JERTIH, 19 Feb -- Beberapa tompokan
dan ketulan
minyak dikesan di sepanjang tiga
kilometer antara pantai
perkelahan Bukit Keluang dan pantai
peranginan Air Tawar.
Pengurus chalet pelancongan La Villate
di Bukit Keluang di sini,
Hilmi Zakaria, 42, berkata beliau
mengetahui mengenai tompokan
dan ketulan minyak hitam di pantai-pantai
berkenaan daripada
penyewa chaletnya yang terdiri daripada
pelancong asing
semalam.
Hilmi serta para pengunjung yang
bersiar-siar dan berehat di
kawasan pantai itu meminta pihak
berkuasa mengambil tindakan
segera untuk membersihkannya.
Tinjauan Bernama mendapati tompokan
dan ketulan minyak yang
dipercayai dibawa oleh ombak ke
pantai itu mencemarkan pantai
dan menyebabkan aktiviti pantai
tidak dapat dijalankan.
Semalam, akhbar melaporkan mengenai
tompokan minyak itu yang
dikesan kira-kira lima kilometer
sepanjang pantai Balok berdekatan
De Rhu Beach Resort hingga ke pantai
Batu Hitam, dekat Kuantan.
Sementara itu, polis Besut yang dihubungi
berkata jabatan itu
belum menerima laporan mengenai
pencemaran terbabit.
Jabatan Alam Sekitar negeri juga
tidak dapat dihubungi kerana cuti
Sabtu minggu ketiga.
|