Kami dikalangan kakitangan awam rasa sangat bersalah jika tidak menjelaskan
kpd rakyat perkara-perkara yang melibatkan
rkyat; dan berkemungkinan menjejaskan hak dan kepentingan rakyat.
FUNGSI Kami:
Fungsi kami sebagai kakitangan awam pelbagai peringkat dan tugas bertujuan
sama, iaitu memberi khidmat terbaik kepada
rakyat dan masyarkat.
Kami tidak wajar bersikap membisu apabila mengetahui pekara-perkara
Dasar yang menjejaskan rakyat, kerana tugas kami
bukan untuk mana-mana pihak selain dari rakyat. Rayatlah yang memberi
kami sara hidup. Kami tahu. Kami adalah sebahagian
dari masyarkat. Ibu bapa kami adalah masyarakat itu, dan kami tidak
dpat memisahkan diri dari situasi itu.
Apa yang berlaku di Terenggganu adalah satu manifestasi kejayaan yang
kami kongsi bersama, antara Rakyat awam dan
Kakitangan Awam. Akhirnya, dengan izin Allah swt. kerajaan UMNO/BN
yang zalim dan tidak berterima kasih kepada rakyat
telah berjaya ditumbangkan. Syukur! Alhamdulillah!!
Begitu juga di Kelantan. Kelompok kami telah berjaya meningkatkan fungsi
sebagai kakitangan awam memperteguhkan
kewibawaan Kerajaan yang kami wajib perteguhkan. Memang sulit bagi
kami berbuat begitu kerana masih ada diantara
puak-puak yang ‘sanggup dibeli’ oleh pihak yang mahu meraih Kelantan
kepangkuan mereka semula. Apatahlagi Terengganu!!
Syukur Alhamdulillah! Bilangan mereka tidak ramai dan tidk menjanjikan
kemenangan kepada mereka yang mengkhianati
rakyat.
Terengganu Di Alaf Baru:
Hari ini, Terengganu menjadi fokus kebusukan rancangan Kerajaan UMNO/BN
di perengkat Pusat. Mereka membesarkan
perkara kecil lagi remeh untuk melunturkan keyakinan rakyat kpd kerajaan
PAS Terengganu. Kami sedar kerana arahan telah
pun diterima oleh beberapa pegawai atasan mewakili Kerajaan Pusat untuk
mensabotaj rancangan utk rakyat yang dirangka
oleh Kerajaan PAS.
Nampaknya, walaupun UMNO/BN kalah teruk; tetapi saki-baki petualang
mereka masih lagi menerima habuan untuk
melaksanakan rancangan jahat menjatuhkan kerajaan PAS.
Antaranya adalah mereka ialah mereka yang bertugas mewakili Jabatan
Kerajaan Pusat disini. Jabatan-jabatan ini bukan
ditubuhkan kerana berkhidmat untuk rakyat tetapi untuk “membeli” sokongan
rakyat kepada “god-father” mereka yang
membayar gaji darimPerbendaharaan Pusat.
Nampak sangat Royalti minyak yang beratus juta itu sangat dikesali terlepas
ke tangan Kerajaan PAS. Mereka yang
berkepentingan di peringkat pentadbiran kerajaan negeri yang telah
ditumbngkan rakyat, kini merasa tersepit dengan pelbagai
hutang berpuluh, malah beratus juta.
Dulu, mereka adalah orang yang “goyang kaki dapat berjuta”. Tapi, harta
mereka yang dikaut secara haram dulu mungkin akan
hapus; samada untuk membayar saman hutang bank, membayar balik harta
yang “dicuri” dari rakyat dan seumpamanya.
Mereka akan diheret ke pengadilan rakyat untuk diberi “ganjaran” sewajarnya.
Ini bukan tindakan membalas dendam. Kita mahu satu pembersihan total
lagi saksama. Kerajaan PAS diamanahkan rakyat yang
menuntut pembersihan. Maka fungsi itu adalah “Amanah” yang akan dipersoalkan
di alam Barzah kelak.Kami tidak mahu
tersepit di akhirat.
24 Tahun Yang Pahit Getir
Selama 24 tahun UMNO/BN menguasai kerajaan negeri; selama itulah mereka
bermewah-mewah melakukan rompakan
mengenyangkan tembolok secara haram. Bokti-bokti sudah diperolehi.
Kami akan tampil mengheret mereka yang bersalah ke
muka pengadilan. Yang bersalah, adalah hak rakyat mempastikan mereka
akan merengkok membayar ‘jenayah’ mereka.
Petualang Kerajaan Pusat:
Kami mendapat tahu, orang yang paling bermusuh dengan kami rakyat Terengganu
ini ialah Rafidah Aziz, Menteri
Perdagangan Antarabangsa yang sangat direstu Dr. Mahathir.
Dari “informant” kami di Kementerian itu; kami dapat tahu bahawa beliau
sangat-sangat berkesumat berpahit-pahit darah
untuk memastikan supaya tidak ada para pelabur datang ke Terengganu.
Berbagai rancangan sabotaj yang sangat jahat dilakukan diperingkat Kementerian
dan Agensi-agensi Kementerian itu dengan
tujuan men”discourage” pelabur-pelabur asing luar negeri dari melabur
memakmurkan Terengganu. Beliau sepakat dengan
beberapa Kementerian lain supaya Terengganu akan tersisih dari koridor
Pembangunan.
Tetapi barang diingat Wahai Rafidah yang cantik rupawan…!! Jangankan
para pelabur berbilion-bilion mengenepikan
Terengganu, pengusaha BABI pun berlumba-lumba memohon untuk melabur
di Terenggnu. Kerja maksiat Rafidah nampaknya
kecundang habis!! Hiduplah anda dalam maksiat. Inilah dia pemimpin
WANITA UMNO yang sedang berentap sesama
sendiri!!
Sekarang, dalam diam-diam Kerajaan PAS telah menyiapkan rancangan jangkapanjang
untuk memberi manfaat bukan saja
kepada rakyat Terengganu, tetapi juga mana-mana rakyat yang sanggup
sama-sama bersaha memajukan Terengganu.
Kami mengambil sikap terbuka kepada semua anak bangsa kita yang selama
ini tertindas dibawah Kerajaan Wan Mokhtar
Ahmad.
Terengganu Untuk Ummah Berusaha
Kita tidak mengira dari mana datang dan asal mereka. Kedah, Perlis,
Selangor dan Johor atau dari mana-mana jua…. Dasar
kerajaan PAS menganggap bahwa mereka adalah sebahagian dari kami. Allah
menurunkan rezki dimana-mana, dan kita tidak
boleh memikirakan kepentingan diri sementara melihat saudara kita tercekik.
Itu Dasar Ummah yang kami terapkan.
Mungkin Kerajaan Mahathir akan menenggelamkan maklumat mengenai apa-apa
rancangan ekonomi, sosial dan pembangunan
yang kami sedang sedia dan laksanakan untuk rakyat. Kami akan menyebarkan
maklumat ini melalui pusat-pusat Tarbiah PAS
di sreata negara. Akan ditempatkan beberapa pegawai yang berdedikasi
sebagai saluran penyebar maklumat; jika kementerian
terbabit enggan memberi bantuan. Semua negeri-negeri di Semenanjung
dan Sabah akan mendapat maklumat.
Kami sedang merancang beberapa strategi yang lebih konkrit dengan melaksanakan
“Trade & Investment Missions” keluar
negara dari semasa ke semasa. Pakar-pakar pelaburan kami dan mereka
yang terlatih dan berpengalaman akan dirancang untuk
ditempatkan di beberapa Pusat Pelaburan di US, UK, Germany, Holland,
Austrlia, Jepun, Korea, dll.
Adalah tanggungjawab kami supaya “Emas Hitam” ini dimanfatkan oleh rakyat
seluruh negara. Itu khazanah Allah swt. Jika
dulu ia umpama milik perseorangan orang-orang tertentu, kami telah
jadikan Dasar bahawa ia wajib dipulangkan kepada
rakyat.
Kami tahu bahawa pelancungan menjadi aset terbesar dalam sedikit masa
lagi. Pelan “Peggalakan Pelancungan
Aantarabangsa” sedang dirangka. Anak-anak tempatan berpuloh-puloh berkemampuan
tinggi dan punya kepakaran yang teruji.
Andainya YB Datuk Paduka Rafidah yang berhati busuk masih menurut nafsu
iblisnya menjejaki arahan Presidennya yang
“obsessed” mahu memusnahkan PAS dn kerajaan PAS, silakan lah!!
Sekarang, kami tahu UMNO sedang mencari pasal utuk bertelagah dengan
rakyat, bukan saja dengan rakyat Terengganu,
Kelantan. Kami dengan khabar yang jelas, penyokong PAS di Kedah dan
di Perlis’ sedang dianak tirikan. Nampaknya UMNO
sedang bererang dengan orang Melayu. Mengapa begitu? Kerana Dr. Mahathir
memang sudah ada rancangan untuk
memusnahkan kredibiliti orang Melayu.
Islam dan Perpaduan Ummah
Mahathir tahu bahawa kekuatan orang Melayu terletak bertunjangkan “ISLAMIAH”
sebagai PAKSI. Retak perpaduan Islamiah
berteraskan “Ummah”, maka Dr. Mahathir dan regimnya (UMNO/BN) akan
berkuasa 1000 tahun lagi. Itu sebab, JAKIM dan
IKIM sedang dikerah begitu dahsyat hingga terjelmalah pelbagai insiden
yang langsung tidak mncerminkan amalan Islam.
Perhatikanlah bagaimana sambutan mellinium yang berlaku di bulan Ramadhan.
Sewajarkah kerajaan UMNO menggalakkan
begitu? Walhal, merekalah seharusnya mengamal dan mengahayati budaya
dan ibadah Islam; kerana mereka berkuasa
mentadbir di peringkat Pusat.
Sebaliknya kerajaan inilah yang membiarkan muda-mudi bermaksiat semahu
hati. Dengan megah Dr. Mahathir dan para
menteri Islam UMNO berduyun meraya-resmikan pelbagai Pesta Maksiat
tanpa malu-malu. Inikah cara mereka bersyukur?
Mengapa tidak diganti Pesta Arak dengan sunat Tarawih dan bersolat
Hajat? Malukah mengaku Islam ditengah-tengah
kelompok Yahudi?
Walaupun tidak ramai yang terlibat, tetapi itu sudah memboktikan betapa
longgarnya pegangan UMNO terhadap Islam.
Pendeknya, “Bapak borek, anak rintik”. Maka “Lulus jarum lulus pulalahkelindan…!!”.
Nauzubillah i minzalik!!
Anak Terengganu Jati,
Kuala Terengganu |