata-kata tersebut,
ditangkap
oleh “ketua polis”.
Jika saudara ingin menonton cerita JOA, babak yang saya ulas ini terdapat
di
30-40 minit terakhir cerita tersebut. Kata sepupu saya, di awal-awal
cerita
itu banyak menayangkan kisah yang berunsur agama kristian.
Jika saudara menonton, perhatikan beberapa babak berikut:
1. Raja England ketika itu, akibat marahkan JOA, telah mengarah untuk
menangkap JOA dan dibakar hidup-hidup – begitulah akhirnya nasib JOA
walaupun
melalui perbicaraan.
2. Hakim (Bishop Couchon) adalah dipilih walaupun kesalahan yang dituduh
tidak
dilakukan oleh JOA di kawasannya tetapi ditangkap di kawsannya.
3. Hakim tersebut ditekan untuk mejatuhkan hukuman salah. Walaupun
terdapat
hakim tersebut cuba untuk menolong JOA. Akhirnya Hakim tersebut
turut
tertipu.
4. Keganasan “ketua polis” yang mengarah orang-orangnya memukul tahanan
(JOA)
ketika dalam penjara.
5. Bagaimana “ketua polis” tersebut mengadakan bukti palsu dengan mengarah
orangnya mengoyakkan baju JOA (ketika dalam penjara) dan dipaksa memakai
pakaian lelaki – kemudian membawa Hakim untuk membuktikan bahawa tuduhan
JOA
memakai pakaian lelaki adalah benar.
6. Bagaimana Raja Perancis yang JOA perjuangkan untuk menaikkannya
semula ke
takhta kemudian meninggalkan JOA malah memerangkap JOA untuk diserahkan
kepada
musuh. Teringat saya kisah yang berlaku di negara kita seorang
pemimpin yang
bersungguh membela “boss”nya ketika mengharungi pelbagai krisis dalam
parti
dan dalam negara demi menjaga “boss”nya kini ditinggalkan malah dihina
pula.
7. JOA mendapat sambutan dan sokongan di kalangan rakyat.
8. Raja Perancis hanya memperggunakan JOA untuk mendapatkan takhtanya
kembali
selepas itu dibiarkan JOA untuk ditangkap oleh musuhnya.
Tontonlah sendiri kalau nak buat iktibar. Tapi mungkin cukup setakat
ini
sebagai peringatan kepada kita bahawa sejak dari dulu lagi manusia
sentiasa
mengharungi peristiwa-peristiwa yang seperti ini. Masa berlalu
dan
kemudiannya akan memberi gambaran yang jelas - siapa yang benar dan
siapa yang
busuk hatinya.
Tetapi jika kita membiarkan sejarah lalu begitu saja satu hari nanti
kita
mungkin ditanya anak-cucu kita – apakah peranan kita dalam “ketidakadilan”
yang berlaku di zaman kita!
IB nak tambah sikit – dalam perjalanan ke rumah pakcik saya dekat Bukit
Belacan, semasa dekat dengan traffic light pekan lama Ampang, bersebelahan
Balai Polis Ampang yang kini diguna oleh Bahagian Trafik, tiba-tiba
sebuah
Bas Metro yang sedang menghala ke arah KL tiba muncul di depan IB lorong
menghala ke Bukit Belacan (dari KL). Terkejut habis IB.
Bas tersebut
(mungkin mengejar bilangan trip) memotong barisan kenderaan yang panjang
sedang berhenti menunggu lampu yang sedang merah. Ini bermakna
Bas tersebut
sungguh berani melakukan satu kesalahan yang besar yang mungkinmengakibatkan
kemalangan maut – DI DEPAN BALAI POLIS TRAFIK.
Apakah mesejnya? Apakah mungkin pemandu bas tersebut tidak lagi
hormat kepada
polis? Tidak takut polis (sebab boleh dibeli dengan mudah)?
Atau apakah
kerana polis hanya sibuk mencari reformis – sudah tidak ambil peduli
kepentingan pengguna jalan raya?
Berdasarkan pengamatan saya – pemandu-pemandu Bas Metro lebih ganas
dari bas
mini dulu. Siapa yang pegang permitnya? Dengar khabar ianya
ada hubungan
dengan orang politik juga. Dalam pada hendak digabungkan semua
syarikat bas
untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam maka semua permit bas mini
ditamatkan – tetapi permit bas metro diteruskan. Kaedah operasi
bas metro
menyerupai operasi bas mini. Mungkin Nazri Aziz (atau Mustafa
Mohamed –
menteri sebelum ini) takut nak ambil tindakan kerana mengganggu kepentingan
seseorang yang lebih besar darinya.
Sekian,
Ibrahim Baba