|
||
dengan kerjasama Pehak polis telah berjaya menubuh pasukan kawalan Jalanraya Kuliah pagi Jumaat di masjid Rusila.Usaha ini telah dilaksanakan 3 minggu yang lalu. Dengan pakaian lengkap pantul cahaya mereka sekitar 30-40 orang berada ditepi jalan di sekitar masjid Rusila untuk memastikan supaya tiada kenderaan yang diletak dibahu jalan disamping memastikan supaya tiada peniaga yang menjalankan urusan terlalu hampir denagn jalan.mereka juga memastikan supaya kenderaan di letakan dengan elok dan tersusun supaya ianya tidak menjadi kesulitan kepada pengunjung yang datang lewat. Walaupun diperingkat awal menampakan sedikit celaruan didalam menjalankan tugas,namum pada hari ini jelas kelihatan bahawa mereka telah mampu untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Menurut salah seorang AJK Masjid Rusila Tuan haji Omar bin Mohamad mereka ini bertugas secara sukarela dan beliau akan sentiasa mendapatkan nasihat dan bimbingan dari balai polis traffik Marang.
|