MEMBANGUN MENURUT ISLAM "BERSAMA MENGISI KEMENANGAN" tinta_hijau@hotmail.com |
JASA JASA MAHATHIR KEPADA BANGSA MELAYU.
SUATU PERBANDINGAN.
1. Bidang Permodalan.
Tun Hussien Onn buat Permodalan Nasional Berhad (PNB) seterusnya
menlancarkan Amanah Saham Nasional (namanya Nasional tapi untuk Bumiputra
sahaja) supaya pegangan ekuiti Melayu meningkat.
Datang Mahathir tubuh Amanah Saham Wawasan (ASW 2020) untuk
remaja pelbagai bangsa. Tak puas hati lagi maka di tubuh Amanah Saham Malaysia
untuk pelbagai bangsa.
Objektif asal PNB telah bertukar, pegangan ekuiti melayu telah menurun. DrM telah berjasa merosakkan dan memusnahkan impian pejuang UMNO dizaman Tun Hussin bagi menbaiki ekonomi bangsa melayu melalui PNB. Tun Husin menbangunkan dan Dr. M menrosakkan.
2. Peniagaan Runcit.
Zaman UMNO Tun Razak dulu, bagi bolehkan Melayu bersaing dengan bangsa lain dalam perniagaan runcit (yang dikuasai sepenuhnya oleh bangsa lain) maka kerajaan Perikatan (UMNO + PAS dan lain2) telah menubuhkan PERNAS. Antara anak syarikat nya adalah Pernas Edar dan antara aktiviti perdagangannya adalah Kedai G-Mart. Maka berdiri megahlah kedai G-Mart di seluh pelusok negara yang didominasi oleh orang Melayu dengan hasrat supaya dapat duduk samarendah dan berdiri samatinggi dengan orang lain. Sekarang mana pergi Kedai G-Mart, apa dah jadi dengan Pernas Edar dan PERNAS.
Matlamat asal penubuhan PERNAS telah diselewengkan. Ini adalah jasa besar DrM kepada pejuang UMNO dan Bangsa Melayu. Tun Razak mendirikan , Dr. M menruntuhkan.
3. Bidang Pendidikan.
Ini semua orang tahu jasa-jasa besar Dr.M jadi tak payah ulas panjang.
Yang penting dulu belajar ada BKP (sekolah menengah) Dermasiswa (IPT) dan
lain-lain sekarang semua berbayar hatta dulu masa Sek Rendah berapa kerat
sangat dari ibubapa bayar yuran tahunan dan sekarang cuba kalau tak bayar,
jenoh anak kena jawab letiran Cikgu.
Tun Razak berjuang dan Dr. M menkianati.
4. Bidang Imigrasen.
Dr. M telah berjasa besar dalam melaksanakan impian pejuang UMNO
dahulu. Orang asing begitu mudah untuk keluar masuk, tinggal dan menetap
di negara kita. Cita cita DrM menjelang 2020 tidak ada suatu bangsa yang
akan menjadi bangsa dominan di Malaysia. Panggil orang buka IPTS di Malaysia,
pelajar malaysia tiada duit boleh pecah tabung KWSP boleh berhutang. Tak
cukup juga panggil pelajar luarnegeri belajar di sini dan ibubapanya juga
boleh tinggal di malaysia dengan visa yang amat longgar. Sebahagian besarnya
dari Hong Kong, Singapura, Taiwan dan lain. Dan jarang dari pada mereka
akan kembali ke Negeri asal.
Adalah dijangkakan pada 2020 , kira 1/3 dari penduduk Malaysia
adalah mereka yang asalnya bukan lahir di Malaysia dan ibu atau bapanya
bukan lahir di Malaysia.
Dr. M adalah Long Jaafar alaf baru, demi pembangunan dan kemajuan negara
maka kita mesti menbuka pintu seluas-luasnya kepada rakyat negeri asing.
5. Pemilikan dan pembangunan Tanah.
Tun Razak buka dan bangunkan FELDA, FELCRA, DARA, KEJORA, KETENGAH,
dan berusaha untuk menbangunkan bandar baru yang akan didominasikan oleh
orang Melayu seperti Jengka, Muadzam Shah, Muktafibillah dan lain supaya
agensi-agensi tanah ini digunakan untuk menbantu orang melayu dalam kehidupan
mereka seterusnya memiliki dan menbangunkan tanah tersebut.
Dr. M telah berjuang sekian lama untuk berjasa kepada bangsa Melayu
supaya orang melayu tidak mendominasikan negara ini. Antara kaedahnya ialah
konsep perserta FELDA telah diubah menjadi FELDA Plantation, DARA &
KEJORA telah dimansuhkan, FELCRA telah diswastakan, LKWJ telah diswastakan
kepada segolongan koperat dari kroni-kroni.
UMNO Tun Razak menbangunkan dan UMNO DrM menjualnya.
6. Penbangunan Fasarana.
Kaedah UMNO Tun Razak menbangunkan negara ialah menggunapakai segala
keupayaan yang kita ada dan berhutang untuk keperluan asasi rakyat. Contohnya,
zaman Tun Razak, Lebuhraya Karak dibina dengan keupayaan kita semaksima
mungkin, hasilnya adakah Lebuhraya Karak dikenakan TOL (bukan senang pada
waktu itu untuk menbuat terowong di Genting Sempah, begitu juga Lebuhraya
Kuantan – Segamat bukan senang nak buat pada waktu itu dengan teknologi,
kewangan, kepakaran yang kita miliki. Tapi ia telah disiapkan tanpa mengenakan
TOL.
Kaedah UMNO Dr.M ia pengswastaan (sudah tentu syarikat kroni- asal
nampak boleh buat duit kira jadi), duit pinjam, buruh bangla + indonesia,
kontrator Korea atau jepun , barang import. Bila siap pasang TOL rakyat
yang kena bayar. Ini lah jasa DrM untuk menmajukan negara kita dengan kaedah
yang sangat diminati oleh pejuang UMNO zaman Dr.M. Cara kita menbangun
amatlah kita dibanggakan, idea dan cara Dr.M ini telah menjadi ikutan bagi
negara islam yang lain. Malaysia adalah negara Islam Contoh.
Kalau Tun Razak dan Tun Ismail hidup semula tentu dia solute pada Dr.M
Penutup
Setakat ini dulu wahai pendokong pendokong UMNO, teruskan agenda Perjuangan
Yang Belum Selasai kita ini supaya negara kita akan jadi maju seperti Singapura.
Matlamat kita ialah Penduduk Malaysia adalah 30% Melayu, 30% Cina, 15%
India, 15% Bangla + Indonesia, 10% Eropah.
Banyak lagi yang hendak ditulis mengenai jasa Dr.M tapi masa tak mengizinkan.
Jasa-jasa yang lain itu telah banyak sangat para pengulasnya, jadi
saya cuba bongkar jasa-jasa yang orang lain tak ulas.
Jadi saya cabar siapa sahaja yang menafikan bahawa Dr.M telah banyak
berjasa kepada Bangsa Melayu, Agama Islam dalam segenap bidang supaya berhujah
dengan saya tentang jasa Dr.M dalam apa bidang sekalipun. Jawapan nya telah
ada, tunggu orang soal sahaja.
Sekian.
Megat Panji Hitam
Dari Timur