ROYALTI :  KAMI BERSAMA TOK GURU
TJ ATimes: 'Reformasi' Jalan di Hadapan
       By Anil Netto
       19/11/2000 am

       Saya mengepilkan dua rencana disini untuk membincangkan beberapa perkara yang
       perlu diambil iktibar oleh pejuang dan pemimpin reformasi. Saya tidak menterjemahkan
       kedua-dua rencana tersebut, sekadar mengambil beberapa faktor sahaja.

       REFORMASI SEPINTAS LALU

       Beberapa kesimpulan dapat dirumuskan oleh tragedi 5 November tersebut:
 
 

        1.Kehadiran polis yang luarbiasa menggambarkan ketakutan dan kalutnya regim
           Mahathir. Tmabah takut lagi sehingga mereka merampas kamera serta Pak Lah
           memberi kata-dua kepada akhbar Cina yang melapurkan kejadian dan gambar.

        2.Sambutan rakyat menunjukkan bara itu masih belum padam dan rakyat sudah tidak
           takut kepada beberapa risiko. Walaupun rakyat sedar Jalan Kebun sudah disitar
           lebih awal, mereka tetap tidak berganjak. Akhirnya kesesakkan luar-biasa berlaku
           dilebuh raya, dan dengan angka 100,000 itu menjadi realiti.

        3.Umumnya tidak ramai kaum bukan Melayu berada di Jalan kebun itu. Pihak BA perlu
           berbuat sesuatu untuk menyedarkan kaum bukan melayu. Reformasi bukan untuk
           orang Melayu sahaja, tetapi untuk semua rakyat Malaysia. Reformasi juga bukan
           pasal Anwar sahaja. Ia lebih dari itu.

        4.PAS sengaja dikutuk dan diburukkan oleh media. Tragedi al Maunah itu dikaitkan
           dengan PAS, sedangkan tidak ada sebarang bukti. Sikap memburuk-burukkan PAS
           itu memerlukan pihak PAS berusaha lebih keras lagi menyampaikan mesejnya.
           Namun kerajaan pula semakin mendera parti pembangkang ini. Ceramah dimasjid
           sudah tidak dibenarkan lagi, dan beberapa negeri yang dikuasai BN tidak
           mengizinkan sebarang penceramah PAS memberi kuliah di masjid ataupun surau.
           Akhbar Harakah pula telah disekat serta dihimpit dan ia kini menghadapi tuduhan di
           mahkamah. Kita tidak hairan jika ia akan diharamkan terus nanti apabila UMNO
           sudah semakin tenat dan dipingirkan.

        5.Keganasan terbaharu polis di Jalan Kebun dan yang usang di Memali itu
           menunjukkan bahawa polis sudah tidak boleh diharap lagi untuk menjaga keamanan
           dan keselamatan Umno. Mereka sudah menjadi kumpulan samseng berlesen yang
           suka mengintai orang tidak berpakaian, meraba-raba wanita yang ditahan,
           membelasah tahanan, mempermainkan keselamatan tahanan, malah membunuh
           beberapa orang seperti Jaafar Putih dan seorang pejuang Keadilan satu ketika dulu.
           Sampai kini kedua-dua kes kematian itu dibiarkan begitu sedangkan kedua-dua
           insan tersebut segar bugar sebelum bersua dengan polis.

        6.Sikap mementingkan diri sendiri serta tabiat 'tak apa' yang menghantui rakyat perlu
           dibasmikan segera. Untuk itu pihak BA perlu meningkatkan kesedaran, khususnya
           melalui ceramah dan laman web. Setakat ini usaha yang dilakukan di laman siber
           kurang menonjol. Yang ada kebanyakkannya diusahakan oleh sukarelawan yang
           tidak memegang sebarang jawatan penting dalam mana-mana parti BA.

        7.Mahathir adalah seorang doktor. Dia sentiasa merencanakan sesuatu untuk suku
           sakatnya melalui beberapa eksperimen. Kini dia sudah merosakkan kefahaman
           ugama yang diwarisi sejak dulu lagi dengan pelbagai tafsiran yang menyeleweng.
           Dia juga menghina Nabi (saw) sendiri tetapi orang Umno masih tidak sedarkan diri.
           Jika Nabi (saw) dapat dihina sebegitu maka lebih mudah dia menghina sesiapa
           sahaja, termasuk Anwar sendiri.

        8.Mahathir juga sudah merosakkan institusi polis. Keganasan polis itulah bukti betapa
           sekian lama Mahathir menjaga KDN, itulah jenis manusia (atau setan) yang dapat
           dihasilkannya. Dia telah membuat semua orang umno menjadi robot yang mengikut
           apa yang dikatanya, tanpa banyak soal dan tanpa mengira samada ia betul atau
           tidak.

        9.Institusi Mahkamah Sudah Tercemar

           Mahathir telah memperalatkan institusi kehakiman dan perundangan negara. Dia lah
           tangan yang menyahkan beberapa hakim mahkamah agung dengan putarbelit dan
           manipulasi media. Dia juga telah menjatuhkan maruah semua raja dan kini dia lah
           raja segala raja kerana dia sudah menguasai milik tanah Putra Jaya dengan raja dan
           DUN tidak dapat menyanggah dan berbuat apa-apa.

           Sikap peguam negara masakini yang gagal mengambil tindakan terhadap Rafidah
           Aziz, Rahim TambikCik, Eusoff Chin dan Mahathir sendiri dengan alasan tidak cukup
           bukti menunjukkan sistem keadilan negara sudah tidak berfungsi lagi. Sepatutnya
           Datuk Shapei Yahya dicabar kenyataannya bahawa Mahathir menghalang tugas2
           BPR, soalnya kenapa peguam negara berdiam diri?

       10.Walaupun Mahathir menguasai media, hakim, peguam dan polis, rakyat sudah tidak
           takut lagi untuk berada dijalanraya. Itulah mesej penting pada 5 November. Malah
           Mahathir, media, hakim dan polis yang bakal takut nanti..... kerana rakyat dan dunia
           asing sudah merakam beberapa bukti dan peristiwa pada 5 november itu. Kini sudah
           ada satu VCD bertajuk "Perhimpunan 100,000" di jual di pasar-pasar malam dan
           tapak-tapak ceramah. Harganya $10.00 dan tidak percuma, tetapi percayalah
           kadang-kadang $10.00 ini dapat menawan nasi bungkus yang percuma itu, malah ia
           mungkin dapat menggoncangkan semua syarikat yang berbilion ringgit harganya....
 
 

       -Kapal Berita-