Sedutan dari Ceranah Perdana keADILan yang diadakan
di Markas Pas Taman Melewar pada 10.10.2000. Penceramah –
penceramah pada malam tersebut terdiri dari Sdr Idrus Ibrahim ( kekanda
DSAI ), Sdr Gopala Krishnan ( N.Pemuda
KeADILan ), Ustaz Badrulamin ( Ketua Pemuda KeADILan Sabah ) dan Sdr
Ezam ( Ketua Pemuda KeADILan Puast ).
Berikut adalah sedutan ringkas ceramah ceramah tersebut.
1) Saudara Idrus Ibrahim
membawa berita semasa mengenai Saudara Anwar dan keluarga. Menurut beliau
Sdr. Anwar
berada didalam keadaan baik dalam erti
kata baik seorang tahanan yang berada didalam kurungan. Berita terkini
tentang
beliau ialah beliau kini sedang belajar
menghafiz Al- Quran dengan seorang rakan banduan yang merupakan seorang
Al
Hafiz. Menurut cerita rakan Al Hafiz
ini, merupakan seorang yang pendiam dan digelar sebagai si bisu oleh pengawal
penjara dan telah menghuni disitu selama
2 tahun. Tidak pula diberitakan tentang kesalahan beliau. Suatu hari beliau
ditakdirkan sakit dan dibawa ke
klinik dan kebetulan pula Sdr. Anwar ditugaskan untuk mencuci klinik. Apabila
melihat
Sdr Anwar, beliau lantas memanggil Datuk
Seri dan menyebabkan pengawal terpinga-pinga kerana tidak pernah
mendengar suara beliau sebelum ini.
Hasil pertemuan itu maka tercetus perkenalan antara satu-sama lain. Menurut
Sdr
Anwar, itu lah takdir Ilahi, dimana
beliau berpeluang mendalami ilmu menghafiz Al-Quran semasa didalam penjara
tambahan di usia 50an, bukanlah mudah
untuk menjadi seorang Alhafiz, dan ketenangan didalam penjara dapat
membantu. Saudara Idrus juga memberitahu
Sdr Anwar dibenarkan beberapa kali melawat ibu beliau yang kini mendapat
rawatan di Hospital Universiti.
2) Seperti lazim Sdr. Gopala
memulakan ucapan beliau dengan sambutan Hancur-Hancur……..Hancur BN………
Ucapan Sdr Gopala berkisar kepada pencabulan
hak asasi oleh Dr. Mahathir seperti yang terlihat keatas isu pencabulan
hak rakyat Terengganu keatas isu royalty
minyak petronas. Beliau meminta rakyat menyahut panggilan perjuangan apabila
dipanggil oleh kepimpinan dalam menentang
kezaliman kerajaan BN.
3) Ustaz Badrulamin pula
membawa kisah Israk Mikraj dan hikmat dari peristiwa tersebut yang menguji
keimanan umat
Islam pada zaman tersebut. Beliau juga
membawa kisah Nabi Musa vs. Firaun. Antara yang menarik dari kisah Firaun
ini
ialah Firaun begitu gemar membina monument
yang tertinggi dan terbesar walaupun mengorbankan beribu-ribu nyawa dan
harta. Kesimpulannya Firaun dizaman
mana sekali pun dia muncul, tetap mempunyai cita rasa yang sama. Satu lagi
yang
menarik ialah apabila Nabi Musa dikerah
untuk menentang kezaliman Firaun lalu Nabi Musa tanpa soal menentang Firaun
yang telah membesar dan memelihara beliau
dari bayi. Tidak pula Nabi Musa berkata “bagaimana harus aku menentang
orang yang telah memberi aku makan dan
memelihara aku dari kecil dan telah memberi aku biasiswa untuk melanjut
pelajaran keluar negeri. Aku sepatutnya
berterima kasih dan mengucap syukur kepada Firaun” ujar Ustaz Badrulamin
secara berseloroh…Ustaz juga mengingatkan
bahawa “untuk memperolehi kejayaan perlu ada perjuangan, dan setiap
perjuangan perlu ada pengorbanan”
dan pengorbanan beliau adalah pengorbanan yang amat kecil berbanding dengan
pengorbanan Sdr Anwar dan keluarga yang
mana Sdr Anwar menganggap bahawa inilah” perjuangan kecil” dari beliau
dan keluarga dalam menentang kezaliman
regime Mahathir terhadap rakyat.
4) Sdr Ezam yang baru pulang
dari Amerika menceritakan bahawa pemergian beliau ke Amerika adalah atas
jemputan
kerajaan Amerika kepada pemimpin-pemimpin
muda rantau Asia-Pasifik. Sebelum ini hanya pemuda BN sahaja yang
dijemput dan ini adalah kali pertama
pemimpin muda dari pembangkang dijemput. Menurut beliau pernah seorang
pemimpin muda Malaysia merayu kepada
kerajaan Amerika agar menjemput beliau menghadiri kursus tersebut kerana
beliau tidak tersenarai dan pemimpin
muda tersebut adalah Dr. Mahathir Mohamad. Menurut Ezam pemimpin pemimpin
muda dari negara Asia Pasifik begitu
terkejut dan resah apabila mereka diberitahu hal bekas Timbalan Perdana
Menteri
Datuk Seri Anwar. Walaupun negara mereka
tidak semaju Malaysia, tetapi rentetan peristiwa yang menimpa Sdr Anwar
tidak pernah berlaku dinegara mereka
walaupun negara komunis sekali pun (China) dan mereka juga bertekad untuk
memberi sokongan kepada rakyat Malaysia
dalam memperjuangkan Reformasi.
Sdr Ezam juga diberitakan telah bertemu
dengan beberapa pemimpin kanan dari parti Democrat dan Republican dan rata
rata mereka begitu prihatin keatas peristiwa
zalim yang menimpa Brother Anwar. Pemimpin Republican yang kini
menampil kan calon Presiden mereka G.W
Bush, berkata sekiranya AL-Gore memperlihatkan ketegasan beliau dalam
hal ini, sekiranya Republikan memerentah
mereka akan bertegas 10 kali ganda dalam isu ini.
Sdr Ezam juga sempat bertemu dengan
pemimpin ISNA dan telah diberitahu mengenai perkara sebenar yang berlaku
dalam isu pembatalan jemputan kepada
Mahathir. Apabila jemputan tersebut dibatalkan, Mahathir telah menghantar
perutusan melalui Kedutaan Malaysia
merayu agar ISNA menarik balik pembatalan tersebut. ISNA tetap bertegas
lalu
Mahathir menghantarkan perutusan kedua
dimana beliau menjemput pemimpin ISNA ke Kuala Lumpur bagi
membincangkan isu jemputan dan beliau
sanggup melutut kepada mereka asalkan menarik balik pembatalan tersebut
dan
juga berjanji akan membenarkan mereka
bertemu Sdr. Anwar dan sekali lagi ISNA bertegas menolak dan sekali lagi
Mahathir menghantar rayuan dengan manawarkan
pembebasan Sdr Anwar untuk mereka mengambil Sdr Anwar ke
Amerika. Kali ini ISNA diberitakan terpaksa
meminta pendapat Sdr. Anwar dan jawapan dari Sdr Anwar ialah beliau
dengan tegas berkata “ saya tidak sekali-kali
akan meninggalkan Malaysia”. Begitulah bangsatnya Mahathir.
Sdr Ezam juga dalam ucapannya berkata
semasa beliau di Landon beliau telah bertemu dengan pegawai kanan Tony
Blair
dan diberitakan bahawa setelah
perbincangan rasmi dengan Dr. Mahathir, Tony Blair telah memberitahu DR.
Mahathir
secara peribadi bahawa pemimpin pemimpin
EU meminta beliau sampaikan kepada Dr. Mahathir “Isu Anwar perlu
diselesaikan dengan segera….”.
Sekian