I

    (Kulit Depan Majallah Isu)

ISU: MENGAPA TAKUT HADI ? – Dalam Pasaran Sekarang!

Amanat Haji Hadi telah menggegarkan persada politik tanahair kita. Nama tokoh itu, terus diburu oleh pemimpin Umno untuk dipersalahkan atas nama politik. Setelah berminat untuk tidak menyerahkan royalty minyak petroleum terhadap kerajaan pimpinan Haji Hadi, kini beliau dipertanggungjawabkan soal kandungan “Amanat” yang dianggap “Fatwa Sesat” oleh Pak Lah.

Dulu bergelar YB, kini sudah YAB MB. Banyak persoalan yang ditimbulkan berkenaan keupayaan beliau memerintah Terengganu. Namun begitu, kehadirannya dalam pentas politik Malaysia, dianggap suatu fenomena oleh Sdra. Mohd Nasir Awang. Dalam tulisannya, beliau menyifatkan Haji Hadi suatu tarikan gagah dan percubaan tokoh PAS itu untuk meneruskan perjuangan menegakkan Negara Islam di Terengganu.

Bagi penulis prolific, Shuhaimi Al-Maniri yang rapat dengan pimpinan Terengganu, telah meramalkan perubahan drastic itu sejak 1994 lagi. Beliau telah menyenaraikan draf kabinet Exco Kerajaan Terengganu, yang kini terbukti atas lakaran mindanya. Baginya, slogan atau kempen “Acu Ubah Sekali Lagi” berjaya merubah suasana, berjaya menurunkan Wan Mokhtar, berjaya mengejutkan dunia atas kejayaan kedua PAS menawan negeri di Malaysia.

Ibrahim Muda pula beriya-iya menceritakan tentang sikap gelojoh Wan Mokhtar sewaktu menghadapi pilihanraya umum lalu. Beliau menyifatkan ketewasan Umno Terengganu adalah akibat permainan Wan Mokhtar yang tidak mahu undur. Katanya, tumpasnya Ayah Wang itu ibarat paku terakhir buat kerandanya.

Komen Pedas dari Kini-Malaysia turut menyegarkan komentar dalam makalah ini. Penulisnya menyifatkan Mahathir cuba mencetuskan satu masalah serupa seperti Acheh di Indonesia dengan mengauk semua hasil mahsul perut buminya yang kaya dengan minyak dan gas untuk kepentingan Jakarta. Kini, Mahathir mehau melihat rakyat Terengganu terus mundur dengan keengganannya menyerahkan royalty minyak itu.

Sementara orang Cina Terengganu dan lain-lain tempat di negara kita, tidak menlihat kemenangan PAS di Terengganu sebagai ancaman atau suatu yang menakutkan mereka. Ann Wan Seng dalam ulasannya, memberitahu, bahawa mereka gembira dan tidak putus-putus mengunjungi Haji Hadi di Terengganu dan Nik Aziz di Kelantan.

Bagi Abu Bakar Rashid, menulis secara bersahaja dan menarik tentang pengalamannya sepanjang mengenali Haji Hadi di Taman Melewar. Sangkaan buruk terhadap Haji Hadi terus hilang sebaik menemuinya.

Soalnya, mengapakah pemimpin Umno takut dengan Haji Hadi? Mampukah Pak Lah mengegendakan misinya untuk menumbangkan PAS di negeri kaya minyak itu menjelang pilihanraya umum ke 11 nanti?

Ikuti lebih banyak ulasan dan maklumat terkini dalam makalah khas terbitan Rangkaian Minda Publishing ini. Ramai penulis pro-BA turut menyumbangkan pandangannya. Ia dikeluarkan khusus untuk menyebarkan pelbagai maklumat terkini BA kepada para penyokong dan ahli-ahli parti. Setebal 52 halaman dan dijual dengan harga RM3.50 sen sahaja. Sebuah sentuhan berani Editor Tarmizi Mohd Jam dalam menongkah arus.

Para pengedar dikehendaki segera dan boleh hubungi 019-3632660. Lihat gambar kulit depan ISU: Mengapa Takut Haji Hadi? terbitan Ogos 2000.